Nama pemilik                     : Rohani Hamzah
Jenis Kediaman                 :Rumah Kembar Dua
Lokasi                                 :Seri Kembangan
Keluasan Taman                :300sqft-400sqft
Tempoh Taman                  :16 tahun

Kerap kita dengar dan lihat, laman yang dihias dengan menggunkan konsep mix and match sukar menzahirkan sebuah ciptaan yang indah. Hasilnya pasti bercelaru dan tidak menentu menjadikan sesuatu dekorasi laman itu kelihatan tiada identiti. Namun, tidak bagi laman yang diperkenalkan oleh sahabat penulis ini. Didominasi dengan konsep bali dan inggeris, laman ini kelihatan sempurna walaupun mempunyai pertembungan dua budaya yang amat berbeza.

Jelas menunjukkan, pemilik bijak membahagi dan merancang keperluan untuk menjadikan laman mereka sesempurna apa yang dilihat penulis. “Sebenarnya minat bercucuk tanam dan menjaga  laman datang secara semula jadi selain daripada kolaborasi minat suami yang sama terhadap kerja kerja laman. Suami seorang yang sangat rajin berkebun dan mempunyai ilmu bercucuk tanam yang diwarisi dari keluarganya.’ Jelas pemilik membuka bicara

Namun, sebelum laman dibina pemilik telah melakukan beberapa kajian dan perancangan termasuklah berkunjung ke pusat-pusat nursery berdekatan disamping membaca majalah. Sudah pasti, sebelum apa yang dilakukan dalam semua hal, perancangan yang jitu dan teliti perlu dilakukan. Barulah hasilnya yang diusahakan hadir dalam satu pakej yang lengkap.

Dari luar pagar lot kediaman ini, sajian deretan bunga kertas dalam pasu menyambut sesiapa sahaja yang hadir ke teratak ini. Kelihatan, pemilik sukakan seni topiary kerana terdapat beberapa koleksi bunga kertas pemilik yang dijaga kemas dan rapi bentuknya agar sempurna“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

“Suami saya memang seorang peminat bunga kertas. Sebab itu, kami sediakan sebuah sudut yang menempatkan beberapa jenis dan warna pohon bunga kertas. Ia memudahkan suami saya untuk melakukan penyelanggaran khas terhadap tanaman tersebut.” Tambah pemilik. Bahagian hadapan pagar kediaman ini dipadukan dengan pelbagai tanaman menjadikan bahagian isinya lebih perivasi. Sebab itu, penulis tidak Nampak apakah rahsia yang tersimpan di sebalik tembok pagar ini.

Nah, sajian sebuah taman mini inggeris terpalit di bahagian pakir kediaman ini. Ruang ini sering dijadikan tempat minum petang Bersama suami tersayang. Ringkas digaya, ia memberi peluang kepada pemilik untuk mempelbagaikan aitiviti malah memberi ruang legar yang optimum.“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

Memudahkan lagi pergerakkan di ruang kecil ini, lantainya diturap dengan Jubin yang mempunyai corak seperti teracotta. Tepat pemilihan metarial dan rona yang digabungkan di ruang ini. Segala perincian berona putih yang menekan konsep inggeris yang cuba di bawa lebih menyerlah.

Ads

Terdengar kocakkan air dari celah-celah kepadatan Heliconia idan Calathea. Rupanya, tersemat sebuah kolam ikan koi berkonsepkan bali disudut bertentangan dengan taman mini inggeris tadi. Namun, untuk mengelak percanggahan konsep kelihatan jelas, perincian bali tidak ketara pada elemen air ini. Cukup sekadar pemilihan Jubin yang mempunyai tekstur seakan granit menjadi kemasan pada keseluruhan feature yang mendominasi sudut yang transition di antara ruang dan belakang.“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

Melepasi alunan air Bersama ikan yang memecah kesunyian di laman ini, barulah penulis dibawa ke sebuah dunia yang amat berbeza dari yang dilihat seawal menjejajkkan kaki di kediaman ini. Laman di bahagian belakang ini berkonsepkan bali. Kenapa bali? Pemilik lebih gemarkan suasana yang santai dan tenang dengan himpunan tanaman yang menghijau seperti Asplenium nidus,  Epipremnim spp., Dracena dan pelbagai lagi.

Paduan pelbagai rona dan tekstur foliar menyempurnakan latar di ruang ini. Bila kata tanam bali atau tropika, tak lengkap rasanya tanpa kehadiran pohon Plumeria. Disini, pemilik memilih pelumeria berbunga merah jambu. Turut menjadi habitat di dahan plumeria adalah janggut tok adam.

Ads

Di sudut ini juga terdapat patio yang cukup luas untuk digunakan sebagai ruang santai seisi keluarga. Pemilihan bumbung genting menjadikan ruang ini tidak bergitu panas dan memberi keselesaan optimum ketika bersantai tak kira waktu siang mahupun malam. Set meja simenfero dipilih menjadi kemudahan bersantai di patio ini.“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

 

“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

Ads

“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

Menyerlahkan lagi konsep bali diruang ini, wall panel yang digunakan mempunyai pengaruh budaya tersebut disamping cermin bertingkap. Selesa beraktiviti lantai di patio ini diturap dengan Jubin yang menyerupai kemasan terracotta seperti yang digunakan di laman inggeris yang terdapat di hadapan kediaman ini.

Nampak, pemilik memang seorang yang gemar memperuntukkan masa di laman, Sebab itu, disetiap sudut disediakan ruang santai. “ Semasa cadangan membeli rumah  pada mulanya lagi telah mengambil kira turun naik matahari bagi mebolehkan pokok-pokok bunga mendapat cahaya matahari secukupnya terutamanya bagi pokok-pokok buga kertas. Jadi, untuk ruang santai hanya cahaya matahari pagi sahaja yang menembusi. Sebab itu, kami tetap boleh bersantai walau di mana sahaja dengan selesa kerana terlindung dari terik mentari.” tambah pemilik 

Pemilik yang merupakan suri rumah sepenuh masa memang mendedikasikan diri di laman. Rutin harian siraman dilakukan oleh pemilik setiap hari termasuklah penyelengaraan minor yang lain. “ Cuma apabila hujung minggu saya dan suami akan melakukan tugas-tugas major dalam menyelenggara laman seperti mencantas, menggembur, memtong rumput dan sebagainya.” Tambah pemilik dengan yakin

“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

“Mix And Match” Laman Berkonsepkan Inggeris Dan Bali, Tapi Lihat Hasilnya

Melihat tanaman yang dipelihara sihat sempurna penulis berminat untuk mencukil apakah rahisa yang diamalkan. “ Selain siraman yang teratur, pembajaan setiap 2 minggu jangan dilupakan. Saya hanya menggunkan baja organik dan kimia yang mudah didapati dipasaran. Jika merancang percutian dalam tempoh yang lama, saya akan dapatkan pertolongan dari jiran tetangga untuk melakukan siraman

Menurut pemilik, kebanyakkan tanaman yang terdapat di laman ini dibeli dari kecil dan dibiakkan sendiri. Oleh sebab itu, pemilik amat memahami setiap karekter tanaman yang terdapat di laman nya. Jadi, seberang masalah atau isu pada tanaman dapat ditangani dengan mudah.

Dicelahan tanaman yang merimbun, pemilik mengambil kesempatan untuk menyulam beberapa jenis tanaman herba seperti misai kucing, belalai gajah, pokok tetulang, pecah kaca, rerama dan banyak lagi. Ia ditanam bukan sahaja untuk kegunana sendiri malah untuk diberikan kepada sahabat handai dan sedara mara yang memerlukan.

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI