Bukan mudah nak membina kediaman idaman yang menepati citarasa kita. Perkara ini biasanya memerlukan perancangan yang teliti dan tidak boleh terburu-buru. Pemilik perlu membuat kajian yang menyeluruh bermula dari kontraktor yang diupah, bahan-bahan yang ingin digunakan, hinggalah ke detailing untuk rekabentuk dalaman bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Pemilik tidak sepatutnya lepas tangan dan menyerahkan bulat-bulat kepada kontraktor. Bukan apa, takut menyesal di kemudian hari.
Cantik, menarik tetapi praktikal adalah ungkapan yang sesuai tatkala melihat kediaman Puan Mahwiza Nahrowi di Senaling, Negeri Sembilan ini. Kediaman yang mula dibina pada awal Ramadhan lalu telah pun siap dibina sepenuhnya selepas 5 minggu. Hebat kan? pemilik dan suami disertai seorang anak perempuan comel baru sahaja pindah masuk ke rumah berukuran 824 kaki persegi ini pada minggu kedua raya.
Menurutnya, rumah ini dibina di atas tanah pusaka ibu mertuanya yang tinggal tidak jauh dari situ. Puan Mahwiza merancang untuk bertukar angin dari Shah Alam ke Negeri Sembilan selepas suaminya mendapat kerja di Nilai selain ingin tinggal dekat dengan ibu serta neneknya di kampung. Dengan kos RM65k, rumah yang mengandungi 2 bilik tidur dan 2 bilik air ini dibina menggunakan besi hollow sebagai rangka dan papan fashia sebagai dinding. Ruang di bahagian dalam pula diasingkan mengguna kan papan gipsum. Sungguh jimat dan kos efektif! Jadi sudah terbukti, tidak perlu berbelanja lebih dari bajet jika kita bijak merancang dan mengawal perbelanjaan.
Berikut merupakan gambar yang telah Puan Mahwiza kongsikan dengan IMPIANA. Selamat mendeko pembaca semua!
Sudah beberapa minggu Malaysia dilanda cuaca yang tidak menentu. Malah cuaca panas dan suhu yang semakin meningkat turut terasa sehinggakan suasana dirumah menjadi bahang dan membuat anda tidak selesa untuk beristirehat dan tidur. Dengan suhu yang agak panas di Malaysia ni pasti ramai yang tercari-cari tips nak atasi masalah bilik yang panas.
Untuk sejukkan rumah atau bilik boleh saja pasang air-cond atau pendingin udara bagi yang ada duit lebih. Tapi bagi yang tak berkemampuan, bolehlah cuba tips di bawah. Semoga bermanfaat!
LETAK BESEN AIR DI DALAM BILIK
Sejukkan suhu dalam bilik tidur dengan besen-besen berisi air. Selalunya kita tertanya-tanya kenapa bilik air selalunya sejuk. Jawapan yang paling mudah ialah di dalam bilik air ada bekas air atau selalu disirami dengan air. Dikatakan dengan meletakkan besen-besen berisi air di dalam bilik, maka bilik akan bertambah sejuk kerana wap-wap panas di dalam rumah akan terserap ke dalam air di dalam besen itu tadi. Untuk kesan terbaik, gunakan besen air yang mempunyai luas permukaan yang besar bagi memudahkan penyerapan wap-wap panas di dalam bilik.
GUNAKAN LAMPU DARI JENIS KURANG MEMANCARKAN HABA
Anda disarankan untuk menggunakan ‘flourescent bulb’. Lampu jenis ini menawarkan jumlah kuantiti cahaya yang sama seperti ‘incandescent bulbs’ tetapi lampu ini mengeluarkan sedikit haba. Selain itu ‘flourescent bulbs’ juga kurang menggunakan tenaga elektrik.
POKOK EKOR KUCING BOLEH MENYEJUKKAN RUMAH
Tanaman hiasan dalaman juga boleh diletakkan di sudut rumah anda. Selain menjadikan ruang rumah anda kelihatan lebih segar dan menarik, ia juga dapat membantu menyejukkan ruang dalaman. Antara pokok hiasan hidup yang sesuai diletakkan di dalam rumah ialah ekor kucing, pokok palma, Anthurium sp.,Caladium sp., Dieffenbachia sp., Begonia sp. dan sebagainya.
CAT DINDING RUMAH DENGAN WARNA CERAH YANG DAPAT MEMANTULKAN CAHAYA DAN HABA
Anda juga boleh mengecat dinding rumah dengan menggunakan warna yang cerah seperti biru cair, kuning cair dan sebagainya. Ini dapat membantu ruang dalaman rumah anda lebih sejuk kerana warna cerah dapat memantulkan semula cahaya. Selain itu, rumah anda juga akan kelihatan lebih cantik, tenang dan segar.
PASANG JARING KELAMBU BESI DAN BUKA TINGKAP PADA WAKTU MALAM HARI
Selalunya pada waktu malam, udara panas akan mengewap. Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuka tingkap bagi membebaskan udara panas. Apabila udara panas, zarah-zarah udara akan semakin berjauhan, dan apabila tingkap dibuka, dengan mudahnya wap panas ini keluar. Namun, ada satu masalah lain, iaitu rumah atau bilik anda mungkin akan mudah dimasuki nyamuk. Pemasangan jaring yang halus lubangnya seperti kelambu boleh membantu mengatasi masalah nyamuk.
GUNAKAN PAPAN FIBER SIMEN UNTUK SILING RUMAH
Fiber cement board. Siling jenis ini lebih murah dan senang diperoleh. Untuk memastikan ruang dalaman kelihatan sejuk, alaskan dengan fiberwool insulation. Ramai yang terpedaya dengan menggantikan kepada siling kumai di mana siling ini lebih mahal dan juga menjadikan ruang dalaman kelihatan rendah serta bersuhu panas. Siling baru eloklah dipasang mengikut bentuk bumbung supaya pasak kayu bumbung boleh dilihat. Siling yang tinggi juga mampu untuk menjadikan ruang dalaman rumah anda sejuk.
AWNING DAPAT MEMBANTU MENGURANGKAN PEMANASAN RUMAH AKIBAT PANCARAN CAHAYA MATAHARI
Salah satu punca rumah menjadi panas adalah kerana dinding yang terdedah kepada cahaya matahari menyebabkan haba tersebar ke dalam rumah. Untuk kurangkan bahang pada waktu siang, pasang awning untuk mengelakkan dinding rumah menjadi panas kerana terkena cahaya matahari.
Selalunya awning di pasang pada bahagian dinding yang menghadap matahari jatuh kerana cuaca mulai panas pada waktu tengah hari hingga petang. Jika bajet lebih, pasang saja awning di sekeliling rumah.
Atau boleh juga tanam pokok yang rendang di sekeliling rumah supaya menjadi keadaan di sekeliling rumah menjadi redup dan tidak terkena bahang matahari.
JAUHKAN PENGHAWA DINGIN DARIPADA TELEVISYEN ATAU KOMPUTER
Jangan meletakkan penghawa dingin berhampiran televisyen atau komputer. Ini kerana televisyen dah komputer mengeluarkan haba yang banyak dan ini sekaligus membuatkan penghawa dingin terpaksa beroperasi lebih untuk menyejukkan ruang rumah anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Konsep dekorasi eclectic cadalah cetusan yang menggabung beberapa era tertentu. Sebab itu, ada kalanya eclectic kelihatan sedikit vintage dalam penataan yang moden. Pemilihan ronanya pelbagai namun yang menjadi dominan adalah warna-warna neutrals. Namun, ramai yang tidak mahir untuk menghasilkan sebuah dekor kediaman berkonsepkan eclectic. Addkalanya, konsep eclectic yang cuba dibawa cenderung kepada konsep industri dan adakalanya menjadi celaru apabila kelihatan penggunaan perabot bertemakan nordic
Dekorasi eclectic sesuai buat mereka yang mementingkan kekemasan dan ringkas namun masih mempunyai elemen dekor yang menyerlah. Disamping itu juga, ia juga boleh dikategorikan sebagai dekor bajet kerana tidak memerlukan elemen yang sarat dan banyak. Hanya perlu bermain tekstur dan warna. Berikut andatara Do anda dont’s dalam memastikan tetapan konsep eclectic untuk kediaman dapat dizahirkan
DO: CAMPURAN TEKSTUR
Untuk memastikan kombinasi 2 tekstur antara lembut dan kasar menjadi sebuah paparan yang padu, sebaiknya pilih plate warna dari rona yang ringkas. Seperti contoh, perabot yang mempunyai perincian yang banyak, pandankan ia bersama langsir atau karpet berona polos
DON’T: JANGAN GUNAKAN CORAK SAMA BERULANG
garis pandunan padanan dekorasi eclectic, elak penggunaan tekstur dan corak yang sama lebih dari 3 kali wlaupun diletakkan di tempat yang berlainan. Ia akan menyebabkan konsep eclectic anda kelihatan bosan
DO: SEDIAKAN NEGATIVE SPACES
Kebanyakkan konsep dekorasi kediaman, selagi ada ruang negatif perlu dimanfaatkan. Namun tidak bagi konsep dekorasi eclectic. Pemndangan mata perlu lebih santai dan sedarhana. Oleh itu, biarkan beberapa bahagian kosong seperti rak buku yang tidka padat, meja tanpa sebarnag hiasan.
DON’T: JANGAN PAMIRKAN SEMUA KOLEKSI
Untuk memastikan setuap ruang penuh dengan karekter. tidak semestinya anda perlu pamir semua koleksi aksesori yang ada. Sebaiknay satu atau dua sahaj untuk memudahkan mata menghargai setiap perincian
DO: PASTIKAN SUSUN ATUR
Seperti yaang telah dibincangkandi atas, konsep eclectic ini tak perlu sarat. Oleh itu, pastikan susun atur perabot anda kelihatan kemas dan teratur. Tidak perlu terlalu banyak perabot. Pastikan susun atur yang disediakan menjadikan anda selesa dan ingin berada di dalam ruang tersebut lebih lama
DO: SEDIAKAN FEATURE WALL
Dalam mengenalpasti susun atur perabot, posisi feature wall sebagai focal point untuk keseluruhan dekor juga perlu diambil kira. Elak penggunaan feature wall yang terlalu sarat, pilihan gambar rona hitam dan putih adalah terbaik
Oleh kerana kita semua menghabiskan lebih banyak masa di rumah sambil menjalankan rutin harian kita, tempat tinggal kita telah menjadi nadi kehidupan kita. Untuk membiasakan diri dengan cara hidup baru, penting untuk memastikan persekitaran rumah kita terus memenuhi keperluan masa depan yang pelbagai fungsi. Dengan menyuntik rasa segar dengan penyelesaian yang tepat, kita akan dapat memanfaatkan ruang di rumah kita secara kreatif sambil mencari fungsi yang lebih besar di dalamnya.
Untuk memberikan penjimatan yang lebih besar kepada rakyat Malaysia, IKEA kembali dengan potongan 50% untuk pembelian di atas talian. Semasa penghantaran trak hanya RM10 untuk penghantaran bungkusan. Menawarkan barang keperluan yang berpatutan untuk setiap bahagian kediaman, berikut adalah beberapa inspirasi dan penyelesaian pantas untuk menghidupkan semula ruang di dalam kediaman anda.
Tunggu apa lagi jom shopping!
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.