
Microwave antara kelengkapan penyelamat mak-mak untuk panaskan lauk dengan cepat sambil dapur boleh gunakan untuk keperluan lain atau nyahbeku makanan. Microwave ni memang jarang sangat rosak dan jangka hayatnya pun lama.
Tapi, tiba-tiba ada letupan dalam microwave dan berlaku spark, Apa yang perlu anda lakukan? bukan beli baru tau, En Amirul Shafik Yusri ada penyelesaian paling mudah dan murah untuk masalah ini
Cuba tengok dulu dalam oven anda keadaan semasa “MICA SHEET” ni. Elok lagi ke atau dah rosak ?
Kalau rosak , cuba tukar ni je dulu. Modal tak sampai RM10 pun. Isteri-isteri boleh minta tolong suami cekkan. Buat sendiri pun boleh. Mudah sangat. Cuma cabut keluar dan pasang yang baru dah boleh guna semula.
Tak payah susah-susah keluar modal nak beli microwave baru.
Dekat mana nak beli “Mica Sheet” tersebut? nak mudah, beli online di shoopee atau lazada atau boleh klik link ni terus https://invol.co/cloqny
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Perompak Guna Tektik Pukau! 10 Tips Keselamatan Tinggal di Rumah Perlu Anda Ketahui

Tinggal di rumah tidak semestinya selamat. Kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan kejadian rompakan di kediaman. Penjenayah semakin berani bertindak walaupun di siang hari. lantas kita haruslah sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri dan rumah. Berikut antara tips keselamatan yang perlu anda ketahui.
1. Pastikan pintu dan tingkap dikunci rapat walaupun di siang hari.
2. Perhatikan kawasan sekitar sebelum memasuki kawasan rumah, pergerakan anda mungkin sedang diperhatikan
3. Simpan nombor-nombor penting untuk kegunaan kecemasan seperti jiran tetangga, pegawai polis kawasan, pondok polis berhampiran, rukun tetangga, pondok pegawal dan individu terdekat. Letakkan dalam telefon bimbit dan tampalkan juga di tempat yang mudah dilihat.
4. Jika boleh, elakkan anda atau ahli keluarga anda tinggal bersendirian.
5. Simpan dokumen-dokumen penting dan barang bernilai di tempat yang sulit.
6. Pasang selak pintu dari dalam serta alat pengera keselamatan
7. Jangan sesekali memberikan kunci rumah kepada individu yang datang untuk membaiki rumah/paip/sinki atau memasang lampu/kipas dan sebagainya. Pastikan anda memantau kerja-kerja yang dilakukan dan sebaiknya tidak bersendirian.
8. Sebelum mengunci pintu, periksa bahagian dalam rumah – di balik pintu, dalam tandas, dalam almari, di balik langsir, di bawah katil atau di mana-mana bahagian yang meragukan
9. Jangan bukakan pintu rumah/pagar kepada individu yang tidak dikenali/diragui.
10. Penceroboh mungkin menggunakan ilmu sihir. Amalkan ayat-ayat Quran tertentu sebagai pendinding diri. Seorang teman pula mencadangkan agar membela ikan puyu untuk mengelakkan gangguan pukau.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Paintscoting Jimat Dan Lebih Mudah, Hanya Guna Pelekat Kertas Sahaja

Wainscoting memang menjadi trend dekorasi kini. Pelbagai teknik dan material yang sesuai untuk menghasilkan dekorasi dinding ini. Cara pemasangannya tidaklah rumit, yang penting rajin. Hal ini menyebabkan ramai yang berjaya menghasilkan sendiri dinding wainscoting untuk lebih jimat.
Namun yang menjadi masalah adalah apabila permukaan dinding anda tidak rata. Kayu Wainscoting yang dipasang sukar melekat atau mungkin, mudah tercabut. bagi anda yang kurang berkemahiran dalam kerja-kerja menukang dan ada masalah dinding seperti di atas, Ayu Cm punya penyelesaian mudah iaitu Paintscotting.
Paint + wainscoting atau painscotting hanya menggunakan pelekat kertas sebagai bingkai. Teknik ini bukan sahaja jimat wang, malah masa untuk siap pun lebih cepat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kemunculan Semula Virus Henta Ditengah Wabak Covid, Ini Cara Semulajadi Halau Tikus Dari Kediaman

Siapa saja yang tidak geli pada tikus? Haiwan perosak yang kotor dan membiak dengan cepat ini dikatakan boleh mendatangkan pelbagai penyakit merbahaya termasuklah menjadi pembawa virus Henta yang telah membunuh seorang lelaki dari China baru-baru ini.
Kehadiran tikus dalam sesebuah kediaman dianggap sebagai bala kerana haiwan ini amat sukar untuk dibasmi, memandangkan jangka hayat tikus adalah lebih panjang berbanding mana-mana haiwan perosak yang lain. Jadi tak hairanlah jika anda lihat tikus dirumah makin hari makin banyak dan makin ligat mendatangkan masalah.
Dan disebabkan itu jugalah kita perlu cari jalan yang lebih efektif untuk menghapuskan terus haiwan menggelikan ini dari kediaman kita. Ada beberapa cara tradisional yang boleh anda lakukan untuk menghalau tikus seperti menggunakan racun tikus dan perangkap tikus. Tetapi tahukah anda, kita juga boleh menggunakan bahan semulajadi untuk membasmi dan mengusir tikus-tikus ini?
Berikut ada beberapa bahan yang boleh anda cuba :
Daun Pandan Daun ini bukan sahaja berkesan menghalau serangga malah anda juga boleh gunakan daun pandan untuk menghalau tikus. Bau wangi daun pandan mengandungi bahan kimia beracun buat haiwan perosak ini. Untuk bau yang lebih kuat menyengat, tumbuk daun pandan separa hancur atau letakkan sahaja pada sarang tikus di kediaman anda.
Serai Wangi
Serai mengandungi zat penyembuhan antiseptik yang mampu menghapus kuman dan bakteria selain dapat menghapuskan bau busuk. Bagi anda yang ingin menghalau tikus, semburkan sahaja serai wangi ke tempat yang disyaki menjadi markas mereka dengan kerap. Lama-lama tikus pun tak tahan dengan dan akan terus keluar dari rumah anda.
Kulit Durian
Selain bau durian yang kuat dan menusuk hidung, kulit berduri Raja Buah ini juga akan membuatkan tikus ‘taubat’ nak masuk ke rumah. Anda hanya perlu letakkan potongan kulit durian di tempat yang selalu terlihat tikus. Letak kulit nya saja ya, isi buah anda boleh makan sepuasnya.
Buah Mengkudu
Sifat nuah noni atau buah mengkudu yang antimikrobia, antibakteria dan anti-inflamasi menjadikannya sesuai untuk bertindak sebagai racun haiwan. Satu kajian telah dibuat dan didapati serangga seperti ulat yang telah termakan daun yang diaplikasikan dengan zat inseptik mengkudu menjadi pucat dan tidak lalu makan. Mengkudu sangat berkesan melemahkan serangga dan haiwan-haiwan perosak seperti tikus.
Minyak Daun Pudina
Bau pudina yang seakan ‘berangin’ dan kuat tidak digemari tikus. Jadi salah satu cara lagi untuk anda cuba adalah dengan menyapukan minyak daun pudina pada kawasan tikus berkeliar.
Kapur Barus
Pecahkan kapur barus kemudian letakkan pada tempat persembunyian tikus. Bila dah habis, tambahkan lagi sehingga akhirnya tikus mati dan terhapus. Tetapi anda perlu lebih cermat dengan penggunaan kapur barus kerana ia bukan sahaja bahaya untuk tikus malah, bahan ini juga bahaya untuk manusia jika terdedah dalam jangka masa yang lama.
Jadi inilah antara bahan yang berkesan menghalau dan membasmi tikus dirumah. Selamat mencuba!
Baca juga : Cara halau lipan, atasi masalah tahi cicak
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI