Puan Noor Hafiza Mohamad memang terkenal dengan tip menghias dan mengemas rumah nya. Baru-baru ini, Puan Hafiza berkongsi bajet dekorasi kediamannya. Dengan hanya modal RM 3K, dekorasi berkonsepkan gabungkan mid century, scandi dan boho dapat direalisasikan.
Deko rumah flat berkeluasan <600 sqft.
Sepanjang 9 tahun usia perkahwinan kami, saya suka mendalami ilmu dekorasi dan ia mengajar saya tentang mengurus rumah dengan lebih baik. Bukan sahaja mahu cantik, tapi lebih penting adalah rumah lebih terurus dan praktikal kepada isi rumah.
Untuk memastikan rumah sentiasa kemas, saya melabur sedikit untuk menyediakan ruang penyimpanan barang-barang dengan menggunakan prinsip setiap barang ada rumahnya sendiri. Lebih mudah nak kemas apabila selepas guna, kita terus simpan pada rumahnya.
Ads
Untuk mengelakkan rasa bosan dengan warna atau konsep deko, kami biasanya hanya bertukar warna “soft furnishing” seperti karpet, langsir, sarung kusyen dan hiasan dinding. Ia tidak melibatkan bajet yang besar. Kami hanya tukar konsep deko apabila perabot besar rosak dan perlu diganti baru seperti sofa. Ini pun selepas 5-6 tahun menggunakan perabot terpakai. Pada masa inilah kami mula rancang untuk tentukan konsep baru, alang-alang mahu beli sofa baru kami tentukan juga konsep yang sesuai dengan mood ketika ini.
Ads
Pada penguhung tahun 2019, saya beli perabot berkonsep mid century iaitu sofa 3 seater RM780, almari TV (RM450), sideboard RM430, cermin bulat RM120, meja kopi RM240, bench RM180, almari kasut RM350. Jumlah harga semua perabot kurang RM3,000 termasuk penghantaran
Ads
Bila semakin meningkat umur, kami bukan lagi mahu deko mengikut trend atau hipster tetapi lebih kepada mencipta sebuah rumah kecil supaya nampak lebih luas, warna lebih sejuk dan tenang, dan paling penting rumah senang diurus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Pandemik corona memaksa pemilik rumah bergegas mencari apa sahaja yang mungkin boleh mencegah kehadiran virus ini dari menjangkiti atau menjadikan kediaman mereka sebagai habitat. Secara tidak langsung ia memberi peluang kepada peniaga atau pengusaha untuk menghasil dan menjual pelbagai peranti untuk memenuhi permintaan. Sampai ada sesetengah produk “over claim”. Jadi, anda sebagai pengguna harus berhati-hati dan bijak memilih.
ANtara peranti yang sedang meninkat tinggi permintaanya adalah UVC light yang dikatakan berupaya membasmi pelbagai jenis kuman dan virus termasuk covid-19 dengan mudah tanpa pengguanaan sebarang bahan kimia. UVC light menggunakan lampu UV atau ultraviolet yang digunakan secara meluas dalam membasmi kuman dan virus terutamanya di hospital.
Nampak memang mudah membasmi menggunakan UVC light berbanding semburan alkohol macam pistol tu. Namun menurut FDA (U.S. Food & Drug Administration) pendedahan UVC Light menyebabkan anda terdedah kepada radiasi. Pendedahan lampu UV yang tinggi akan menyebabkan radiasi pada kulit dan antara punca kepada beberapa masalah kesihatan yang lain
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Periuk tekanan tinggi jenis automatik atau elektrik memang mudah untuk dikendalikan. Tapi, ramai juga yang lebih gemar memilih periuk tekanan tinggi jenis manual. Selamatkan ke penggunaan periuk tekanan tinggi jenis manual ni? Dr. Fatimah Salim berkongsi cara penggunaan selamat periuk tekanan manual yang juga boleh diguna pakai pada periuk tekanan tinggi automatik.
Adakah periuk tekanan ini selamat digunakan?
YA. Dengan syarat penutup periuk tekanan HANYA dibuka setelah api dipadamkan dan memastikan kesemua tekanan berlebihan telah habis keluar melalui pengatur tekanan (lid). Dalam bahasa mudah, tunggu lid berhenti mengeluarkan bunyi.
Selain daripada itu, sebelum menggunakan periuk tekanan ini, pastikan saluran tudung pengatur tekanan tidak tersumbat agar tekanan dan suhu berlebihan tidak terperangkap di dalam. Saluran ini biasa tersumbat dengan keladak atau bahan pepejal masakan. Saluran yang tersumbat ini boleh menyebabkan periuk tekanan MELETUP semasa digunakan. Maka, rajinkan menyungkil saluran ini dengan lidi atau apa-apa alat yang bersesuaian.
Tips: Untuk periuk tekanan manual seperti di bawah, setelah lid mengeluarkan bunyi, perlahan api agar tenaga (punca haba) boleh dijimatkan memandangkan tekanan tidak akan meningkat lagi. Bunyi yang dikeluarkan pun tidaklah kuat.
Gambar: Periuk tekanan tinggi saya yang telah berbakti selama 10 tahun.
Sotong, kalau liat memang potong selera. Liat bermakna sotong anda terlebih masak. Berikut 5 tip masak sotong yang WAJIB anda praktik untuk pastikan sotong yang dimasak sempurna pada tekak.
1. MASAK TAK BOLEH LEBIH 5 MINIT
Nak menyambal, menggoreng, menumis, jangan biarkan ia dimasak lebih dari 5 minit untuk sotong bersaiz kecil hingga sedarhana. Untuk lebih mudah, apabila sotong bertukar warna atau mula bergulung, ia menunjukkan sotong anda telah sempurna dimasak
2. MASAK DENGAN API BESAR
Apabila sotong sedia dimasukkan dalam masakkan, besar kan api dan masak dalam tempoh 2-3 minit sahaja.
3. BASUH DENGAN PERAHAN LIMAU
Perah limau selesai mencuci bukan sahaja berupaya menyingkarkan bau hanyir pada sotong, Ia juga memastikan sotong anda lembut. Tambahan, ia juga antara teknik untuk menyimpan sotong agar tahan lama
4. RENDAM SOTONG DALAM SUSU
Teknik ini digunakan oleh orang Prancis secara tradisional. Menurut mereka, asid laktik dalam susu dapat melembutkan sotong. Perap sotong dalam susu sekurang-kurangnya 4 jam sebelum dimasak atau sebaiknya semalaman
5. DI CELUR SEBELUM MASAK
Chef masakkan thai ramai menggunkan teknik celur sebelum amsak untuk menghasilkan sotong yang lembut. Caranya, celur sotong yang telah dibersihkan ke dalam air yang panas 1-2 minit kemudian di basuh dengan air sejuk. Hanyir sotong tak menjejaskan masakkan dan ia menjadi lembut
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.