Peti sejuk merupakan perkakas rumah yang paling popular ; setiap kediaman WAJIB dilengkapi sekurang-kurangnya sebuah peti sejuk. Ia diperlukan sebagai salah satu ruang penyimpanan makanan yang amat penting di dalam sesebuah rumah. Suhu peti sejuk yang lebih rendah daripada suhu bilik dapat merendahkan kadar pembiakan bakteria dan menjadikan makanan yang disimpan tahan lebih lama dan kurang berlaku kerosakan.
Tetapi apabila sudah tiba masanya, peti sejuk tidak lagi berfungsi seperti sepatutnya. Kadangkala bahagian sejuk beku tidak membekukan dan bahagian bawah pula hanya mengeluarkan udara yang sama seperti suhu bilik. Perkara ini sudah tentu akan membuatkan anda kaget. Perlu ke nak beli peti sejuk yang baru?
Sebuah peti sejuk bukannya murah.Tunggu dulu. Pada akaun fb Encik Md Helmee Abu, beliau ada kongsikan cara-cara membaikpulih yang mempunyai masalah yang sama hanya dengan kos RM8 SAHAJA! Mari kita ikuti step-by-step yang Encik Helmee tunjukkan ini semoga berguna buat anda semua.
LANGKAH #1
Alat yg diperlukan :
LANGKAH #2
Pastikan kepala power plug dicabut dahulu.
LANGKAH #3
Buka penutup bahagian atas dangan mengumpil pelekat bulat dan buka skru (bulat merah)
LANGKAH #4
Pasang kembali kepala plug. Switch “on”. Jikalau kipas yg dibulatkan merah masihberfungsi bermakna mungkin masalahhanya pada defrost thermostat sahaja.Cabut kembali power plug. Kemudian tanggalkan juga cover ini.
LANGKAH #5
Penutup yg telah ditanggalkan.
LANGKAH #6
Defrost thermostat
LANGKAH #7
Buka plastik yg membalut socket wayar dan cabut socket wayar defrost thermostat.
LANGKAH #8
Gantian yang dibeli dgn harga RM8. Memandangkan socket gantian defrost thermostat yg dibeli tidak sama. Maka saya potong dan sambung dgn socket yg asal. Balut dgn kemas bahagian yang disambung menggunakan electrical insulating tape
LANGKAH #9 & #10
Pasang kembali defrost thermostat yang telah disambung ke tempat asal.
LANGKAH #11
Pasang semula penutup dengan kemas.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
BACA: (VIDEO) DIY Dinding Corak Ombre Guna Cat Sahaja, MUDAH Dan Style