
Laci yang menggunakan rail atau track biasa, kalau dapat kat mak-mak yang jenis kerja cepat memang berdentum-dentum bunyi masa nak tutup. Apa kata, tukar track lama kepada jenis soft closer. Dulu memang mahal track ni, tapi dekat shopee harganya tak sampai RM 10 pun. Nak tukar pun mudah je. Tapi sebelum beli, pastikan saiz atau panjang track sama dengan yang lama. Hal ini turut dilakukan oleh Ahmad Ruim di dalam group Tukang Apa Hari Ini.
Nak beli track yang sama macam En. Ahmad Ruim, boleh klik link ni https://invol.co/cl2nmgo
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
DIY Dinding Cermin Glam Moden Dari Cermin RM 2.10

Isi Kandungan
ToggleBanyak kali dah IMPIANA pesan, kalau bijak menghias barang yang murah pun nampak cantik. Seperti yang dilakukan Uray Zamhari. Dengan menggunakan cermin dari kedai RM 2.10, pemilik berjaya menghasilkan dinding cermin yang menjadi feature wall di ruang makan untuk menyerlahkan lagi gaya glam moden yang menjadi konsep kediaman miliknya .
Bahan-bahan:
49 keping bingkai cermin Eco RM 2.10/1 unit
3 Extra seal bond RM 7.8/1 unit
4 batang kayu wainscoting 8 kaki RM 15/unit
1.5 liter Cat Dulux warna putih +-RM 25
1 gulung pita pelekat RM 2.10
Berus cat RM 5
Pembaris sesiku “L”
Pensil
Silikon putih untuk kemasan
Artikel berkaitan:
Buat “Feature Wall” Ruang Makan Guna Shiplap RM 2, Beli Online Je
“Makeover” Tangga Kemasan Jubi Guna Cat Je, Modal RM 200
Jika dinding kediaman anda tidak rata, tampalan wainscoting tidak dapat dilakukan dengan kemas. Selain menggunakan jenis wainscoting kayu, penyelesaian terbaik untuk dinding tak rata ni adalah menggunakan jenis foam atau PVC. Boleh beli online dekat sini https://invol.co/clvavr
Nak hasilkan dinding cermin cantik dengan menggunakan cermin RM 2.10, Ini pesaran En. Uray Zamhari:
1. Pilih saiz cermin yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil
2. Buat lakaran terlebih dahulu untuk mendapatkan ukuran yang tepat
3. Boleh juga, gantikan cat sapu dengan jenis semburan untuk hasil yang lebih cantik. Namun, kosnya agak tinggi
2. WAJIB pastikan setiap bingkai yang ditampal selari dan selalu ukur dengan menggunakan penimbang air.
4. Untuk impak lebih luas dan cantik, penuhkan satu dinding. Kalau buat sikit atau hanya separuh, macam tak siap dinding tu nanti
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Renovasi Rumah Persinggahan Dengan Bajet RM35k. Hasilnya Memang WOW

Tidak semua orang berpeluang memiliki lebih dari sebuah rumah. Tetapi bagi yang bernasib baik, mempunyai rumah persinggahan juga merupakan salah satu kepuasan yang tidak ternilai.
Melihat kepada perkongsian dari Puan Nursabrina Zahari, rumah persinggahan nya yang terletak di utara tanah air ini telah diubahsuai daripada sebuah kediaman yang lama dan tidak sesuai untuk didiami menjadi sebuah rumah yang moden dan selesa. Menurut pemilik, transformasi ini hanya menelan belanja sekitar RM35k sahaja. Lihat saja perubahan menakjubkan rumahan awam kos rendah satu tingkat ini, sungguh drastik!
SEBELUM
SELEPAS
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
7 Kebaikan Dan Khasiat Buah Nona Yang Semakin Dilupakan

Mungkin ramai yang tidak familiar dengan buah nona atau ada yang pernah dengar nama buah ini tanpa mengetahui khasiat yang ia kandungi.
Annona squamosa atau panggilan tempatannya buah nona tergolong dalam famili Annonaceae serta mempunyai persamaan dengan durian belanda. Bentuknya bujur, bersaiz sederhana sebesar tapak tangan serta diameter di antara 6cm hingga 10cm , permukaan kulit buah berbonggol-bonggol. Isi buahnya manis, wangi, berwarna putih krim dengan tekstur dan rasa kastard.
Buah nona tinggi dengan nutrien penting seperti potassium, magnesium, zat besi, vitamin B6, tenaga dan vitamin C. Jadi, mari kita semak antara kebaikan buah istimewa ini :
Kegunaan dan Kebaikan Annona Squamosa
- Kulit kastard pokok epal boleh digunakan untuk menghentikan cirit-birit pada kanak-kanak dan orang dewasa. Di samping itu, tumbuhan ini juga berkesan dalam merawat kencing manis.
- Buahnya digunakan untuk membuat tonik rambut di beberapa kawasan di India.
- Tumbuhan ini menunjukkan beberapa ciri-ciri perubatan yang luar biasa, seperti berfungsi sebagai racun serangga , antikulat dan abortifacient .
- Biji benih boleh digunakan pada rambut untuk menghilangkan kutu. Walau bagaimanapun, pastikan ia tidak bersentuh pada mata kerana boleh mengakibatkan kerengsaan dan seterusnya menyebabkan buta.
- Buah nona boleh merawat pedih luka akibat melecur kerana ia adalah penyejuk yang berkesan.
- Di India daunnya dilumatkan dan diguna dalam merawat histeria dan jampi.
- Rawatan ulser, luka, disentri dan penyakit lain juga dirawat dengan menggunakan ekstrak daun.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI