Adakah barang-barang dapur yang dibeli dari kedai antara punca penyebaran wabak di dalam rumah? Kelihatan mak-mak mengambil keputusan untuk mencuci atau nyahkuman barang-barang dibawa dari luar terutamanya makanan basah. Sampai ada yang mengambil keputusan untuk rendam sayuran, buah-buahan dan sebagainya di dalam air sabun.
Tak salah, tapi ianya keterlaluan dan ada kesan sampingan penggunaan sabun tersebut kepada makanan. Untuk keterangan lebih lanjut, Doktor Safiya Amaran memberi ulasan mengenai isu ini.
Ya, memang proses pembersihan ni penting untuk musnahkan Sars-cov-2 pembawa penyakit COVID-19, tetapi betul ke semua barang perlu dinyahkuman?
Ikut WHO, cara utama jangkitan Sars-CoV-2 ini:
1. dari seorang ke seorang melalui rembesan cecair badan yang mengandungi virus (masa bercakap, bersin dan batuk)
2. melalui tangan yang tercemar dengan virus yang kemudian menyentuh mata, hidung dan mulut.
Atas sebab inilah kita diarahkan untuk menjarakkan diri antara satu sama lain,
basuh tangan, pakai mask dan sentiasa bersihkan tempat atau barang yang selalu dipegang.
Jadi apakah contoh barang yang selalu dipegang?
- tombol pintu,
- handle almari & perabot,
- suis kipas & lampu,
- kepala paip & flush toilet,
- beg, laptop, purse,
- telefon bimbit,
- stereng kereta,
- toiletries dan skincare.
Tanpa sedar, sebenarnya risiko yang lebih tinggi ialah semasa pergi shopping sebab waktu itulah akan berjumpa orang lain
Satu lagi yang amat berisiko ialah pemegang troli kerana dipegang oleh ramai orang.
Atas sebab itu,
semasa shopping semua dinasihatkan untuk:
– Jarakkan 1-2 meter dari orang lain,
– Tidak berbual,
– Tidak sentuh muka
# Basuh tangan sesudah shopping
# Basuh tangan sesudah memegang troli
Perlukah kita nyahkuman semua barang dapur yang dibeli?
Pakar mikrobiology, Don Schaffner, Professor di bidang ‘food microbiology’ di Rutgers School of Environmental and Biological Sciences tidak galakkan untuk nyahkuman barang dapur yang dibeli.
Ini agak keterlaluan.
boleh ke nak basuh buah dengan sabun?
Tidak, sabun bukan dibuat untuk bersihkan makanan. Ia dibuat untuk bersihkan pinggan mangkuk dan tangan kita. Kalau kita tertelan sabun walaupun sikit, boleh jadi loya, muntah dan cirit-birit.
Sekali lagi diingatkan yang perlu dibersihkan sentiasa ialah tangan kita sendiri.
Bahan kimia yang ada dalam produk nyahkuman tidak sesuai untuk makanan.
Kalau kita sembur pada tomato atau timun ia boleh menjadi racun dan merosakkan makanan.
#BarangDapur Walaupun kita tidak keluar kerana PKP, tapi macam-macam barang luar masuk ke rumah; surat, barang dapur…
Posted by Safiya Amaran on Monday, 30 March 2020
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI