Siapa kata tak boleh buat kabinet dapur dekat rumah sewa? Faham, sesetengah pemilik tidak benarkan penyewa memaku atau menebuk lubang walau sebatang paku yang menjadi keperluan. Dengan ada sistem kabinet dapur pasang siap dari IKEA, ia bukan sahaja penyeelsaian terbaik untuk andayang menyewa, malah untuk yang berjimat dan bajet tak berapa nak cun seperti yang dikongsikan oleh Eiro Lilo Nasir.
Disebabkan kabinet dapur mahal sangat tambahan rumah pun sewa, Lilo buat keputusan untuk beli kabinet dapur ikea dan pasang sendiri je. Total untuk kabinet dapur, paip dan sinki RM 935 sahaja kalau pasang sendiri. Tanya dekat kedai kabinet dapur, harganya hampir RM 2-3K. Berikut barang-barang yang Lilo gunakan untuk membina kabinet dapur di rumah sewa:
Kabinet ikea 3 pintu (Knoxhult )
sinki (Fyndig)
Table top p kedai welding (upah orang tebuk)
pasang sinki + buat paip (buat senidiri)
Ads
Ads
Ads
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai yang tak sedar antara punca sempit rezeki di dalam ruamh tangga berpunca dari perkara-perkara yang remeh seperti kencing berdiri, selalu bermuram dan bimbang, buruk sangka terhadap orang, suka berhutang, pemalas dan sebagainya.
Ada lagi satu punca yang ramai tak sedar atau mungkin tak tahu yang boleh menyebabkan rezeki sempit. Seperti yang dikongsikan oleh Siti Nadiah, punca tersebut disebabkan oleh tandas yang kotor
Hari ini saya dapat satu perkongsian dan ilmu yang sangat-sangat berguna.
PERTAMA
Apa yang anda perlu lakukan adalah pergi tengok kat BILIK AIR (TANDAS) DALAM rumah anda. Mesti bilik air dalam rumah. Kalau bilik air di luar rumah – korang termasuk dalam zon selamat.
KEDUA
Tolong baca sampai habis kenapa BILIK AIR PUNCA REZEKI TERSEKAT.
Dalam Islam memang kita tahu bahawa Bilik Air adalah tempat tinggal SHAITON & JIN. Malah disitu jugalah meraka beranak-pinak.
Tadi anda dah tengok bilik air anda kan? Adakah bilik air anda ada ciri-ciri seperti dibawah?
tandas kotor
Adakah bilik air anda bersih seperti ini?
Lantai & Mangkok Tandas Kotor Kekuningan?
Bila pijak lantai rasa licin sebab dah berlumut hijau, hitam?
Sinki dalam bilik air berkerak?
Bau bilik air anda setaraf tandas awam?
PINTU BILIK AIR SENTIASA TERBUKA?
Bila bilik air kotor, Shaiton & Jin akan bersuka ria membiak dan beronggeng sakan. Bila pintu bilik air sentiasa terbuka, maka seronoknya Shaiton & Jin keluar dan berjoget lambak dalam rumah kita.
Bilik Air Kotor Jadikan Rezeki Payah Masuk
Maka dari situ punca REZEKI KITA TERSEKAT!
MACAM MANA?
Shaiton dan Jin akan meruntuhkan KASIH SAYANG yang juga rezeki dalam sebuah keluarga. ANAK JADI BIADAP, ISTERI HILANG HORMAT PADA SUAMI, SUAMI PEMALAS!
SIFAT-SIFAT NEGATIF – akan banyak dalam diri kita contohnya – IRI HATI, CEPAT SENTAP, RASA DIRI SELALU BETUL ORANG LAIN SALAH, SOMBONG, BONGKAK, LUPA ALLAH (Tak solat, puasa dan berzakat).
BILA KITA MELAKUKAN SESUATU PERNIAGAAN, EMOSI KITA HARUSLAH STABIL. Bila emosi tak stabil, mental lemah & sifat malas berkuasa. Macam mana nak berniaga?
BERMULA HARI INI – KENA RAJIN BASUH BILIK AIR.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
T-shirt lusuh, kotor atau koyak yang tidak boleh digunakan jangan dibuang begitu sahaja, Banyak benda yang boleh dimanfaatkan jika anda rajin mengolah. Berikut, 5 kegunaan tshirt lama yang boleh dimanfaatkan untuk dekorasi kediaman anda
Puan Noor Hafiza Mohamad memang terkenal dengan tip menghias dan mengemas rumah nya. Baru-baru ini, Puan Hafiza berkongsi bajet dekorasi kediamannya. Dengan hanya modal RM 3K, dekorasi berkonsepkan gabungkan mid century, scandi dan boho dapat direalisasikan.
Deko rumah flat berkeluasan <600 sqft.
Sepanjang 9 tahun usia perkahwinan kami, saya suka mendalami ilmu dekorasi dan ia mengajar saya tentang mengurus rumah dengan lebih baik. Bukan sahaja mahu cantik, tapi lebih penting adalah rumah lebih terurus dan praktikal kepada isi rumah.
Untuk memastikan rumah sentiasa kemas, saya melabur sedikit untuk menyediakan ruang penyimpanan barang-barang dengan menggunakan prinsip setiap barang ada rumahnya sendiri. Lebih mudah nak kemas apabila selepas guna, kita terus simpan pada rumahnya.
Untuk mengelakkan rasa bosan dengan warna atau konsep deko, kami biasanya hanya bertukar warna “soft furnishing” seperti karpet, langsir, sarung kusyen dan hiasan dinding. Ia tidak melibatkan bajet yang besar. Kami hanya tukar konsep deko apabila perabot besar rosak dan perlu diganti baru seperti sofa. Ini pun selepas 5-6 tahun menggunakan perabot terpakai. Pada masa inilah kami mula rancang untuk tentukan konsep baru, alang-alang mahu beli sofa baru kami tentukan juga konsep yang sesuai dengan mood ketika ini.
Pada penguhung tahun 2019, saya beli perabot berkonsep mid century iaitu sofa 3 seater RM780, almari TV (RM450), sideboard RM430, cermin bulat RM120, meja kopi RM240, bench RM180, almari kasut RM350. Jumlah harga semua perabot kurang RM3,000 termasuk penghantaran
Bila semakin meningkat umur, kami bukan lagi mahu deko mengikut trend atau hipster tetapi lebih kepada mencipta sebuah rumah kecil supaya nampak lebih luas, warna lebih sejuk dan tenang, dan paling penting rumah senang diurus.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.