Pernah atau tidak anda terbayangkan sesebuah model kereta yang memiliki konsep dan tema ruang dalaman sama seperti sebuah kediaman rumah? Ya, untuk pengetahuan ia sememangnya ada dan wujud!
Jangan ada yang tidak tahu, syarikat pengeluar kereta jenama antarabangsa, Volvo Car Malaysia kini telah melancarkan sebuah model kereta terbaharu iaitu Volvo C40 Recharge Pure Electric bagi pasaran Malaysia.
Model kereta Volvo C40 Recharge Pure Electric ini merupakan sebuah kenderaan mewah jenis Sport Utility Vehicle (SUV).
Bukan itu sahaja, dengan pelancaran model kereta terbaharu tersebut telah meletakkan ia sebagai sebuah kereta berteknologi kuasa elektrik sepenuhnya yang pertama di bawah jenama pengeluar kereta berkenaan.
Ads
Apa yang menarik mengenai Volvo C40 Recharge Pure Electric ini selain reka bentuk luaran kenderaan yang tampak mewah dan moden, ia juga telah menampilkan konsep rekaan ruang dalaman kereta yang bertemakan ‘Scandinavian’.
Jika kita lihat dari rekaan ruang dalaman model kereta Volvo C40 Recharge Pure Electric ini sememangnya tampak sangat kemas dan menarik. Bukan itu sahaja, rekaan konsep yang ditonjolkan membuatkan ruang dalaman kereta ini kelihatan sangat unik dan berbeza dari yang lain.
Ads
Ini merupakan satu pembaharuan menarik yang ditampilkan oleh Volvo Car Malaysia selaku pengeluar kereta mewah yang bertaraf antarabangsa.
Volvo C40 Recharge Pure Electric ini ditawarkan pada harga atas jalan RM288,888** dan didatangkan dengan lima pilihan warna menarik iaitu Crystal White, Black Stone, Silver Dawn , Sage Green dan Fjord Blue.
Bagi anda yang berminat, sudah boleh membuat tempahan bermula 14 Disemberdan para pelanggan juga boleh mengunjungi semua pengedar sah Volvo di Malaysia untuk melihat sendiri kenderaan tersebut mulai 15 Disember 2022
Ads
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Kasut atau selipar cepat rosak bukan sahaja disebabkan oleh penggunaan yang kerap. Antara faktor lain adalah penyimpanan dan penjagaan yang tidak betul. Sebab itu, ada kasut yang jarang sekali tak digunakan rosak begitu sahaja. Berikut Teknik penjagaan dan penyimpanan kasut yang perlu anda patuh:
1. Gunakan rak terbuka
Untuk kasut yang kerap digunakan, sebaiknya simpan dirak terbuka selepas selesai digunakan. Ini disebabkan, kasut yang kerap digunakan sentiasa dalam keadaan kotor dan lembap selepas digunakan. Anda pun tak punya ma324esa yang banyak untuk bersihkan kasut tersebut setiap kali lepas pakai kan.
Macam-macam rekaan rak kasut terbuka yang menarik dan murah. Boleh beli online, lagi mudah dekat sini https://invol.co/cloqny
2. Simpan kasut menggunakan silica gel
Kotak kasut dan gel silika yang terdapat di dalam bekas simpanan setiap kali beli kasut abru jangan di buang. Simpan kasut yang jarang digunakan dalam kotak individu bersama gel silika. Kalau kotak dah lunyai, boleh beli kotak baru
3. jangan simpan kasut dalam keadaan basah
Kasut yang basah atau lembap, jika disimpan di rak terbuka pun boleh mengundang pembiakkan bakteria. Sebaiknya, keringkan sepenuhnya kasut di bawah teduhan sebelum disimpan
4. Selalu bersihkan bahagian dalam kasut
Jika anda jenis kaki yang mudah berpeluh, hal ini paling penting untuk dilakukan. Walupun dah kering, masih tetap perlu dibersihkan untuk mengelak bau yang kurang enak
5. Gunakan Shoe Tree
Kasut yang disimpan dalam tempoh yang lama akan berubah struktur. Apabila pakai bukan sahaja kelihatan tidak cantik, malah tak selesa. Untuk memastikan struktur kasut terpelihara, gunakan shor tree atau setidaknya surat khabar lama.
Sebaiknya, pilih shoe tree yang diperbuat dari kayu. Ini kerana, shoe tree dari kayu bukan sahaja memelihara bentuk kasut, malah kayunya dapat menyerak kelembapan
6. Rawatan khas untuk kasut kulit
Kasut kulit memerlukan rawatan atau penagaan sedikit berbeza berbanding nmaterial lain seperti kanvas, kain, Pu Lather dan sebagainya. Elak simpan kasut kulit di dalam plastik kerana ia akan memudarkan warna fabrik tersebut. Cuci kasut kulit menggunkan bahan yang dikhaskan dan bukan menggunkan sabun mandi atau pencuci baju
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Anda sudah berasa bosan dengan bekas tisu yang sedia ada di rumah anda? Atau anda masih mencari-cari aksesori dekorasi hiasan rumah yang tampak mewah dan lain daripada yang lain? Apa kata anda dapatkan bekas tisu istimewa ini keluaran jenama daripada Kayangan Living.
Nak tahu mengapa anda kena dapatkan bekas tisu ini? Lihat sahaja lah pada rekaan bentuk aksesori ini, sememangnya tampak mewah ala-ala kayangan gitu!
Untuk maklumat anda, struktur badan bekas tisu ini diperbuat daripada kepingan kristal jernih manakala bingkai daripada besi keluli tahan karat. Jadi tidak hairan lah mengapa bekas tisu keluaran jenama Kayangan Living ini tampak mewah.
Bukan sahaja tampak cantik, ia juga merupakan bekas tisu yang sangat berkualiti tinggi. Jadi, tunggu apa lagi, segera dapatkan bekas tisu jenama daripada Kayangan Living ini.
Anda boleh mendapatkan balang rempah Bumbu Series ini dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Penggunaan kayu dalam struktur rumah sangat banyak dilihat tidak kira pada kediaman lama mahupun yang baru. Walaupun pada mulanya rumah kayu nampak kukuh, menarik dan klasik, perlu diingat bahawa sifat kayu boleh berubah bergantung pada faktor cuaca ataupun rapuh dimakan anai-anai. Jadi, pemilik rumah kayu haruslah lebih peka dan teliti menyelenggara kediamana masing-masing supaya tetap kekal utuh.
Ketika dalam proses merancang, pemilihan jenis kayu adalah hal yang paling penting kerana ia bakal mempengaruhi kos pembiayaan, penyelenggaraan dan kos baik pulih rumah yang ingin dibina kelak. Jenis-jenis kayu seperti kayu jati, kayu merbau, kayu meranti merah dan kayu cedar adalah antara spesis yang mejadi pilihan pengguna kerana sifat yang keras dan kukuh. Walaupun telah berjaya memilih jenis kayu yang sesuai, anda tetap perlu melakukan pemeliharaan supaya kayu struktur tersebut tetap kukuh dan tahan lebih lama.
Ada beberapa faktor yang boleh mempengaruhi kekuatan dan ketahanan rumah kayu, antaranya ;
Pengaruh Cuaca
Kayu yang lama terdedah kepada cuaca tidak menentu terumamanya kawasan yang beriklim lembab akan menyebabkan kayu cepat rosak dan mengembang kerana kayu boleh menyerap air dan sifat ini lama-kelamaan akan memudaratkan struktur rumah. Selain itu, jika dibiarkan tanpa rawatan, kayu yang terdedah kepada kelembapan juga boleh menjadi lapuk dan berbau hapak. Lebih parah lagi sekiranya udara mengandungi bakteria atau hama menjangkiti kayu dan membenarkan pembiakan lumut pada kayu yang terlindung dari cahaya matahari.
Serangan Serangga atau Haiwan Perosak
Lipas, tikus dan anai-anai adalah antara musuh utama kayu. Anai-anai contohnya, memang menyukai tempat gelap yang lembab dan tinggal dalam satu kumpulan yang besar. Saiznya yang halus menyukarkan lagi pemilik untuk menyedari yang rumah telah diserang perosak ini. Begitu juga dengan tikus yang akan menggigit kayu sehingga sudah berlubang, barulah tuan rumah sedar akan perbuatan makhluk perosak yang amat menyakitkan hati ini.
Beban Tanggungan
Bebanan yang tidak sesuai dengan ketahanan kayu akan menimbulkan kesulitan kelak apabila kayu sudah mula melengkung dan membengkok sehinggalah patah. Perkiraan ukuran dengan beban harus dilakukan dengan tepat dan teliti terutamanya untuk bahagian tiang ataupun rangka rumah.
Rawatan Sesuai Untuk Rumah Kayu
Rumah kayu sememangnya memerlukan penjagaan yang amat rapi dan akan mengambil masa yang lama serta belanja yang banyak. Tetapi sekiranya dilakukan dengan kerap dan betul, banyak yang dapat dijimatkan. Jadi ikuti tips penjagaan dibawah agar rumah kayu anda kekal cantik dan kuat.
Rawatan Rutin :
Bersihkan kayu yang berhabuk dan berdebu menggunakan air. Kemudian biarkan kayu kering dengan sendirinya.
Untuk bahan pembersihan lantai dan dinding kayu, gunakan ramuan tradisional seperti air pelepah pokok pisang dan tembakau supaya kayu tetap kukuh dan bersinar seperti baru.Langkah ini menyebabkan kayu pada rumah tradisional tetap tahan hingga beratus tahun.
Hindari geseran kasar pada permukaan kayu. Sekiranya anda mahu mengalih perabot besar dan berat seperti meja makan atau sofa jangan tarik atau tolak, tetapi angkat dan alihkan dengan selamat.
Jangan biarkan dinding rumah ditutupi pokok atau tumbuhan. Cantas pohon-pohon sekeliling rumah supaya dinding dan ruangan didalam mendapat sinar matahari yang secukupnya.
Asap dari dapur sebaiknya dijauhi dari ruang yang menggunakan kayu kerana hal ini akan menyebabkan kayu cepat kusam.
Jika rumah anda menggunakan lantai kayu, jangan biarkan beban berat seperti peti sejuk, tong gas terlalu lama keranan ia akan menyebakan kayu cepat rosak.
Rawatan Berkala :
Rawatan berkala atau bermusim perlu dilakukan bagi mengelakkan kerosakan major yang akan menggugat keutuhan rumah kayu. Jadi pastikan anda lakukan perkara-perkara ini apabila tiba waktunya. Panggil golongan profesional yang lebih arif jika anda tidak pasti cara yang betul untuk proses penyelenggaraan ini.
Pemusnahan dan Pencegahan Anai-Anai. Sekiranay bahagian kayu di rumah anda diserang anai-anai, lakukan segera proses pemusnahan. Kayu yang sudah teruk dimakan harus segera ditukar agar tidak menjangkiti bahagian lain pula. Ketika ini, terdapat banyak teknologi moden yang berkesan untuk menghindari dan membasmi anai-anai. Dapatkan konsultasi dari pihak yang sesuai tentang langkah pencegahan anai-anai.
Racun dan Perangkap Tikus. Segera pasangkan peragkap dan racun tikus jika anda merasakan yang rumah anda telah dikunjungi oleh Cik Ti. Biasanya tikus akan melalui sudut rumah yang tersorok atau tertutup jadi rancang dan pasang strategi dimana anda mahu letakkan perangkap tersebut. Jauhi dari kanak-kanak dan pastikan racun diletakkan jauh dari capaian mereka.
Pembersihan Exterior. Bergantung pada lokasi rumah kayu, kerja pembersihan menyeluruh dinding luar boleh dilakukan dalam 2 ke 3 tahun sekali. Ada beberapa cara berbeza yang boleh anda lakukan untuk membersihkan dinding kayu iaitu dengan menggunakan air bertekanan kuat ataupun wap panas.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.