
Kedua-dua golongan berkeluarga dan bujang pasti menginginkan tempat tinggal yang cantik dan selesa namun, sudah tentu kriteria kediaman sempurna mereka berbeza bergantung pada keperluan masing-masing.
Kali ini IMPIANA menampilkan sebuah kediaman dengan ukuran 842 kaki persegi yang dimiliki oleh seorang jejaka yang masih lagi belum berkeluarga. Menurut Ahmad Fakhri, kediamannya yang terletak di Setapak ini ditatarias dengan konsep moden maskulin. Konsep tersebut dipilih kerana ia amat dekat dan menggambarkan personaliti dirinya sendiri.
Pemilihan warna, perabot dan aksesori lain amat penting bagi menzahirkan konsep ini kerana menurutnya amat mudah untuk lari darikonsep jika kita “overdo”. Jadi, penggunaan warna gelap pada perabot dab dinding tumpu adalah pilihan yang terbaik buat konsep ini. Disamping itu, rona neutral memainkan peranan penting bagi memberikan keseimbangan pada ruang.
Sebagai seorang pereka bentuk dalaman professional, sudah menjadi kebiasaan buat pemilik untuk menghias ruang kediaman klien. Jadi apabila sudah memiliki kediaman sendiri,sudah tentunya pemilik teruja dan tidak sabar untuk mengubahsuai setiap ruang mengikut citarasanya. Walaupun dengan saiz yang terhad, pemilik bijak menyusun atur tanpa perlu melakukan renovasi yang besar.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Baiki Sendiri Saluran Air Mesin Basuh Yang Tersumbat. Mudah Dan Jimat!

Mesin basuh yang kita gunakan untuk mencuci pakaian merupakan salah satu item essential di setiap kediaman. Dan tahukah anda, mesin basuh jug aperlu dicuci dari masa ke semasa bagi memastikan prestasinya tidak terjejas.
Ada kalanya, walaupun paip air sudah dibuka sebesar-besarnya, air yang masuk ke dalam mesin cuci masih perlahan. Apa masalahnya?
Biasanya hal ini disebabkan saluran airnya yang tersumbat dekkotoran dari cucian kita sendiri.Tapi jangan risau, anda tidak perlu menghantar mesin basuk ke kedai untuk dibaiki kerana menerusi perkongsian dari Encik Mazuan Lin, beliau telah tunjukkan step-by-step membaiki saluran air pada mesin basuh yang tersumbat.
Jom kita ikuti perkongsian darinya.
Nak share sikit pengalaman betulkan sendiri mesin basuh rosak. Mesin basuh ni hadiah Kakchik masa baru kahwin dulu. So far, jarang ada problem tapi kali ni ada problem air masuk slow sangat pulak.
Kalau hantar kedai mau dekat dua ratus juga agaknya, silap2 lebih. Tu belum masuk nak pikul benda alah ni pergi kedai pulak. Padahal, kos beli barang baru tiga puluh ringgit je dekat Jalan Pasar, Pudu.
Since darling aku dah berceramah sebab tak boleh nak basuh baju dan mood Macgyver aku pun tengah ada maka aku pun bukaklah youtube dan blog tentang cara nak betulkan mesin basuh ni. Rupanya senang aje, perempuan pun boleh buat sebab tak ada pun kena angkat tunggang terbalik.
AMARAN! JANGAN LUPA CABUT SOKET DAN TUTUP PILI AIR SEBELUM MULA!
1.Lepas cabut soket elektrik dan tutup pili air, baru buka hos air dekat belakang ni. Kalau tak nak mandi sambil kena karan lah.
2.Lepas cabut hos, guna playar tirus cabut filter yang ada dalam sambungan hos tu. Disarankan jangan cungkil dengan pisau atau skru driver takut patah.
3.Kadang2 air tak boleh masuk sebab filter ni dah tersumbat. Try cuci dengan air paip dan berus. Lepas tu, pasang balik. Kekadang terus ok tapi kalau masih sama slow maknanya inlet water valve dah rosak.
5.Bukak skru panel atas mesin basuh. Mesin basuh aku kena buka kiri dan kanan skru.
6.Cari benda inlet water valve dan buka soket letrik. Lain mesin basuh mungkin lain rupa valvenya terutama kalau kain masuk ikut depan. Aku pakai mesin basuh LG. Kalau tak silap toshiba pun pakai valve yang sama.
7.Inilah rupa benda yang korang kena bongkar keluar. Benda ni tak berskru pada body so aku tarik keluar aje. Cek la dulu korang punya kot ada skru.
8. Ni rupa lepas dicabut. Valve tu bersambung dengan skru ke kotak air ni. So, kena la bukak skru tu.
9.Ni rupa inlet water valve tu lepas dah diceraikan dari kotak. Bawak benda ni pergi kedai spare part. Harganya dalam rm30 saja.
10. Pasang balik kesemua benda yang dicabut tadi ikut susunan terbalik.
11. Hos air jangan lupa sambung pulak.
12. Wallaa…. lalu air pun mulai deras mengalir cemerlang sebening embun. Jimat RM200.
Sumber : Mazuan Lin
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Hapuskan Kutu Beras Dengan 7 Cara Ini! Sangat Berkesan.

Kehadiran kutu beras dalam beras adalah disebabkan cara anda menyimpan beras yang tidak betul atau beras sudah terlalu lama dan berbau hapak. Risiko beras yang dicemari kutu ini menyebabkan kualiti nutrisi beras menjadi kurang kerana kutu ini akan menebuk sebutir beras untuk memasukkan sebiji telur kutu.
Risiko beras yang tercemar dengan kutu menyebabkan nutrisi berkurangan, alergi, dan kualiti beras yang berubah. Jadi disini IMPIANA ingin berkongsi dengan anda 7 cara untuk hapuskan kutu beras ini.
BAWANG PUTIH
Kutu beras tidak menyukai bau bawang putih kerana baunya yang tajam. Anda hanya perlu meletakkan bawang putih tanpa kulit di dalam dan permukaan bekas simpanan beras.
DAUN BELIMBING BULUH
Daun belimbing buluh sangat efektif untuk mengusir kutu beras. Taburkan sahaja daun belimbing buluh kedalam bekas simpanan beras.
LADA KERING
Bau lada kering amat tidak disukai kutu beras. Letakkan beberapa biji lada kering ke dalam beras.
CILI KERING
Cara yang mudah, anda hanya perlu letakkan cabai kering kedalam bekas simpanan beras anda. Pasti kutu beras tidak akan masuk ke bekas simpanan tersebut.
JEMUR DI TEMPAT PANAS
Masukkan beras ke dalam periuk atau dulang ‘stainless’ kemudian jemur di tempat panas lebih kurang 15 minit. Tutup permukaan bekas itu dengan kain putih. Hasilnya nanti anda akan dapat lihat semua kutu-kutu beras akan keluar melekat pada kain.
SUHU BAWAH 17 DERAJAT CELSIUS
Simpan beras pada suhu dibawah 17 derajat celsius dimana kutu beras tidak suka dengan suhu tersebut. Kebanyakkan kutu beras hanya membiak pada suhu ruang 27 – 30 celsius.
BATANG KAYU MANIS
Kutu beras juga tidak suka akan bau kayu manis. Bau kayu manis akan menyebabkan si kutu betina sukar untuk bertelur, jadi kutu tersebut akan meninggalkan beras anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Throw Cushion Ubah Rupa Ruang Tamu, Tak Perlu Pun Tukar Sofa Baru

Throw cushion ubah rupa ruang tamu, tak perlu pun tukar sofa baru. Ruang tamu merangkap ruang keluarga boleh dianggap sebagai pusat aktiviti di sesebuah kediaman. Di ruangan ini, penghuni rumah berkumpul bersama keluarga atau hanya duduk berehat dan bersantai selain ruang untuk menerima tetamu.
Kewujudan ruang tamu yang selesa pada umumnya dicirikan dengan kehadiran sofa sebagai salah satu perabot utama. Susunan sofa tidak kurang pentingnya daripada susunan perabot di ruangan lain di rumah. Susun atur sofa di ruang tamu serta elemen hiasan adalah kunci utama keindahan dekorasi hiasan ruang tamu.
Anda tidak perlu bersusah payah menukar sofa untuk mendapatkan penampilan ruang tamu yang lebih menarik. Salah satu cara yang paling mudah ialah melalui susunan dan pilihan kusyen atau dikenali juga sebagai throw cushion.
Throw cushion adalah aksesori penting yang mampu menaikkan seri ruang. Kini terdapat pelbagai bentuk dan corak kusyen ‘tabur’ ini malah rambang mata apabila memilihnya di gedung-gedung dekorasi. Anda boleh mencampurkan dan memadankan warna, bentuk, motif dan elemen kusyen pada ruang tamu.
KOMBINASI WARNA
Menggabungkan warna sofa dan kusyen kerusi adalah helah paling mudah untuk paparan sofa yang lebih menarik. Jika anda mempunyai sofa gelap, anda boleh memadankannya dengan kusyen bercorak berwarna terang. Sebaliknya, jika sofa berwarna terang, anda boleh mengimbanginya dengan kusyen berwarna lebih gelap.

GABUNGAN BENTUK
Bentuk kusyen tidak terhad kepada bentuk empat segi seperti bantal pada umumnya. Oleh itu, anda boleh menggabungkan beberapa bentuk kusyen pada sofa untuk penampilan yang menarik. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan kusyen bulat untuk memaniskan susunan kusyen segi empat di sekelilingnya. Bukan sahaja bentuk, anda juga boleh menggabungkan pelbagai saiz kusyen dan menyusunnya mengikut susunan magnitud di atas sofa.

AKSEN TIPOGRAFI (TYPOGRAPHY)
Sebagai pemanis untuk sofa, kusyen dengan aksen motif tipografi boleh dijadikan pilihan. Sofa polos akan kelihatan lebih menarik dan tidak kaku dengan tambahan kusyen bercorak seperti ini. Selain daripada tipografi, anda juga boleh memberikan aksen dalam bentuk motif geometri yang agak mudah dipadankan dengan mana-mana jenis sofa.

KOMBINASI THROW CUSHION BERCORAK GARIS/JALUR
Throw cushion dengan motif garis atau jalur Baling atau kain hiasan untuk sofa adalah sama penting untuk dicampur dan dipadankaboleh dijadikan elemen hiasan untuk sofa polos. Padankan dengan warna sofa. Dengan cara itu anda boleh lebih bebas memilih motif dan warna kusyen.

SENADA DENGAN TABLE RUNNER
Table runner atau alas meja juga boleh menjadi padanan untuk susunan kusyen yang menarik. Warna padanan antara kusyen dan table runner menjadikan ruang tamu kelihatan lebih bersatu. Beberapa kedai perabot dan hiasan rumah turut menjual sarung kusyen dan set table runner dalam cetakan dan warna yang sepadan.

SERASIKAN DENGAN HIASAN DINDING
Selain daripada table runner, hiasan dinding seperti lukisan juga boleh menjadi padanan yang baik untuk pilihan kusyen. Melalui padanan warna atau motif yang serupa antara kusyen dan hiasan dinding, penampilan sofa akan lebih menarik dan sedap mata memandang.

Berikut dikongsikan juga tip bagaimana memanjangkan hayat throw cushion ini agar sentiasa kelihatan baru.
1. Elakkan merendam terlalu lama sarung kusyen kecil anda terutama yang bermanik dan berlabuci. Cucian kering lebih sesuai jika terdapat kotoran degil.
2. Pastikan kawasan laluan zip kusyen anda tidak berserabut dengan juraian benang atau fabrik. Ini bagi mengelakkan ia tersumbat dalam struktur kepala zip dan menyebabkan zip pecah.
3. Jangan lupa cungkil kekotoran di bahagian bucu jahitan. Adakala serat-serat halus berkumpul di kawasan situ.
4. Jika anda menggunakan fabrik baldu mahu pun manik penuh, lebih sesuai jika dihantar ke cucian kering bagi memastikan keadaannya kekal cantik.
5. Jika sarung kusyen anda menggunakan busa sebagai pelapik dalam dan perlu mencuci nya dengan cermat dan elakkan dalam muatan yang sangat banyak. Jika terdapat kekotoran, anda boleh menggunakan berus gigi lama untuk menyental.
Kredit foto (top image): Pexels
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI