Kedua-dua golongan berkeluarga dan bujang pasti menginginkan tempat tinggal yang cantik dan selesa namun, sudah tentu kriteria kediaman sempurna mereka berbeza bergantung pada keperluan masing-masing.
Kali ini IMPIANA menampilkan sebuah kediaman dengan ukuran 842 kaki persegi yang dimiliki oleh seorang jejaka yang masih lagi belum berkeluarga. Menurut Ahmad Fakhri, kediamannya yang terletak di Setapak ini ditatarias dengan konsep moden maskulin. Konsep tersebut dipilih kerana ia amat dekat dan menggambarkan personaliti dirinya sendiri.
Sebagai seorang pereka bentuk dalaman professional, sudah menjadi kebiasaan buat pemilik untuk menghias ruang kediaman klien. Jadi apabila sudah memiliki kediaman sendiri,sudah tentunya pemilik teruja dan tidak sabar untuk mengubahsuai setiap ruang mengikut citarasanya. Walaupun dengan saiz yang terhad, pemilik bijak menyusun atur tanpa perlu melakukan renovasi yang besar.