Moden Mewah Berteraskan Teknologi Hijau

Share

Menjejakkan kaki ke sebuah hotel eksklusif bertaraf lima bintang di tengah-tengah kawasan segi tiga emas Kuala Lumpur, menyajikan satu pengalaman terbaik dan mengujakan penulis. Ini kerana penulis berpeluang untuk menghayati kombinasi servis hospitaliti kelas pertama dan teknologi seni bina yang unggul. Hotel Grand Hyatt iaitu rangkaian jenama hotel berprestij seluruh dunia, melebarkan sayapnya di Kuala Lumpur dengan terbinanya Grand Hyatt Kuala Lumpur berlokasi di Jalan Pinang.

 


Kecekapan pengurusan dan inovasi menobatkan Grand Hyatt Kuala Lumpur antara yang terbaik dalam kelasnya


 

Hotel yang elegan, kontemporari dan mewah dengan 412 buah bilik termasuk 42 suite menawarkan business traveller, pelancong dan tetamu tempatan dengan suasana yang canggih. Terletak di tengah-tengah bandar dan berdekatan dengan Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), hotel ini berada dalam jarak berjalan kaki ke Menara Berkembar Petronas, Kompleks Beli-belah Suria KLCC , taman KLCC, Dewan Filharmonik Petronas dan juga pusat membeli-belah Golden Triangle. Pusat Membeli-belah Pavilion pula lebih kurang sepuluh minit berjalan kaki melalui jambatan yang terletak di luar hotel.

 

Menjanjikan Pengalaman Daftar Masuk Berbeza
Menampilkan sesuatu yang berbeza dan tersendiri, Grand Hyatt Kuala Lumpur menyajikan pengalaman eksklusif apabila proses daftar masuk para penginap adalah di Sky Lobby iaitu di aras 39 bangunan ini. Dilengkapi dengan lif ekspres berkelajuan pantas, para penginap akan dibawa ke aras paling tinggi berlatar belakangkan panorama Menara Berkembar Petronas. Antara momen paling berharga apabila sambil daftar masuk anda bakal menyaksikan sendiri bangunan indah yang menjadi mercu tanda Malaysia ini hanya di depan mata. Proses daftar masuk yang cekap dan efisien membuatkan para penginap terutamanya business traveller yang rata-ratanya mengejar masa, amat berpuas hati.

Sky Lobby Lounge yang terletak di tingkat 38 pula, iaitu di aras Mezzanine, menempatkan ruang makan sempurna menyajikan panorama Menara Berkembar Petronas. Restoran yang mempunyai kapasiti sehingga 120 orang untuk acara-acara seperti parti koktel, majlis makan tengah hari atau makan malam diberi sentuhan teliti dan eksklusif dalam membangkitkan gaya mewah dan moden. Reka bentuk lengkung bulat telah digunakan dalam design approach hotel ini bagi mewujudkan suasana yang lebih lembut dan cozy. Tona bumi dan neutral gabungan lantai kayu dan kehadiran pepohon bamboo bergabung mewujudkan ambience natural di aras paling tinggi ini. Tidak hairanlah apabila sky lobby lounge ini menjadi pilihan mengadakan majlis makan malam romantik oleh pasangan kekasih.

 

Manakala restoran THIRTY8 yang terletak di aras 38 bangunan ini, mempunyai pemandangan 360 darjah dilengkapi open kitchen concept menyajikan masakan barat, jepun dan chinese cuisine. Uniknya para chef memasak secara terbuka di hadapan tetamu. Di samping itu para tetamu dapat menyaksikan pemandangan luas bandar raya Kuala Lumpur dan juga tumbuh-tumbuhan hijau yang subur di taman KLCC. Ia direka dengan baik menggunakan kaca dari lantai hingga ke siling, justeru ruang dalam bangunan menerima cahaya matahari semula jadi secara maksimum untuk acara-acara yang diadakan pada siang hari. Malah para tetamu boleh menikmati pemandangan malam dramatik yang indah berwarna-warni, animasi ajaib di Lake Symphony Suria KLCC.

 

 

 

Published by
Shahar Najmi