Kalau di pasar tu tengok sayur-sayur berdaun geram je. Nak-nak yang baru sampai dari ladang. Tapi kalau tengok sayur yang kita tanam sendiri kenapa tak menjadi sangat macam yang di pasar tu ye. Ada beberapa faktor sebenarnya yang menyubang kepada bentuk fizikal sayur berdaun macam tu. Faktor yang paling utama, sudah pasti pembajaan. Kalau di ladang sayur tu, Sudah pasti baja dan racun kimia digunakan secara berleluasa. Sebab tu, tanamannya sentiasa cantik tanpa sebarang serangan serangga dan daunnya lebar.
Kalau kita tanam sendiri untuk kegunaan harian, sudah pasti baja dan racun kimi WAJIB dielakkan untuk menajamin kelestarian kesihatan. Sebelum ni, LAMAN Impiana pernah siarkan artikel mengenai MOL pisang dan MOL nanas yang dihasilkan oleh seorang pekebun bandar dari indonesia mampu menghasilkan sayur berdaun lebar [klik sini untuk artikel lengkap]. Kali ni, apa kata kita buat MOL dari timun pula untuk dapatkan hasil yang sama. LEBIH MUDAH DAN JIMAT
Bahan-bahan:
1Kg Timun
200g Gula merah
2 Liter air tanpa klorin
Cara-cara:
1. Masukkan gula merah dan air di dalam beaks kedap udara. Kacau sehingga gula tadi larut sepenuhnya
2. potong timun menjadi saiz-saiz kecil atau dadukan
3. Masukkan timun didalam beaks bancuhan gula tadi dan gaul rata
4. Tutup bekas tadi ketat dan diperap selama 20 hari
5. Selepas 20 hari, tapiskan hampas timun tadi dan taburkan ia sebagai baja. Manakala pati MOL timun disimpan di dalam botol kedap udara
Cara guna:
Bancuh 1 liter pati MOL timun bersama 20 liter air tanpa klorin. Jadikan bancuhan air tadi sebagai semburan pada sayuran berdaun setiap 7 hari sekali
Sumber: Sara saad