Moonlit Inspiration
Alamat : D-3-5, Seri Gembira Avenue, No. 6, Jalan Senangria 6, Happy Garden,
58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
No.Tel : 03-7971 8888
Facebook/ Website : Moonlit Inspiration
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Gantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah
Isi Kandungan
ToggleGantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah. Pokok buah bila dah sampai masa untuk di tuai, mesti bahagian yang tinggi dan tidak samapai akan terbiar busuk hingga jatuh ke tanah. Bagaimanapun, ada tip yang boleh digunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam dalam sentiasa rendang walaupun dah berusia.
Teknik untuk memastikan pokok buah sentiasa rendang di panggil “Gravity Lowret”. Teknik tersebut telah di kongsikan oleh D’Pro A’nas di dalam group Facebook Berkebun Di Rumah. Jum kita baca macam mana nak hasilkan pokok buah yang rendang dan berbuah lebat
Baca juga: Tip Suburkan Limau Purut Kalau Tanam Dalam Pasu
Tips Pokok Buah Naik Meninggi, Separas Lutut Dah Berbuah
Sememangnya menjadi masalah untuk kutip hasil jika Pokok buah yang naik meninggi. Bukan itu saja, ia juga menyukarkan proses pemantauan dan penjagaan pokok.
Satu yang ramai tak tahu pokok yang dibiarkan meninggi ini juga mungkin tidak akan berbuah hingga ada yang sampai ke sudah tuan pokok tak merasa hasilnya.
Bagaimana pun ada tip yang boleh kita gunakan untuk memastikan pokok buah yang ditanam tak naik tinggi. Dikongsi oleh D’Pro A’nas boleh cuba kaedah Gravity Lowert telah beliau praktikkan untuk merendahkan pokok buah.
Tip merendahkan pokok
Jika disukat ketinggian pokok ini sudah melebihi tahap bahu orang dewasa. Jika dibiarkan tanpa kaedah tarikan graviti maka pokok ini akan meninggi dan terus meninggi.
Bila dah tinggi, pokok tak ingatlah nak berbuah. Asyik nak ‘makan’ dan nak meninggi semahu-mahunya.
Dengan kaedah GRAVITI LOWERT ini, kita dapat merendahkan pokok yang kita inginkan rendah dan mudah dipelihara serta buat pemantauan.
Cara merendahkan pokok
1.Bahan-bahan yang diperlukan untuk kaedah ini cuma plastik aiskrim, air dan tali plastik.
2. Caranya seperti dalam gambar di bawah. Cuma isi air dalam plastik aiskrim dan ikat kemas. Biarkan tali panjang supaya dapat diikat pada dahan pokok yang mampu menahan beban berat air tadi.
Hasil dari tarikan graviti pokok buah sudah mula berbunga.
Tujuan kaedah gravity lowert
Sebabnya untuk senang cerita dan faham, pokok kita akan ‘berfikir’ tahap ketinggian pokok cuma sampai setakat itu saja. Pokok dah tak dapat meninggi lagi.
Jadi pokok akan ‘berfikir’ untuk lahirkan keturunan/generasi baru iaitu berbuah dan berbunga. Istimewanya pokok rendah paras lutut dah berbuah.
Baja buah
Jangan lupa berikan baja buah sewaktu kita merendahkan pokok.
Cara membungakan dan membuahkan;
– 1 Sudu Makan Baja Novatec Premium.
– 1/2 Sudu Makan Baja TSP
– 1/2 Sudu Makan Baja MKP
– 2 Minggu Sekali.
– Saiz pasu 24 inci.
Kalau pasu kecil kurangkan dos kepada setengah.
Kalau atas tanah, kena darab 3X jumlah baja mengikut umur pokok.
Siram setiap hari, buat waktu petang sahaja bila putik bunga mula keluar. Ia bagi mengelakkan bunga gugur jika disiram waktu matahari naik.
Jangan buat pada pokok yang berdahan besar
Perkongsian dari pengalaman ini hanya sesuai untuk pokok buah berdahan sederhana, jangan buat pada pokok dahan besar.
Untuk keselamatan, jangan buat kalau pokok dah tinggi sebab membahayakan. Tebang dan tunggu dahan baru. Redha saja kalau pokok dah meninggi.
Kaedah ini dibuat pada pokok belimbing tetapi boleh juga dilakukan pada pokok buah yang lain seperti jambu air, longan, rambutan dan lain-lain.
Semoga bermanfaatGantung Air Macam Ni Dekat Dahan, Pokok Rendang Berbuah
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Teknik Tanaman Bertingkat Macam Ni Jimat Ruang, Sediakan 10x Ganda Ruang Menanam
Berkebun tidak semestinya memerlukan ruang yang luas. Bagi anda yang mempunyai kekurangan ruang, selain kaedah tanaman menegak seperti vertical garden dan tanaman gantung sebagai penyelesaian terbaik, salah satu syarikat di Ghana, Afrika iaitu Farming Wonder memperkenalkan teknik tanaman bertingkat atau menara. Teknik ini bukan lah sesuatu yang baru. Namun ia mempunyai banyak kelebihan. Antaranya:
10x ganda ruang tanaman
Setiap menara memperuntukkan ruang 4.6 kaki. Kebiasaannya, saiz ruang tersebut hanya seusia untuk 16-30 sayur jenis berbatang. Namun dengan membina 6 tingkat menara tanaman ini, anda berupaya tanam 90-130 tanaman dalam satu masa
Jimat air
Siraman hanya perlu dilakukan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Disebabkan tanah dalam menara yang dalam, ia berupaya menyimpan air dalam tempoh yang lama dan dapat elak disejat air secara cepat. Secara tidak langsung ia mengurangkan bil air
Mudah diselenggara
Teknik tanaman menara ini sangat mudah diselenggara. Jika teknik tanaman tradisional yang mendatar menuntut anda mencangkung untuk tujuan menuai dan merumput, menara tanaman ni hanya perlu anda selenggara secara berdiri.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Sayang Nak Buang Barang? Hati-Hati, Anda Mungkin Mengalami Masalah ‘Hoarding’!
Sifat “hoarders” merujuk kepada individu yang cenderung untuk mengumpulkan barang-barang dalam jumlah yang sangat besar, sering kali melebihi keperluan sebenar mereka.
Mereka seringkali berasa sukar untuk membuang barang-barang tersebut walaupun barang itu mungkin tidak lagi berguna atau mempunyai nilai yang rendah.
Perilaku ini boleh membawa kepada masalah kesesakan, kebersihan dan keselamatan dalam rumah.
Hoarding juga boleh menjadi tanda gejala gangguan mental seperti gangguan kecemasan atau gangguan obsesif-kompulsif.
Untuk mengawal sifat hoarding, langkah-langkah berikut boleh membantu:
- Kesedaran: Penting untuk individu yang mengalami masalah hoarding menyedari masalah tersebut dan menerima bantuan. Mereka perlu memahami bahawa hoarding boleh membawa kepada masalah kesihatan dan keselamatan.
- Terapi: Terapi kognitif tingkah laku (CBT) adalah kaedah terapi yang berkesan untuk menguruskan hoarding. Terapi ini membantu individu mengubah pemikiran dan tingkah laku yang berkaitan dengan hoarding.
- Sokongan sosial: Sokongan daripada keluarga, rakan atau pasukan sokongan hoarding dapat memberi individu dorongan dan bantuan dalam mengatasi masalah hoarding.
- Keterlibatan pakar: Mungkin perlu melibatkan pakar kesihatan mental seperti pakar psikologi atau kaunselor dan mungkin juga pakar pembuangan sampah atau pembersihan untuk membantu individu menguruskan barang-barang yang dikumpulkan.
- Strategi pengurangan: Mengembangkan strategi untuk mengurangkan jumlah barang yang dikumpulkan seperti mengatur jadual pembuangan atau mengamalkan kaedah “satu masuk, satu keluar” untuk barang-barang baru.
- Latihan kemahiran pengurusan: Membantu individu untuk memperoleh kemahiran pengurusan masa, ruang dan kewangan yang lebih baik yang dapat membantu mengelakkan sifat hoarding.
- Mengetahui peraturan tempatan: Mengetahui undang-undang dan peraturan berkaitan dengan penyimpanan barang-barang di rumah dapat membantu individu mengelakkan masalah undang-undang.
Langkah-langkah ini perlu disesuaikan dengan keperluan individu dan mungkin mengambil masa dan usaha yang berterusan.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI