Mudah Hilangkan Dan Cegah Bau Busuk Peti Ais Dengan 5 Bahan Dapur Ni

Share

Buka peti ais je mesti berbau busuk. Walhal, semua makanan basi dan dah rosak telah dibuang. Rutin cucian peti ais pun telah dilakukan secara berkala. Dari mana aroma busuk ni hadir? Macam bekas simpanan makan, tak kira menyimpan makanan baru dimasak mesti berbau selepas dicuci bersih. Betul tak? hal ini sama seperti peti sejuk. Aroma yang melekat pada dinding peti sejuk adalah punca. Ia memakan masa dan tempoh yang lama untuk dihilangkan.

Bagi mempercepatkan proses menghilang atau mencegah aroma busuk dalam peti sejuk, ada beberapa perkara yang perlu dilakukan:

1. SERBUK PENAIK / BAKING SODA
Tabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang.

Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.

2. CUKA PUTIH
Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk.

Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.

3. SERBUK KOPI / TEH
Gunakan uncang teh atau kopi dan letakkan dalam peti sejuk. Jika tiada yang jenis uncang, tabur serbuk kopi / teh di atas dulang dan letakkannya dalam peti sejuk.

Sekelip mata bau kopi yang semerbak akan menguasai peti sejuk.

4. ARANG
Selain bahan di atas, salah satu cara menghilangkan bau peti sejuk yang berkesan dan semulajadi adalah dengan menggunakan arang. Masukkan arang kecil ke dalam bekas ‘tupperware’ dan letakkan dalam peti sejuk.

Apabila letakkannya dalam peti sejuk, laraskan suhu dalam peti sejuk kepada yang rendah dan tutup pintu beberapa hari.

5. ROTI
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti dalam peti sejuk dan tinggalkan sehingga roti tersebut menjadi kering. Jika masih berbau, boleh gantikan dengan roti yang baru sehingga baunya hilang.

Jadi, lain kali kalau ada baki sekeping dua roti, jangan buang ya!

Published by
Impiana