Kalau dah kreatif, benda yang nampak sampah bagi sesetengah orang jika diolah memang akan jadi produk yang cantik dan mahal. Seperti yang di lakukan oleh ratu DIY Puan Norpadilah yang selalu berkongsi idea-idea DIY yang unik bersama rakan-rakan di Facebook. Terbaru, Puan Norpadilah menghasilkan pasu gaya cottage dari upih yang baru gugur. Tahu tak, IMPIANA pernah jumpa pasu macam Puan Norpadilah
buat di satu kedai jenama kraf terkenal di Malaysia. Harga pasu tersebut dekat RM 300. Bezanya, pasu yang dijual dikedai tersebut telah di cat dengan warna merah.1. Siapkan dan bersihkan pelepah upih yang paling besar
2. ukur tinggi dan lebar pasu yang sesuai kemudian potongkan macam dalam gambar.
3. Gunakan stapler untuk cantumkan bahagian potongan menjadi tapak pasu
4. Ikat bahagian cantuman dinding apsu menggunkan tali jud untuk lebih cantik dan artistik. Dah ikat kukuh, boleh buka stapler yang tadi
5. Nak nampak cantik dan berkilat, boleh sembur dengan spray cear sebagai kemasan terakhir