Almari dah nampak kusam? Kebiasaanya, pilihan mudah adalah tukar dengan perabot baru. Betul tak? Tahu kah anda, ada cara yang lebih jimat untuk pastikan almari yang kusam tadi nampak baru dan sesuai dengan konsep semasa. Lebih-lebih lagi, kalau struktur almari tersebut masih kukuh lagi.
Nak cat, ia akan memakan masa dan tenaga yang lebih. Silap-silap, kalau tak kene teknik mengecat boleh nampak tak kemas pula nanti. Apa kata guna wallpaper atau self adhesive sticker jer seperti yang dilakukan oeh Ella Zahari.
Sayang nak buang. Saya beli wallpaper dekat shopee je 2 meter RM 19 dah cukup.
Saya pilih corak woodgrain dengan waterproof sahaja. Nak potong pun senang sebab ada garisan kotak-kortak di bahagian belakang pelekat. Ni link wallpaper tu dekat shopee https://invol.co/cl46jw3
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Episod Ketiga Impiana Makeover Ruang Selebriti, Saksikan Transformasi Kediaman Karl Shafek
Seperti sedia maklum, idea dan konsep bagi rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti ini adalah untuk mengetengahkan hasil dekorasi makeover di kediaman para selebriti tanah air yang telah dilakukan oleh bersama barisan pakar pereka hiasan dalaman tempatan.
Menerusi episod ketiga rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti yang dihiasi dengan Ella Furniture telah menyaksikan transformasi dekorasi makeover di kediaman selebriti Karl Shafek.
Dalam episod kali ini, Karl telah memilih ruang tamu dan makan di kediamannya sebagai ruang pilihan bagi melakukan transisi perubahan hasil dekorasi yang sedia ada di rumahnya.
Maklum Karl, untuk dekorasi hiasan dalaman kediamannya sedia ada ketika ini adalah berkonsepkan maskulin dan dia juga turut memiliki sebanyak 22 ekor kucing peliharaan di kediamannya.
Bagi merealisasikan transformasi dekorasi makeover di ruang berkenaan, Karl memberitahu dia menginginkan dekorasi makeover yang berkonsepkan klasik dan retro.
Ketika sesi temu bual oleh hos rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti, Catriona Ross di samping pakar pereka hiasan dalaman, Ben Firdaus bersama pengasas Ella Furniture, Puan Ella Alway telah mencadangkan pemilihan material sofa yang anti-cakar dan ‘easy clean’.
Jelasnya, pemilihan material seperti ini sangat penting dan sesuai untuk persekitaran kediaman Karl yang mempunyai haiwan peliharaan kucing di rumah.
Anda terlepas untuk melihat bagaimana hasil dekorasi makeover yang telah dilakukan di kediaman selebriti pilihan Karl Shafek? Jangan bimbang, anda boleh menonton kembali kesemua episod rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti di On Demand.
Siapakah pula selebriti pilihan untuk episod akan datang? Jadi jangan lupa untuk saksikan rancangan Impiana Makeover Ruang Selebriti pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam di saluran Astro Ria.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Baca artikel berikutnya: Ingin Beri Kejutan Buat Suami Tercinta, Impiana Makeover Ruang Selebriti Realisasikan Impian Zulin Aziz
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Santan Tahan Lama Dan Kekal Segar Kalau Ikut Petua Mudah Ini
Penggunaan santan telah dipraktikkan sejak dulu lagi. Masakan yang menggunakan santan dapat memberi rasa lebih sedap dan berlemak. Antara kegunaan lain santan selain untuk memasak termasuklah untuk melebatkan rambut dan berupaya menghaluskan kulit wajah.
Walupun begitu, santan juga merupakan antara bahan yang paling cepat basi. Jadi bagaimana nak simpan santan supaya ia tahan lamadan kekal segar?
Ikuti perkongsian dari saudari Radhiah Izzati.
Assalam.. Zati nak share cara betul simpan santan.
Zati dapat tips ni daripada penjual santan di pasar. Dia pulak dapat tahu daripada penjual nasi lemak.
CARA MENYIMPAN SANTAN
Dia kata, kalau nak santan lebih lama dan pekat dia mantain, korang kena ikut macam ni :
- Ambil beberapa helai surat khabar dan basahkan
- Balut santan tu menggunakan surat khabar yang basah dan letak dalam freezer
- Kertas surat khabar akan beku tetapi santan di dalam tetap mantain segar dan tahan lama
Santan tetap beku tapi ia dijamin kekal segar. Tidak akan ade lebihan air.
Kalau macam biasa santan di bawah, air di atas kan? kalau yang ni semuanya santan pekat.
Tip ini sesuai untuk diguna apabila nak dekat raya nanti, barulah lambat stok santan habis.
Sumber: Radhiah Izzati
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
“Makeover” Tangga Kemasan Jubi Guna Cat Je, Modal RM 200
Ruang tangga standard yang disediakan oleh pemaju adalah kemasan jubin polos je. Memang kalau anda yang suka dekor rumah, nak nampak cantik perlu tambah kemasan lain. Almaklumlah, tangga ni juga antara elemen yang dominan yang jeals kelihatan di ruang tamu. Kebanyakkan perkongsian rakan impiana, mereka akan gunakan kemasan kayu atau vinyl untuk lebih jimat.
Tapi, Puan Aina Syafiqka ada cara lebih mudah dan murah untuk mencantikkan anak tangga dikediamanya. Hanya dengan modal RM 200, Puan Aina sendirian usaha untuk makeover anak tangga kediamannya agar sesuai dengan konsep.
Saya memang teringin sangat nak tangga hitam putih namun belum ada bajet untuk installsolid wood. Saya lihat kebanyakkan tangga mat salleh kongsi dalam instagram mereka cat semula tangga namun kemasan nya jenis kayu bukan jubin.
Seleaps itu, saya cuba buat kajian mengenai cat epoxy yang selalu orang gunakan untuk bilik air. Saya cari cat epoxy yang mate finish dalam shopee pada harga RM 70/1L. Tapi mahal sikit dari cat epoxy yang kilat
Ini jenis-jenis cata yang digunakan:
1 tin warna hitam (2 lapisan sapuan untuk kemasan lebih cantik)
2 tin warna putih (sapuan banyak kali sehingga puas hati)
1 tin under coat
untuk belian terus tile primer ni,bolehkliklinkyangdisertakan https://invol.co/cl4dngu
untuk belian terus, boleh klik link yang disertakan https://invol.co/cl4dnk9
Sebelum cat, bersihkan tangga dan keringkan sepenuhnya. Undercoat keseluruhan tangga 2 lapis, baru cat dengan rona yang ditetapkan. Bancuhan cat bewarna saya buat 2 kali sbeba perlu campu dengan hardener. Untuk elak pembaziran, saya campur sikit-sikit. Jangan bacnuh terus 1 tin. Nanti tak habis pakai, cat rosak macam tu je.
Kerja-kerja makeover ni saya buat sorang-sorang sebab PJJ dengan suami. Memandangkan setiap lapisan ambil masa 8-12 jam, saya buat waktu malam masa anak dah tidur. Saya akan mulakan dari bawah ke atas. Jadi, bangun tidur dah boleh pijak
Dah lebih 11 bulan tangga ni siap, tiada lagi masalah terkopek walaupun saya pernah heret kabinet yang besar. warna pun tak pudar
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI