Mudah Lantik Ejen Uruskan Rumah Sewa, Pemilik Goyang Kaki Tak Pening Kepala

Share

Ramai pemilik rumah yang beli unit untuk dijadikan aset. Kebiasaanya, unit aset ini dijadikan sebagai rumah sewa. IMPIANA nak tanya, siapa yang uruskan rumah sewa mereka sendiri terutamanya dalam hal mencari dan menguruskan dokumentasi penyewa baru? Rasanya 70% dari pembaca IMPIANA buat sendiri kan.

Tapi, pening kepala tak nak uruskan? bukan sahaja dari awal masuk, sepanjang tempoh sewa dan nak tamatkan kontrak pon ada je masalah. Tu belum lagi penyewa lari dengan tunggakkan sewaan berbulan dan bil utiliti yang melambak. Pergh… peningnya kepala.

Oleh itu perlunya dokumentasi antara penyewa dan pemilik. Kalau kita memang mahir nak uruskan tak apa. Bagi yang tak, apa pilihan? sebab tu wujudnya ejen hartanah yang uruskan hal sewaan. Tak perlu nak pening-pening kepala dah. Ejen hartanah kene kan kos yang mahal? tak lah. Ianya sangat berbaloi. Tak percaya boleh baca perkongsian Puan Raudzah Arippin ni:

Ada orang yang takut-takut mahu guna khidmat perunding hartanah untuk uruskan hal sewaan rumah. Katanya, “mesti mahal kalau guna ejen”.
Belum tanya dah cakap mahal, kan? Hihi.

Bila Kak Odah selalu up hal uruskan sewa rumah, maka adalah beberapa rakan yang tanya, berapa ya fee ejen untuk uruskan sewa rumah?
Jawab Kak Odah, “bayaran atau fee perunding hartanah adalah bersamaan dengan harga sebulan sewa” Maksudnya, kalau rumah itu sewa yang dipersetujui RM1000 sebulan, maka itulah bayaran bagi ejen.

“Eh, tak adalah mahal sangat ya? Betul ke tak ada hidden fees lain?”

“Betul, tak ada”

“Ooo gitu ya. Tahanlah dulu saya berulang berpuluh kali bawa orang tengok nak sewa rumah. Punyalah cerewet dan penat. Malam-malam pun ada orang nak tengok rumah. Kalau tahu dulu saya hire ejen je!”

Prosedur sewaan menggunakan ejen :

1. Tuan rumah tandatangan borang lantikan ejen dan boleh serahkan kunci serta kad akses rumah sekali.
2. Ejen akan ambil gambar unit, uruskan iklan, bawa penyewa tengok unit. Ejen juga akan buat ‘tapisan’ terhadap prospek penyewa. Tujuan utama adalah untuk pastikan yang mereka mampu bayar sewa bulanan, dan memenuhi kriteria yang dikehendaki tuan rumah.
3. Jika penyewa setuju, penyewa akan bayar duit tempahan (bersamaan sewa bulan pertama) kepada agensi ejen.
4.

Ejen akan uruskan perjanjian sewa dan beri draf untuk semakan kepada kedua dua pihak.
5. Penyewa akan bayar duit stamping dan caj pengurusan kepada ejen.
6. Ejen akan uruskan stamping perjanjian sewa di LHDN.
7. Penyewa akan bayar baki deposit (deposit sekuriti dan deposit utiliti kepada tuan rumah)
8. Ejen akan serahkan perjanjian sewa kepada penyewa dan tuan rumah, dan serahkan kunci kepada penyewa.
Published by
Impiana