Siapa kata kita perlukan bajet besar untuk merubah wajah ruang sedia ada? Jangan gusar tentang perbelanjaan kerana kita boleh merubahnya hanya dengan sedikit sentuhan magis bagi memperbaiki penampilan gaya hias ruang pilihan.
Tanaman berpasu ideal
Letakkan tanaman hiasan berpasu di penjuru ruang bagi menyuntik kesegaran. Ia juga mampu berfungsi memberi ilusi pertambahan dimensi ruang (depth of field). Untuk menutup cela pasu tanaman, kita boleh letakkannya dalam raga yang cantik atau pasu hiasan. Pilih tanaman hiasan teduhan kerana ia sesuai diletakkan dalam rumah. Hasilnya tidak mengecewakan.
Kemas sekarang!
Simpan atau buang barang yang jarang atau tidak digunakan langsung. Barang yang bersepah di atas para atau dalam laci menjejaskan usaha kita mengemas ruang itu, letak hanya yang perlu dan sesuai sahaja.
Ads
Hasilkan kesan drama
Penulis mencadangkan agar anda cuba menggantikan terendak lampu yang ada kepada warna hitam. Dan bagi menjadikan ruang bertambah glamor, anda boleh lilitkan terendak tersebut menggunakan pita warna emas atau gangsa. Tetamu akan terpukau dengan ruang anda nanti.
Susun atur perabot
Langkah ini sepatutnya boleh dilakukan kerap sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Ia bukan sahaja mudah malah tiada kos diperlukan. Ubah kedudukan sofa dengan kerusi berlengan dan juga meja sisi. Cara ini memang menjimatkan tapi hasilnya adalah terbaik!
Sandarkan lukisan
Letakkan lukisan yang sesuai dengan konsep. Tidak perlu bersusah payah hendak memaku atau menggantungkannya. Cukup sekadar menyandarkannya ke dinding begitu sahaja. Cuba letakkan lukisan di meja konsol dan karya seni itu akan memainkan peranannya.
Ads
Wow! Tombol baharu
Ramai yang terkejut apabila dengan hanya menukar tombol kabinet dapur, ia akan merubah penampilan sistem kabinet dan ruang dapur secara keseluruhan. Biarpun sistem kabinet kita berbentuk ringkas, namun apabila tombol lama ditukar baharu, anda akan dapat saksikan visual ruang yang menarik.
Naik taraf langsir
Jika dahulu kedudukan rod langsir terlalu hampir dengan bingkai pintu gelangsar atau tingkap, cuba alihkannya ke atas lagi. Usaha ini cukup pantas memberi ilusi ruang luas dan tinggi. Reka bentuk langsir juga boleh diubah kepada imej baharu.
Kabinet pamer kembali berseri
Anda memiliki rak atau kabinet pamer yang kelihatan membosankan? Usah risau. Dengan sedikit bekalan semangat rajin dan modal, cuba anda segarkan penampilan kabinet tersebut dengan menampal kertas dinding pada bahagian dinding kabinet. Cara ini sangat mudah dan anda boleh memilih corak kertas dinding yang sesuai dengan konsep pilihan.
Ads
Suasana berubah segera
Kesegaran dan perubahan suasana ruang sangat mudah dizahir kan hanya dengan merubah penataan cahaya ruang (perancangan awal diperlukan untuk memasang lampu yang boleh dilaraskan pencahayaan). Atau lebih mudah, letakkan jambangan bunga segar di ruang-ruang pilihan.
Fokus pada perincian
Kita selalu abaikan perincian yang ada di ruang kediaman. Cuba anda fokus kan usaha dengan mengecat perincian tertentu di ruang pilihan dengan warna gelap.
Jika sebelum ini ia seakan tenggelam, namun setelah dicat, ia akan tampil menyengat. Contoh: Cuba cat dengan warna perang tua, kelabu atau hitam pada bingkai gril. Ia seperti mengenakan solekan celak pada alis mata.
Memiliki kediaman sendiri pasti menjadi impian setiap orang. Tak kira besar atau kecil, mahal atau murah kediaman yang hendak dibeli sebaiknya kita membuat pemilihan yang betul.
Ia lebih kepada pemilihan ruang dalam rumah supaya rumah yang kita pilih selesa untuk kita duduki.
Tip memilih ruang dalaman rumah pertama
1. Dapur sebaiknya tidak di depan, berhampiran pintu masuk. Soal aurat dan budaya masak kita berbeza. Jika tiada pilihan, pastikan ianya terlindung dari pandangan mata.
2. Pintu bilik tidak mengadap ruang utama, kita tentu malu orang nampak bilik tidur kita. Keluar bilik nampak orang.
3. Siling pastikan lebih tinggi, agar tangan tak kena kipas nanti. Makin tinggi, makin baik pengudaraan dalam rumah. Sebaiknya 10’0″ tinggi.
4. Kiblat tidak mengadap bilik air, takkan nak sujud menghadap bilik air. Susah nak khusuk nanti.
5. Matahari petang tidak menghadap bilik tidur utama, panasnya sampai kemalam.
6. Ada ruang utiliti, biar kecil tapi ia keperluan abadi hidup nanti. Nak buat aktiviti senang nanti.
7. Cari rumah sebaiknya ada 3 bilik, 2 bilik air sebagai pemulaan. Bukannya satu bilik sahaja. Elakkan Soho, Sovo, Sofo.
Mula dengan rumah kecil dan sederhana, jangan mengada nak teres atau bunglo yang ada taman bunga dan penuh rama rama .
Rumah, adalah tempat yang kita rasa selamat dan tenang. Sebab itu ada pepatah, ‘Rumahku Syurgaku’. Tapi kalini, kita tidak mahu bercakap tentang dalaman rumah tetapi luaran rumah. Jikalau anda ada halaman luar rumah yang luas, anda sepatutnya atau patut dekorasi halaman tersebut dengan pelbagai cara yang boleh. Tetapi jangan risau, hari ini saya akan menceritakan ap acara terbaik untuk menghiasai halaman rumah anda.
Jadi, cara pertama yang anda boleh buat untuk menghiasi halaman rumah adalah, menanam rumput hias atau rumput palsu itu serta meletakkan pasu-pasu bunga yang cantik. Ini membolehkan ia menaikkan lagi suasana halaman rumah anda dari kelihatan hijau sahaja menjadi pelbagai warna disebabkan warna bunga-bunga tadi.
Kedua pula, Meletakkan akuarium di halaman rumah yang berbumbung ataupun membina sebuah kolam supaya boleh memelihara ikan. Ingat, anda mesti pastikan anda membela ikan yang berwarna-warni untuk menceriakan lagi halaman anda.
Ketiga, menyediakan meja dan kerusi untuk anda duduk di laman sambil meminum kopi. Meja dan kerusi, nampak sahaja seperti tiada kena mengena tapi ia sebenarnya ada. Design meja dan kerusi yang lawa itu pun dapat menaikkan lagi suasana halaman.
Keempat, memasang lampu-lampu yang cantik dan estetik. Lampu-lampu ini akan berfungsi apa di waktu malam. Tapi, pastikan lampu-lampu ada benda yang boleh diletak sesuatu tempat yang tinggi.
Dan yang terakhir, Kelima. Jikalau anda ada skil atau kemampuan untuk membina dinding atau tembok, bina dan selepas itu mencorakkan dinding itu supaya jadi cantik. Konsep ini sama dengan mural yang di dinding itu.
Jadi, itu sahaja tips atau cara yang menghias halaman rumah anda menjadi lebih cantik. Kalau anda berpuas hati, kongsikannya kepada rakan-rakan anda.
Pemilihan jenis tingkap di rumah juga adalah suatu perkara yang penting kerana ia akan menentukan apa kegunaan tingkap tersebut bagi seberapa luas ruang dalam rumah tersebut. Di Malaysia sekarang ini, banyak jenis tingkap kita boleh perolehi. Maka dengan itu, harini saya akan menceritakan beberapa jeniss tingkap yang sesuai rumah anda.
Tingkap Jenis Casement
Kebiasaan orang di Malaysia ini, mereka gemar menggunakan tingkap jenis seperti ini, lagi-lagi rumah mereka adalah rumah moden. Ini kerana ia mempunyai engsel pada sisi bingkai tingkap yang boleh buka ke luar. Dengan itu, ia membolehkan rumah di Malaysia ini mendapat pengudaraan yang baik dan melindungi dari cuaca hari hujan. Tambahan lagi, ia sangat efektif untuk mengurangkan rasa panas atau haba di dalam rumah ketika cuaca panas.
Tingkap Jenis Awning/Top Hung
Selalunya tingkap sebegini biasa digunakan di bilik air atau tempat yang tinggi kerana ia senang untuk dibuka dan memberi pengudaraan yang bagus. Apa lagi yang membuatkan ia bagus adalah bentuknya. Bentuknya seperti atap yang membuatkan hujan dan debu susah untuk masuk dalam rumah.
Tingkap Glass Block
Tingkap jenis glass block ini, boleh dikatakan puratanya rendah kerana ia jarang dijumpai. Akan tetapi, glass block pernah kerap diterapkan dalam rumah di Malaysia suatu ketika dahulu. Tingkap ini berfungsi dengan pencahayaan semula jadi yang mampu menerangi ruangan dan pada yang sama, menjaga privasi rumah. Namun begitu, jika adanya frosted glass, semakin kurang penggunaan jenis tingkap glass block ini. Selain itu, tingkap jenis glass block ini juga sesuai dipasang berdekatan dengan pintu masuk dan bilik mandi kerana ia memberikan rasa seperti rumah yang mewah.
Konklusinya, banyak lagi jenis tingkap yang ada di Malaysia ini, yang anda boleh terapkan atau pasang di rumah anda. Cuma, ini adalah pilihan dan pendapat terbaik dari saya. Akhir kata, cari lah tingkap dengan kesesuaian diri masing-masing dan keselesaan anda. Ini kerana tingkap juga menilai bagaimana rumah anda.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.