Siapa kata kita perlukan bajet besar untuk merubah wajah ruang sedia ada? Jangan gusar tentang perbelanjaan kerana kita boleh merubahnya hanya dengan sedikit sentuhan magis bagi memperbaiki penampilan gaya hias ruang pilihan.
Tanaman berpasu ideal
Letakkan tanaman hiasan berpasu di penjuru ruang bagi menyuntik kesegaran. Ia juga mampu berfungsi memberi ilusi pertambahan dimensi ruang (depth of field). Untuk menutup cela pasu tanaman, kita boleh letakkannya dalam raga yang cantik atau pasu hiasan. Pilih tanaman hiasan teduhan kerana ia sesuai diletakkan dalam rumah. Hasilnya tidak mengecewakan.
Kemas sekarang!
Simpan atau buang barang yang jarang atau tidak digunakan langsung. Barang yang bersepah di atas para atau dalam laci menjejaskan usaha kita mengemas ruang itu, letak hanya yang perlu dan sesuai sahaja.
Ads
Hasilkan kesan drama
Penulis mencadangkan agar anda cuba menggantikan terendak lampu yang ada kepada warna hitam. Dan bagi menjadikan ruang bertambah glamor, anda boleh lilitkan terendak tersebut menggunakan pita warna emas atau gangsa. Tetamu akan terpukau dengan ruang anda nanti.
Susun atur perabot
Langkah ini sepatutnya boleh dilakukan kerap sekurang-kurangnya tiga bulan sekali. Ia bukan sahaja mudah malah tiada kos diperlukan. Ubah kedudukan sofa dengan kerusi berlengan dan juga meja sisi. Cara ini memang menjimatkan tapi hasilnya adalah terbaik!
Sandarkan lukisan
Letakkan lukisan yang sesuai dengan konsep. Tidak perlu bersusah payah hendak memaku atau menggantungkannya. Cukup sekadar menyandarkannya ke dinding begitu sahaja. Cuba letakkan lukisan di meja konsol dan karya seni itu akan memainkan peranannya.
Ads
Wow! Tombol baharu
Ramai yang terkejut apabila dengan hanya menukar tombol kabinet dapur, ia akan merubah penampilan sistem kabinet dan ruang dapur secara keseluruhan. Biarpun sistem kabinet kita berbentuk ringkas, namun apabila tombol lama ditukar baharu, anda akan dapat saksikan visual ruang yang menarik.
Naik taraf langsir
Jika dahulu kedudukan rod langsir terlalu hampir dengan bingkai pintu gelangsar atau tingkap, cuba alihkannya ke atas lagi. Usaha ini cukup pantas memberi ilusi ruang luas dan tinggi. Reka bentuk langsir juga boleh diubah kepada imej baharu.
Ads
Kabinet pamer kembali berseri
Anda memiliki rak atau kabinet pamer yang kelihatan membosankan? Usah risau. Dengan sedikit bekalan semangat rajin dan modal, cuba anda segarkan penampilan kabinet tersebut dengan menampal kertas dinding pada bahagian dinding kabinet. Cara ini sangat mudah dan anda boleh memilih corak kertas dinding yang sesuai dengan konsep pilihan.
Suasana berubah segera
Kesegaran dan perubahan suasana ruang sangat mudah dizahir kan hanya dengan merubah penataan cahaya ruang (perancangan awal diperlukan untuk memasang lampu yang boleh dilaraskan pencahayaan). Atau lebih mudah, letakkan jambangan bunga segar di ruang-ruang pilihan.
Fokus pada perincian
Kita selalu abaikan perincian yang ada di ruang kediaman. Cuba anda fokus kan usaha dengan mengecat perincian tertentu di ruang pilihan dengan warna gelap.
Jika sebelum ini ia seakan tenggelam, namun setelah dicat, ia akan tampil menyengat. Contoh: Cuba cat dengan warna perang tua, kelabu atau hitam pada bingkai gril. Ia seperti mengenakan solekan celak pada alis mata.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada tak di kalangan anda yang pernah melihat perkakas dapur seperti dulang berputar ini dijual di kedai kelengkapan rumah mahupun secara dalam talian? Tahukah anda, dulang berputar ini sebenarnya namanya lebih dikenali sebagai ‘Lazy Suzan Tray’.
Mengapa perkataan ‘Lazy’ ini sering disinonimkan dengan perkakas dulang berputar ini? Adakah inovasi yang dimiliki oleh dulang berputar ini membawa maksud perkakas dapur ini gemar digunakan oleh yang pemalas?
Mungkin ada sesetengah di kalangan anda yang beranggapan inovasi dulang yang boleh berputar ini melambangkan sikap malas seseorang sekiranya digunakan.
Meski begitu, tahukah anda sebenarnya penggunaan dulang berputar ini merupakan sebuah produk perkakas dapur yang boleh memberi pelbagai kemudahan kepada anda?
Untuk pengetahuan anda, dengan fungsi putaran 360 darjah, dulang berputar ini sememangnya amat sesuai digunakan sebagai aksesori perkakas dapur bagi meletakkan pelbagai bekas atau balang rempah seperti garam, gula, serbuk perasa dan sebagainya.
Malah, apabila menjelang musim perayaan seperi Hari Raya Aidilfitri, ada segelintir yang menggunakan dulang berputar ini bagi meletakkan balang biskut di atas meja makan tetamu.
Foto sumber: repictblog
Bagaimanapun, terpulang kepada tanggapan masing-masing terhadap mengenai penggunaan dulang berputar ini sama ada ia merupakan satu inovasi memudahkan atau memalaskan.
Sekiranya anda ingin mendapatkan dulang berputar ini, apa kata anda mendapatkannya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi laman sesawang www.kayanganliving.com.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Bukan senang mahu hilangkan kotoran dan kekalkan kekemasan rumah jika ada anak yang masih kecil. Lebih-lebih lagi si cilik yang berusia sekitar 2 ke 5 tahun. Ada saja benda nak diusik dan diteroka. Maklumlah, sel-sel otak mereka kan sedang berhubung, jadi memang susah nak dikawal ditambah pula dengan perasaan ingin tahu mereka yang sedang meluap-luap. Sabar je lah..
Dinding yang dipenuhi contengan mungkin sudah menjadi sesuatu yang normal untuk rumah yang ada anak kecil. Salah satu tip yang boleh anda cuba bagi mengelakkan dinding rumah dipenuhi ‘mural’ kreatif dari si kecil ialah, sediakan kertas atau papan melukis buat mereka. Tetapi jika anak-anak masih minat nak berkarya diatas dinding, ini antara bahan yang anda boleh gunakan untuk hilangkan kesan contengan tersebut dengan mudah :
Bahan #1 SODABIKARBONAT
Guna kain bersih dan celupkan dengan soda bikarbonat yang telah dicampur sedikit air. Kemudian gosokkan perlahan-lahan pada dinding yang diconteng sehingga hilang. Atau anda juga boleh taburkan soda pada span yang lembab sebelum mengelap dinding.
Bahan #2 CUKA Celup berus gigi yang sudah tidak digunakan kedalam cuka dan berus pada kesan conteng di dinding sehingga hilang. Kemudian bilas.
Bahan #3 UBAT GIGI Pastikan anda guna ubat gigi yang biasa (bukan jenis gel). Letakkan sedikit pada berus gigi yang sudah tidak diguna, berus dinding yang kotor dengan cermat. Kemudian bilas denga air atau lap dengan kain lembap. Cara ini juga membantu hilangkan kesan permenent-marker dengan mudah.
Bahan #4 MAYONIS Sapu mayonis pada kesan contengan dan biarkan untuk beberapa minit. Kemudian lap menggunakan kain bersih dalam pergerakan circular dan bilas dengan air.
Tidak dinafikan, bukan semua orang ada memiliki sebuah kediaman yang besar dengan saiz keluasan ruang dalaman rumah yang luas.
Bagi yang memiliki saiz rumah yang kecil, sudah pasti setiap sudut keluasan ruang dalaman rumah juga adalah lebih terhad termasuk ruang dapur.
Sudah semestinya dengan ruang yang lebih terhad ini, rekaan hiasan dalaman rumah serta kelengkapan dan susunan perabot turut menjadi terhad.
Untuk ruang dapur misalnya, mesti ada segelintir di kalangan anda yang pernah menginginkan sebuah ‘Kitchen Island’ namun angan-angan tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh kerana saiz keluasan ruang dapur yang kecil serta terhad.
Tetapi kini ianya bukan lagi penghalang untuk anda memiliki sebuah ‘Kitchen Island’ di ruang dapur.
Ini kerana, hasrat anda untuk memiliki sebuah ‘Kitchen Island’ yang cantik bagi menyerikan lagi ruang dapur anda bukan lagi angan-angan.
Maka, bagi mencapai hasrat dan angan-angan itu anda boleh mendapatkan sebuah ‘Kitchen Island’ yang bersaiz kecil seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
‘Kitchen Island’ ini bukan sahaja memiliki saiz reka bentuk yang kecil malah ia juga didatangkan dengan rekaan moden dan ‘minimalist’ yang membuat kelengkapan perabot ini tampak lebih mewah.
Sekiranya anda mahu memiliki ‘Kitchen Island’ yang sama seperti gambar tertera, anda boleh mendapatkan dengan membuat pembelian di aplikasi Shopee. Klik di sini.
Sumber: Facebook Kaki Deko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Persoalan yang lebih penting ketika ini kepada ramai orang dalam pasca raya dengan keadaan kos sara hidup makin meningkat adalah benar-benar ke bersedia untuk mengubah hidup mereka.