Masalah kulat di kediaman bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Lebih-lebih lagi kediaman anda terletak di kawasan dengan kelembapan tinggi, seperti di tepi sungai atau hutan, peratusan untuk perabot anda diserang kulat adalah lebih tinggi!
Sekali pandang, kulat pada almari terlihat seperti habuk atau debu dan boleh dilap dengan mudah sahaja. Tetapi malangnya, selepas beberapa hari kulat tersebut akan muncul dan kembali menghantui hidup anda.
Melalui perkongsian di akaun Facebooknya, Bijen Mohd ada berkongsi trik dan petua mudah bagi menghapuskan masalah kulat ini. Mari kita semak.
DIY Dehumidifier
Kali ni kita cerita pasal dehumidifier DIY pula.
Waktu mengemas rumah, korang mesti pernah hadapi situasi almari yang ditumbuhi kulat berupa habuk-habuk halus di permukaannya.
Kulat ni memang biasa sangat tumbuh lagi-lagi kalau musim hujan. Ditambah pula kalau korang sidai baju guna ampaian dalam rumah. Memang seronoklah kulat ni membiak dengan jayanya di permukaan almari korang.
Selalunya pembiakan kulat ni terjadi pada permukaan almari jenis murah. Senang cerita almari yang dibuat dari habuk kayu. Sebab apa? Sebab almari jenis ni mempunyai kadar serapan kelembapan yang tinggi.
Ads
Bila kayu lembap ditambah dengan pengudaraan yang kurang memuaskan dan hawa lembap bilik yang tinggi, makhluk bernama kulat ni aktiflah buat kerja.
Cara termudah untuk mencegahnya adalah dengan menggunakan dehumifier. Contohnya mesti korang pernah dengar ‘Thirsty Hippo’ kan?
Cumanya penggunaan ‘Thirsty Hippo’ tidaklah begitu praktikal di tempat-tempat yang sempit dan dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila air dah penuh, terpaksa buang dan beli baru pula.
Sebagai alternatif, kita gunakan gel silika. Pek gel silika ni korang biasa jumpa dalam kotak kasut, botol vitamin, beg baru beli dan sebagainya. Andai dapat ku undurkan putaran dunia, nescaya saya dah kumpul pek gel silika ni dari kecil untuk buat koleksi.
Tapi tak apa, masa depan masih boleh diubah. Korang boleh dapatkan gel silika timbang kilo di Lazada. Saya beli sekilogram di sana dengan harga RM65. Saya beli yang jenis berwarna biru kerana ia akan berubah warna menjadi merah jambu bila kandungan air yang berjaya ditariknya tinggi. Jadi mudahlah saya nak tahu bila masanya untuk panaskan semula gel silika ini.
Namun oleh kerana hati saya tidak sabar-sabar menunggu pengeposan dari pihak Lazada, saya telah pergi menyerbu kedai menjual barangan kucing di sini. Haha!
Di kedai ini anda boleh mendapatkan kristal silikadengan harga yang lebih murah. 1.8 kg pada harga RM18. Hehe! Tanya orang kedai, nak kristal berak kucing.
Kristal ini sebenarnya adalah alternatif kepada pasir tempat kucing berak tu. Ianya dibuat dari gel silika dan berfungsi memerangkap air dari najis kucing. Jadi najis yang dilemparkan oleh kucing nanti akan jadi ‘odorless’ sebab dah kering dengan cepat.
Saya beli sepaket dan cari bekas ‘tupperware’ plastik. Masukkan kristal tadi ke dalam bekas plastik sebanyak mana yang diperlukan dan tebuklah lubang menggunakan pin di penutupnya.
Ads
Bila dah siap tu, korang letaklah bekas tadi di tempat yang sering dijangkiti kulat. Nak lebih kreatif, korang cari stokin yang dah tak pakai, korang sumbat kristal tu masuk dalam tu dan jerut. Stokin tu korang lemparlah dalam ‘storage box’ ke, dalam kasut ke, dalam beg ‘luggage’ yang dah lama tak pakai ke suka hati koranglah. Cara lain, boleh juga ‘packing’ dalam plastik yang di-‘seal’. Tapi jangan lupa tebuk pula. Kalau tak, dia nak sedut air macam mana kan?
Lepas tu tengoklah kadar kerajinan korang. Setahun sekali ke, setahun dua kali ke, kumpulkan balik semua kristal tadi dan panaskan di atas kuali atau di dalam ‘microwave oven’ untuk menyahkan air yang berjaya diperangkapnya. Boleh dikitar semula. Jimat belanja!
p/s : Sebagai langkah pencegahan, saya gunakan spray ni untuk lap permukaan kayu lepas dah bersihkan semua kulat tu.
Rumah flat tapi dekorasi macam kondominium, influencer bijak suai padan perabot. Pempengaruh (influencer) yang dikenali dengan nama Nur Syamimi ini nyata bijak menghias kediamannya walaupun hanya sebuah rumah flat.
Menggunakan latar rona putih untuk segenap ruang kediaman, ruang terhad kediaman ini kelihatan lebih luas dan bersih. Nur Syamimi juga bijak membuat pilihan perabot untuk kediamannya manakala dari segi perhiasan pula, dia hanya memilih yang minimalis tetapi moden.
Hasil kreativiti Nur Syamimi menghias rumah flatnya, dekorasi hasil cetusan idea wanita ini kelihatan mewah dan eksklusif. Kediaman yang berkeluasan 850 kaki persegi tidak menjadi halangan untuk Nur Syamimi menghias kediamannya.
Nur Syamimi sebelum ini pernah dikecam kerana warga maya kerana dianggap tidak layak menduduki flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) tapi ibu muda ini tidak mudah melatah. Malah wanita ini giat menghias kediamannya yang dihuni bersama keluarga tercinta.
Bukan sekadar sebuah konsep, JAPANDI merupakan falsafah hidup yang menggabungkan kesederhanaan gaya Jepun dengan gaya rustik Scandi. Japandi telah menjadi salah satu stail ataupun gaya yang semakin mendapat perhatian penggemar hiasan dalaman.
ELEMEN JAPANDI
Simplicity Pilih kualiti berbanding kuantiti. Konsep ini mementingkan keringkasan ataupun minimalism. Jadi anda perlu mewujudkan ruang yang kemas, luas dan lapang tanpaterlalu banyak aksesori sert aperabot yang hanya akan mengehadkan lagi ruang sedia ada.
Bahan Semulajadi Antara bahan-bahan semula jadi yang boleh digunakan bagi mewujudkan konsep Japandi ialah buluh, rotan, linen, bulu dan juga kertas. Jangan lupa, unsur semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan juga penting untuk sudut kediaman Japandi. Selain dapat menambah warna pada ruang, tumbuhan hijau juga dapat membantu membersihkan udara di dslam kediaman.
Kombinasi Dua Gaya Cuba gabungkan kedua-dua gaya ini dan jangan takut untuk bermain dengan warna terang dari perabot Scandi dan warna gelap yang elegan dari gaya Jepun.
Aksesori Dengan Fungsi Tambahkan aksesori, tetapi jangan keterlaluan. Aksesori Scandinavian menumpukan pada keselesaan, seperti permaidani lembut dan bantal besar untuk menambah suasana yang cosy ke dalam ruang. Aksesori jepun pula biasanya merupakan objek atau peralatan berfungsi seperti pasu, mangkuk atau dulang. Jadi untukmenggabungkan keduanya, keindahan aksesori perlulah seiring dengan kegunaannya.
Warna Kontra Kunci utama konsep Japandi adalah dengan menggabungkan rona neutral lembut dari konsep Scandi yang dikontrakan dengan tona lebih gelap dan malap dari gaya Jepun.
Rumah kecil menjadi tarikan ramai pemilik masa kini, kali ini pemilik di Kepala Batas, Pulau Pinang iaitu Encik Mohd Nasrul Pazil berkongsi rumah kecilnya yang berkeluasan 40 x 16.
Konsep rumah kecil ini untuk keluarga yang tidak besar dan inginkan suasana yang lebih akrab dalam kehidupan dan pergerakan di dalam rumah. Ia bergantung dengan ciri pemilik rumah itu sendiri apa yang diinginkan dalam kehidupan mereka. Perlu ambil tahu isi rumah juga. Jika ramai penghuninya, rumah seperti ini tidak sesuai dijadikan inspirasi.
Tetapi rumah Encik Mohd Nasrul Pazli ini cukup memberi inspirasi untuk semua pemilik rumah yang inginkan kediaman sebegini. Jom lihat rumah comel beliau.
Bahan binaan kediaman ini
Structure reinforcement concrete n clay brick.
Finishing aluminum glass panel, gypsium board untuk dinding.
Roof, combination concrete slab dan metal deck dengan RHS(rectangular hollow section) untuk struktur bumbumg
Lantai concrete dengan floor board finishing
Keluasan keseluruhan 40’x16′
Dapur 16’x8′, tandas 4’x8′, bilik utama 20’x8′, hall plus dining area plus family area 20’x16′
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.