Kebelakangan ini memang banyak kita lihat perkongsian tip serta panduan untuk bercucuk tanam. Sama ada di kebun, mahupun di halaman rumah, aktiviti berkebun kini menjadi kegemaran ramai orang. Selain kita dapat berbakti pada tanah, manfaatnya cukup banyak!
Kali ini IMPIANA mahu bantu anda tanam lobak pula! Melalui hantaran (posting) CT Hamisah Ahmad II, beliau telah buktikan bahawa tanam lobak ni mudah saja rupanya. Lobak merah dan putih hidup subur dan selamat disemai walau hanya ditanam dalam botol plastik. Menarik kan? Jom sama-sama kita semak.

Mudahnya Tanam Lobak Dalam Botol Je, Tapi Tetap Dapat Hasilnya

Saya tanam lobak dalam botol ja.. Lobak saya semai dalam tray dulu, dan apabila keluar daun 4,5 helai baru saya pindahkan kedalam botol.

Saya semai biji benih beli dekat kedai..Dekat Shoppee pun ada banyak dijual..

Ads

Mudahnya Tanam Lobak Dalam Botol Je, Tapi Tetap Dapat Hasilnya

Daun lobak bila mula-mula keluar macam rumput, jadi tunggu dulu sehingga daun sebenar keluar sebelum pindahkan kedalam botol

Ads

Mudahnya Tanam Lobak Dalam Botol Je, Tapi Tetap Dapat Hasilnya

Langkah-langkahnya :

Ads

1. Isi tanah jangan bagi penuh, lebih kurang tiga per empat saja, Masukkan anak lobak tadi biar tenggelam semua batang. Biar daun saja diluar tetapi jangan sampaitertimbus pucuk, nanti mati
2. Apabila batang makin meninggi, timbus semula hingga pelepah paling bawah. Jnagan lupa buang daun yang bawah sekali. Jika tidak, lobak tidak akan dapat membesar dengan baik dan tidak berisi
3. Siram dua kali sehari untuk dapatkan hasilnya

Mudahnya Tanam Lobak Dalam Botol Je, Tapi Tetap Dapat Hasilnya

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI