Pokok selasih merupakan sejenis tumbuhan renek daripada keluarga Lamiaceae yang terdapat di kawasan beriklim tropika. Tumbuhan herba ini banyak kandungan khasiatnya untuk tubuh manusia.
Keseluruhan bahagian pokok selasih boleh digunakan sebagai bahan perawatan pelbagai jenis penyakit seperti batuk dan mencairkan kahak, perawatan malaria, mengurangkan panas badan, merawat demam, sebagai bahan tahan sakit dan mengurangkan stress. Ia juga mengandungi antiseptik, melawaskan sistem pencernaan dan dapat menambah selera makan.
Melalui perkongsian kali ini, IMPIANA ingin mengajak anda untuk cuba teknik menanam pokok selasih ini dengan cara yang paling mudah!
LANGKAH MENANAM POKOK SELASIH
1. Basahkan kapas muka. Letak biji selasih atas dia. Titikkan air sampai biji selasih kembang. Kerap basahkan kapas. Biar beberapa hari sampai keluar tunas. Ni dah kira ok la ni dah keluar ekor
2. Abaikan tag. Letakkan benih sekali dengan kapas dekat tanah. Sis guna polibag je. Kambus sikit dengan tanah. Bila dah naik daun dia sikit-sikit kambuskan lagi dengan tanah ye. Siram selalu. Sampai pokok naik.
Pada sesiapa yang ada cara yang lebih praktikal, boleh juga kongsi. Nanti sis cuba. Step ni step memandai-mandai sis je
Menu yang selalu sis buat dengan daun selasih ni :
1. Ayam / daging pad kra pow
2. Topping pizza
3. Ulam
Kredit : Yuyu R Bajuri
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
26 Produk Tempatan Telah Menerima Pengiktirafan Malaysia Good Design Award 2021, Syabas!
Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) telah menganjurkan acara berprestij untuk industri reka bentuk iaitu, Majlis Penganugerahan Malaysia Good Design Award (MGDA) dan Pensijilan Certified Industrial Designer (CIDe) di The Everly Hotel, Putrajaya pada Selasa.
Seramai 26 penerima rekaan produk terbaik telah menerima pengiktirafan MGDA menerusi 13 kategori reka bentuk yang merangkumi produk berasaskan:
- Ruang tamu dan bilik tidur
- Peralatan rumah, dapur dan bilik air
- Aktiviti masa lapang, hobi dan sukan
- Perdagangan dan pesta jualan
- Kraf
- Senibina dan persekitaran
- Produk industri
- Kawasan umum dan kenderaan
- Media dan barangan elektronik
- Ubatan dan pemulihan
- Pejabat dan pengurusan
- Barang kemas, fesyen dan aksesori
- Pembungkusan
Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Lim Ban Hong, Timbalan Menteri, Kementerian Perdagangan dan Antarabangsa (MITI).
Jadi, mari kita lihat antara senarai produk tempatan yang telah berjaya menerima pengiktirafan MGDA 2021.
Kategori Senibina Dan Persekitaran
- Produk/ Jenama: Pintu Pelbagai Lapisan Ultra/ Ultradoor
- Syarikat: Ultranovate Sdn. Bhd.
Kategori Peralatan Rumah, Dapur Dan Bilik Air
- Produk/ Jenama: Kitmens Digital Stand Mixer/ KM-85
- Syarikat: Puncak Stainless Steels Machinery Sdn. Bhd.
Kategori Pembungkusan
- Produk/ Jenama: De Wan 1 Mooncake Packaging
- Syarikat: Rich Art Print & Pack Sdn. Bhd.
- Produk/ Jenama: Kusyen Rehat Pergelangan Tangan
- Syarikat: Jamilah Binti Yahya
Kategori Kraf
- Produk/ Jenama: Aurora Oval Raku Vase
- Syarikat: Benchmark Ceramic
- Produk/ Jenama: Document Bag
- Syarikat: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan
Tahniah diucapkan kepada semua barisan penerima anugerah MGDA dan semoga terus sukses di masa akan datang, syabas!
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Bukan Sekadar Kegunaan Harian, Cermin Juga Boleh Jadi Sebagai Dekorasi Rumah Anda!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Cara Paling Mudah Dan Mujarab Halau Tikus Dengan Daun Bangun-Bangun
Bangun-bangun, atau nama saintifiknya Plectranthus amboinicus antara tanaman wajib di perkarangan rumah nenek moyang dahulu. Kenapa ya? rupanya ia bukan sekadar kaya khasiat, malah banyak kegunaanya. Jus dari daunnya boleh melegakan batuk dan asma. Rebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan minum setelah suam. Daunnya berbau wangi dan boleh dijadikan ulam. Ada juga yang menjadikannya sebagai aroma dalam minuman teh.
Bagi sakit kepala, ramas daunnya dan lekapkan pada dahi pesakit. Bagi menyedarkan orang yang pitam pula, ramasan daun hendaklah didekatkan pada hidung.
Untuk penawar gigitan binatang, tumbuk daunnya dan ditampal pada bahagian yang digigit. Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir.
Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan
Sebelum ini, LAMAN impiana pernah kongsi cara untuk menghasilkan Resepi Racun Serangga Untuk Cegah Bena Dan Koya Dari Daun Bangun-Bangun Betul-betul Berkesan [klik sini]
Sebenarnya ada satu lagi kegunaan daun bangun-bangun yang kita tidak tahu iaitu menghalau tikus di dalam kediaman. Apabila kelihatan tinja tikus berselerakkan dalam kediaman, ini menunjukkan ada sarangnya di dalam rumah anda. sebelum apa-apa tindakkan dilakukan, berishkan najis tersebut terlebih dahu. Kemudian, ambil beberapa helai daun bangun-bangun dan ramas sehingga mengeluarkan bau. Taburkan daun yang telah diramas tadi di kawasan yang disyakki menjadi sarang dan laluan tikus.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tip Asas Penjagaan Tanaman “Indoor” Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang
Bagi memastikan tanaman indoor kesayangan anda sihat dan cantik bukan sesuatu perkara yang boleh dipandang remeh, tidak cukup sekadar memberi perhatian, kita juga perlu peka dengan keperluan asas tumbuhan selain memeliharanya dari sebarang jenis masalah dan penyakit.
PENJAGAAN ASAS TUMBUHAN DALAM RUMAH
Antara impak tanaman indoor termasuklah dapat mewujudkan suasana yang menarik terhadap sesuatu persekitaran ruang itu. Tumbuhan yang kecil memberi warna dan pemandangan segar dari tepi tingkap atau di atas meja, sementara tumbuhan yang besar memberi suntikan menarik terhadap sesuatu sudut.
Namun kadangkala masalah pokok mati, tidak berbunga pasti akan merisaukan anda sehingga menyebabkan ada di antara segelintir pemilik mengalami fobia akan keadaan ini. Sebenarnya, hampir kesemua masalah yang di hadapi oleh tanaman indoor amat mudah diselesaikan.
1. Pencahayaan
Tumbuhan amat memerlukan pencahayaan yang mencukupi mengikut jenis. Sebagai contoh tumbuhan berbunga memerlukan cahaya matahari mencukupi untuk membolehkan tumbuhan tersebut kembang mekar. Jika tumbuhan tidak mendapatkan jumlah pencahayaan mencukupi, daunnya akan mula kuning dan lama-kelamaan akan mati.
Kebiasaannya, pemilik akan meletakkan pokok berhampiran dengan tingkap untuk mendapatkan pencahayaan semula jadi. Oleh itu, kenal pasti jumlah pencahayaan yang di perlukan oleh tumbuhan.
2. Suhu kelembapan & cara penyiraman
Kebanyakan tumbuhan tumbuh sihat pada kadar suhu 60 hingga 70°F. Elakkan tumbuhan anda dari kawasan yang mempunyai kadar kepanasan dan sejuk yang tinggi seperti berhampiran dengan penghawa dingin dan peti sejuk. Bagi tumbuhan berbunga, bunganya akan berkembang mekar dalam tempoh lama jika kadar suhu persekitaran di tahap sederhana. Suhu melebihi 75°F akan menyebabkan kadar penyejatan air di dalam tanah menjadi cepat dan boleh menyebabkan tumbuhan kering kontang dah terdedah kepada penyakit serta mudah diserang penyakit.
Tanaman terarium atau bekas bertutup memberikan kadar kelembapan yang tinggi untuk tumbuhan dari jenis sukulen. Kadar penyiraman yang terlalu kurang atau berlebihan boleh menyebabkan tumbuhan bermasalah. Daun akan bertukar menjadi kekuningan dan mati secara perlahan-lahan jika kekurangan air. Mana kala jika berlebihan air, akar tumbuhan akan lemas dan boleh menyebabkan tumbuhan mula lembik dan mudah diserang penyakit. Periksa tanah di dalam pasu setiap hari untuk memastikan kadar kelembapan mencukupi.
Kebanyakan pasu untuk tumbuhan di dalam rumah tidak mempunyai lubang pasu, oleh itu jumlah air yang diperlukan untuk pokok besar adalah sebanyak 250ml dan untuk tumbuhan kecil sebanyak 50ml hingga 100ml bergantung pada saiz tumbuhan.
Kaedah lain untuk memastikan kadar kelembapan tanah adalah dengan mengangkat pasu, jika pasu ringan bermakna kadar kelembapan sudah tiada. Anda juga boleh menggunakan kaedah penyiraman dari bawah pasu. Letakkan tumbuhan yang pasunya berlubang ke dalam bekas yang telah di isi air dan biarkan tanah meresap air secara perlahan. Bila kadar kelembapan sudah mencukupi di bahagian atas tanah, keluar kan pasu dari bekas air tersebut dan biarkan lebihan air tadi keluar dan jangan biarkan pasu terendam di dalam air untuk satu jangka masa yang lama.
Tip: siram tumbuhan anda dari bahagian atas tanah sebulan sekali untuk mengelakkan wujudnya garam mineral dan siram tumbuhan anda sebelum ia menjadi layu. Jika terdapat habuk yang berwarna keputihan pada permukaan tanah di dalam pasu, itu menunjukkan tanah tersebut sudah bergaram.
3. Pembajaan
Pembajaan dilakukan sebulan sekali dan pada kadar yang sangat minimum. Pemilik kediaman digalakkan mengguna baja organik kerana ia kurang panas dan selepas proses pembajaan tumbuhan perlulah segera disiram. Bagi tumbuhan berbunga, pembajaan mestilah dilakukan selepas tumbuhan tersebut habis kitaran berbunga kerana dikhuatiri baja tersebut akan panas dan menyebabkan kerosakan kepada kudup bunga.
Pemberian baja yang betul bagi setiap tanaman indoor amat penting untuk memastikan pokok yang ditanam kekal subur dan cantik.
Sekiranya cahaya memberikan sumber tenaga kepada tanaman, baja pula akan membekalkan nutrient yang diperlukan oleh tanaman untuk terus membesar dengan subur.
Berikut merupakan tanda tanda tanaman anda kekurangan baja :
• Pertumbuhan pucuk baru kurang
• Daun kuning
• Daun gugur
• Batang pokok kecil
• Tidak berbunga
Tanda tanda tanaman anda terlebih baja :
• Hujung daun terbakar, bintik perang pada daun
• Pertumbuhan daun terjejas
• Daun layu
4. Penyediaan tanah
Untuk tumbuhan berpasu, sistem saliran tanah amat penting untuk memastikan air yang disiram boleh diserap dengan sebaiknya dan lebihannya dapat dikeluarkan. Untuk memastikan tanah di dalam pasu boleh mengalirkan air dengan baik, anda perlu campurkan sedikit pasir di dalam tanah tersebut. Pasir tersebut dapat membantu pengudaraan di dalam tanah, memperbaiki tumbesaran akar di dalam tanah dan memudahkan air mudah di resap oleh tanah.
Tip tambahan penjagan tanaman indoor ;
- semburkan sedikit air pada dasar daun dan lap untuk membuang debu yang terlekat pada dasar daun.
- Pastikan air dan kain yang di gunakan tidak mempunyai sisa minyak dan kain tersebut mestilah lembut.
- Untuk mendapatkan tekstur daun yang berkilat. Dapatkan lilin khas untuk tumbuhan yang terdapat di pasaran
- Untuk tumbuhan memanjat, pemangkasan haruslah dilakukan sekerap mungkin supaya tumbuhan tersebut sentiasa kemas dan rapi.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI