
Ada atau tidak di kalangan anda yang sememangnya pencinta bunga Tulip yang mudah didapati kawasan selatan Eropah ini? Mesti anda teringin untuk menanam tumbuhan ini di kawasan laman dan ruang dalam kediaman anda, betul tak?
Meski tumbuhan ini sukar untuk membiak dengan ekosistem di kawasan Asia, kini tidak lagi kerana sudah ada cara yang mudah untuk menanam tumbuhan cantik ini di kediaman anda.
Apa yang cuma perlukan adalah benih pokok Tulip dan kemudian di tanam dalam pasu atau bekas yang berisi air sahaja. Memang mudah kan?
Lihat lah hasilnya, memang sangat menakjubkan dan anda tidak perlu risau kerana anda boleh sahaja benih pokok Tulip ini dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee.
Klik di sini untuk membuat pembelian.
Sumber: Facebook Kerja Dari Rumah
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Tersadai Semua Anai-Anai Lepas Kena Dua Campuran Semburan Ajaib Ni
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Buat beg atau sarung kusyen hiasan sendiri

Foto: Azfarina Sulaiman
Bahan yang diperlukan
Kain belacu
Daun
Benang atau tali
Plastik
Gunting
Periuk kukus
Baldi

.
Langkah mudah
1. Rendam kain di dalam air bersih sekurang-kurangnya 30 minit untuk membuka pori bagi memudahkan penyerapan warna.

1. Rendam kain di dalam air bersih sekurang-kurangnya 30 minit untuk membuka pori bagi memudahkan penyerapan warna.
2. Perah kain yang telah di rendam.

2. Perah kain yang telah di rendam.
3. Bentangkan plastik dan lapiskan kain di atasnya.

3. Bentangkan plastik dan lapiskan kain di atasnya.
4. Susun daun mengikut kreativiti. Bahagian bawah daun ebih pekar berbanding permukaan atas.

4. Susun daun mengikut kreativiti. Bahagian bawah daun ebih pekar berbanding permukaan atas.
5. Sebaiknya susun secara berselang untuk impak yang lebih menarik.

5. Sebaiknya susun secara berselang untuk impak yang lebih menarik.
6. Gulung ketat kain yang telah siap disusun. Plastik berfungi bagi mengelak warna daun membias ke bahagian yang tidak diperlukan.

7. Ikat ketat gulungan kain tadi menggunakan tali.
7. Ikat ketat gulungan kain tadi menggunakan tali.
8. Letak di dalam pengukus dan kukus sekurang-kurangnya 2 jam.

8. Letak di dalam pengukus dan kukus sekurang-kurangnya 2 jam.
9. Ketika masih panas, buka ikatan tali, buangkan daun dan jemur di bawah teduhan selama 3 hari sebelum dicuci.

9. Ketika masih panas, buka ikatan tali, buangkan daun dan jemur di bawah teduhan selama 3 hari sebelum dicuci.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Tiada Bajet Untuk Tukar Pagar Rumah Baharu, Gunakan Kayuan ‘Shera Plank’ Sebagai Alternatif

Apabila pintu pagar rumah sudah bertahun-tahun lama diguna pakai, mungkin sudah tiba masanya untuk membaiki atau menukar kepada pintu pagar rumah yang baharu.
Namun dengan kenaikan kadar harga barang masa kini, mungkin ada di kalangan anda yang menghadapi masalah kewangan dan kekangan bajet untuk menukar pintu pagar rumah yang baharu.
Tetapi tahukah anda, sebenarnya kini ada alternatif lain yang lebih menjimatkan untuk membaiki pintu pagar rumah anda yang sudah lama dan rosak dengan hanya menggunakan kayu campuran dikenali sebagai ‘Shera Plank’.
Menggunakan kayu campuran ini ternyata bukan sahaja menjimatkan wang ringgit anda malah ia sangat mudah untuk dipasang dan dikendalikan.
Lihatlah hasilnya, memang menakjubkan betul tak? Dengan hanya menggunakan ‘Shera Plank’ sahaja pintu pagar rumah terus berubah tampak seperti baharu.
Bukan itu sahaja, struktur reka bentuk kayu campuran ini juga tampak sangat menarik dan unik apabila ia disiap pasang pada pintu pagar rumah anda.
Sekiranya anda ingin mendapatkan kayu campuran ‘Shera Plank’ seperti yang tertera pada gambar, anda boleh sahaja membelinya dengan membuat pembelian secara dalam talian di aplikasi Shopee. Klik di sini untuk pembelian.
Sumber: Facebook Kaki Deko
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Baca artikel berikutnya: Cara Betul Untuk Buat Dekorasi ‘Table Setup’ Yang Cantik, Kena Tahu 3 Perkara Asas Ini
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Warna 2022 ~ ‘Langit Cerah Sedang Menanti’

Warna 2022~ Langit Cerah sedang Menanti. Pastinya warna 2022 kali ini menjadi pilihan untuk setiap pemilik rumah mahupun komersial. Setiap tahun semua syarikat cat akan berlumba-lumba untuk mengeluarkan warna tahunan yang telah dikaji oleh trend global untuk dapatkan warna tahunan yang akan menjadi trend tahunan.
Seperti biasa AkzoNobel pastinya akan menzahirkan warna sempurna untuk setiap kediaman dan juga komersial. Pilihan warna untuk tahun ini pasti akan menjadi pilihan ramai. Sentuhan warna lembut dengan penuh kesegaran ini membuatkan ramai akan terpukau.
Bersempena pelancaran Dulux Promise, AkzoNobel juga memperkenalkan Colour of the Year 2022 – Bright SkiesTM – warna biru muda yang menenangkan seperti udara yang segar. Setelah lama terperap di rumah, orang ramai inginkan kebebasan. Kajian trend global menyeluruh yang dijalankan oleh pasukan pakar warna cat dan salutan dan golongan profesional rekaan antarabangsa menunjukkan bahawa kita semua inginkan ruang yang terbuka, terhubung dengan persekitaran luar dan pendekatan yang baru untuk semua perkara.
“Pada tahun 2022, Bright Skies akan membantu kita mengalu-alukan idea dan bentuk baharu untuk masa depan baharu,” kata Heleen van Gent, Pengarah Kreatif Pusat Estetik Global AkzoNobel. “Warna ini melambangkan langit yang tiada sempadan, memberi ruang untuk kita mendefinisi semula rumah, persekitaran, seni dan memberikan suara baharu dalam kehidupan. Ketika pengguna meneroka cara untuk mengekspresi diri dan mengubah ruang mereka, matlamat kami sebagai pakar warna adalah untuk memberi inspirasi agar mereka berasa yakin semasa memilih warna.”
Warna 2022 (Colour of the Year 2022) membantu memberi ilham kreativiti dan keyakinan untuk pengguna, manakala program ‘Dulux Promise’ memberi jaminan kualiti produk-produk kami. Dengan cat sebaik yang dijanjikan, pengguna pasti boleh menikmati ketenangan minda apabila mereka memilih untuk memberi nafas baharu, melindungi dan mencantikkan ruang-ruang kediaman mereka.
AkzoNobel, syarikat cat dan salutan antarabangsa yang terkemuka, baru-baru ini melancarkan program ‘Dulux Promise’ yang memastikan anda dapat mencapai warna yang sempurna, hasil akhir yang sekata dan liputan yang dinyatakan; atau produk cat anda akan digantikan.
AkzoNobel sedar bahawa memilih cat yang akan memberi hasil yang diingini untuk dinding anda bukanlah satu tugas yang mudah. Adakalanya, cat yang digunakan pada dinding tidak menepati warna yang dipamerkan pada katalog warna, dan kadangkala, pengecatan yang tidak konsisten akan menjadikan liputan dan hasil pada dinding kelihatan tidak kemas atau tidak memuaskan.
Program ‘Dulux Promise’ membantu menangani masalah yang sering dihadapi pengguna dan menjanjikan bahawa produk-produk terpilih dari portfolio ‘Dulux Promise’ akan menawarkan ciri-ciri berikut apabila dicat pada dinding yang bersih dan kering sepenuhnya, mengikut sistem pengecatan Dulux:
- Warna sempurna – Warna cat akan sepadan dengan warna yang dipamerkan pada katalog Dulux seperti dek kipas dan kad tona, namun perlu diketahui bahawa perbezaan warna yang terjadi akibat jenis bahan (warna mungkin kelihatan berbeza mengikut jenis bahan atau permukaan yang dicat), bentuk, saiz dan pencahayaan permukaan tidak termasuk dalam jaminan program ini.
- Hasil akhir sekata – Cat yang dibeli akan memberi hasil yang sekata tanpa kesan bercapuk sebaik sahaja kering sepenuhnya apabila digunakan pada permukaan yang bersih dan telah disediakan dengan baik.
- Liputan – Satu bekas cat akan memberi liputan mengikut saiz kawasan yang dinyatakan pada label produk dan lampiran data produk; namun, sesetengah warna mungkin memerlukan dua lapisan untuk mencapai kelegapan yang diingini.
Melalui program ‘Dulux Promise’, AkzoNobel ingin memudahkan proses membuat keputusan dan memberi jaminan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan apabila memilih produk cat untuk dinding mereka.
David Teng, Pengarah Komersial SEAP di AkzoNobel Decorative Paints berkata: “Di AkzoNobel, kami sentiasa berusaha memperbaiki dan menginovasi produk-produk kami tanpa menjejaskan komitmen terhadap kualiti. Program Dulux Promise adalah contoh terbaik dalam usaha kami untuk meyakinkan pelanggan dan memberikan mereka kepuasan hati apabila memilih produk-produk Dulux semasa mengubah rekaan atau memberi nafas baharu kepada rumah mereka.”
Produk-produk yang termasuk dalam program Dulux Promise adalah Dulux Ambiance Pearl Glo, Dulux EasyClean, Dulux EasyClean Plus, Dulux Pentalite, Dulux Weathershield dan Dulux Weathershield Powerflexx. Melalui program Dulux Promise, pelanggan boleh memohon penggantian sekiranya produk-produk Dulux dijamin dalam program ini tidak memberikan warna yang sempurna, hasil akhir yang sekata dan liputan seperti yang dinyatakan pada dinding mereka, tertakluk kepada terma dan syarat yang boleh didapati di www.dulux.com.my/en/dulux-promise. Untuk maklumat lanjut mengenai warna 2022, (Colour of the Year 2022), sila layari www.dulux.com.my/en.
BACA: 5 Pilihan Warna Dapur Luar Biasa Tapi Cantik Yang Sesuai Untuk Anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI