Nak Bawang Siap Kupas Tahan Lama, Jangan Cuci . Bawang yang dah kupas, kalau simpan hanya berupaya tahan dalam tempoh 1 minggu je paling lama walaupun disimpian dalam petgi sejuk. Selepas seminggu bukan bawang rosak berair, tapi kering dan salah teknik simpan boleh menyebabkan peti sejuk berbau, Wan Rosni ada cara nak pastikan bawang siap kupas tahan berminggu lamanya apabila disimpan
1. Mula-mula beli bawang kat supermarket mana-mana yang uolls suka. Atau nak suh runner belikan pun boleh.
2. Pastu simpanla bawang tu dalam bekas-bekas bawang macam dalam gambar (ni bukan iklan ya).
3. Pastu kupasla bawang tu untuk stok seminggu. Agak-agak family ramai kenalah kupas banyak lagi. Eloknya ajak anak-anak kupas sama-sama. Baru cepat siap.
Baca juga: Beras Boleh Hilangkan Kesan Kunyit Dan Bau Cili Pada Jug Pengisar
5. Pastu ambil la bekas macam dalam gambar namanya snowflake. Bekas ni saiznya tinggi. Jadi tujuannya kalau stok bawang yang dikupas tu banyak, muatla dalam bekas ni. Saya punya bawang kali ni tak penuh bekas, tapi nak guna juga bekas ni.
6. Kenapa kena guna bekas ni? Sebab dia muat kat pintu peti sejuk rumah saya dan rumah anda juga. Tambahan, ia khas untuk simpan barang dalam peti sejuk
Tak mahal pun satu set 12 biji RM 130 sahaja. Boleh klik link ni kalau nak beli https://invol.co/cl8yqnz
7. Jadi bila nak guna, baru keluarkan yang nak guna je, baru basuh dan potong/blend/chop ikut keperluan resepi masakan anda.
8. Kenapa takleh basuh siap-siap? Sebab nanti bawang tu akan lembap dan akan berair dalam bekas tu. So nanti bawang tu akan cepat rosak.
Itu je tipsnya untuk hari ni. Sekian, terima kasih.
Nak Bawang Siap Kupas Tahan Lama, Jangan Cuci