Nak Beli Barang Elektrik WAJIB Baca Label Ni Kalau Nak Jimatkan Bil Elektrik

Share

Perasan tak, pada barang elektrik ada pelekat yng berbintang 5 tu? Masih ramai tak tahu tujuan pelekat tersebut. Ia sebenarnya adalah salah satu sistem yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga bagi mengukur kecekapan penggunaan tenaga elektrik.

Suruhanjaya Tenaga (ST) merupakan badan yang bertanggungjawab dalam membangunkan dan mengawal selia program pelabelan cekap tenaga.Program pelabelan cekap tenaga ini bertujuan untuk menggalakkan industri menghasilkan barang elektronik yang menjimatkan tenaga.

Jika sesebuah syarikat menggunakan pelekat tersebut pada produk mereka, ini menunjukkan ia adalah produk yang telah melalui pelbagai ujian yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Dari segi persaingan pula, produk mereka lebih diyakini.

Label cekap tenaga ini bertujuan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam membantu pengguna membuat pilihan terhadap barang elektrik yang cekap tenaga. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kos penggunaan elektrik di kediaman anda.

Produk yang tertera pelekat dengan 5 bintang penuh bermakna ia adalah barang jimat tenaga. Namun, sebaliknya bagi yang mendapat bintang kurang dari 5. Sebaiknya, elak beli produk elektrik yang jumlah bintang nya bawah 3.

Kebiasaannya, produk yang menggunakan sistem ini adalah seperti kipas, peti sejuk, penghawa dingin dan mesin basuh. Oleh it, anda perlu bijak memilih

Published by
Impiana