Nak Beli Rumah Jangan Ikut 5 Kepercayaan Karut Ni

Share

Nak beli rumah bukanlah mudah. Pelbagai dugaan yang bakal kita hadapi kalau silap langkah. Kewangan kita boleh sengsara dalam jangka masa yang panjang kalau tak bijak mengendalinya. Jom ambil tahu 5 perkara yang selalu dikait rapatkan bila nak beli rumah.

1. Kumpul 10%  Dari Harga Rumah

Memang betul. Kita perlukan paling kurang 10% untuk membayar pendahuluan bila nak membeli rumah nanti. Ramai yang tersilap bukan itu sahaja kos yang perlu kita tanggung, ada banyak lagi yang perlu kita ambil kira sepert ini.

  • duti setem,
  • yuran permohonan,
  • kos valuasi,
  • kos nak bayar peguam,
  • insuran rumah, dan lain-lain yang berkaitan.

Antara strategi yang anda boleh pasang adalah, sediakan duit sebanyak 15% (kalau mampu, kumpul hingga 20%) daripada harga jualan rumah yang nak dibeli tu.

Ini supaya anda boleh kumpul duit awal-awal untuk tanggung semua kos tambahan kat atas tadi. Ha! dah mula berfikir kan?

2. Lagi Tinggi Down payment Lagi Bagus

Tak salah kalau nak letak down payment yang lebih kalau ada duit simpanan lebih. Masalahnya, ramai yang buat ni takde simpanan yang mencukupi.

Betul. Bila kita bayar down payment yang tinggi, kita boleh kurangkan jumlah ansuran yang wajib dibayar setiap bulan. Tapi tak guna kalau simpanan yang ada tak banyak mana.

Bayangkan. Lepas beli rumah nanti, mesti anda nak beli perabot atau buat renovation untuk cantikkan rumah.

Lebih selamat anda bayar down payment yang perlu, dan gunakan duit lebihan tu (lepas dah tolak semua kos yang perlu untuk cantikkan rumah) sebagai simpanan kecemasan.

Berfikir panjang sebelum melakukan sesuatu yang mungkin buatkan anda gigit jari.

3. Nak Pendekkan Tempoh Loan, Bayar Bulanan Lebih!

Jika anda gunakan selain daripada pinjaman fleksi (flexi home loan), bayar lebih setiap bulan mungkin satu tindakan yang tak berikan banyak untung. Tambahan pula kalau loan anda ada lock-in period.

Kalau habis bayar sebelum tempoh yang dah ditetapkan bank, anda terpaksa bayar penalti. Jadi renung-renungkan part ni ye.

4. Untung Bila Buat Refinance Rumah

Macam yang anda sedia maklum, refinance (pembiayaan semula) adalah satu tindakan mengambil loan rumah yang baru, untuk membayar hutang sedia ada sepenuhnya.

Dengan membuat refinancing, anda boleh kurangkan jumlah ansuran bulanan dengan ketara. Tapi, ia juga mungkin akan beri kesan buruk kat kewangan anda.

Jika anda nak buat ni, penting untuk mempertimbangkan kadar faedah pinjaman sedia ada dengan kadar faedah loan baru (yang anda nak apply).

Ada potensi yang kadar faedah mungkin rendah untuk tahun pertama. Tapi akan meningkat lebih tinggi pada tahun berikutnya.

Sentiasa dapatkan maklumat lanjut tentang ini sebelum anda buat sebarang keputusan muktamad.

5. Muda Lagi Enjoy
Dulu, Nanti Tua Sikit La Beli Rumah

Siapa macam ni, rasa diri tu masih muda dan nak bersuka ria dulu. Malas nak fikir beban. Sampai bila nak menyewa tak ada rumah sendiri. Pasti ke boleh simpan duit bila tua boleh beli rumah?

Walaupun kenyataan tadi ada kebenarannya, tapi lagi bahaya kalau orang muda tak pernah ada sebarang rekod hutang langsung.

Lagi-lagi kalau mereka benar-benar mampu daripada segi pendapatan untuk beli rumah.

Kalau anda lambat buat loan rumah, anda punya tempoh pembayaran akan jadi lebih singkat. Sanggup ke anda bayar jumlah ansuran rumah yang lebih tinggi?

 

 

 

Published by
Impiana