Agak pening memilih Pemanas air atau water heater ni. Apa ciri-ciri yang menjadi keutamaan yang perlu diperhatikan? Melambak jenama water heater di pasaran. Adakah yang berjenama atau mahal tu terbaik dan bagus? Lebih merisaukan ada laporan mengenai kes renjatan elektrik yang berpunca dari water heater. Lagi lah langkah-langkah keselamatan perlu diperketatkan. Berikut, adalah ciri-ciri utama yang perlu ada pada sesebuah water heater:
1. Dilengkapi pum
Tengah mandi, tiba-tiba air perlahan dan terlalu panas. Ini masalah yang sering dihadapi oleh pengguna water heater yang tidak dilengkapi dengan pum. Kan dah terganggu nak mandi. Silap-silap, ada masalah lain pula. Tapi kalau anda beli water heater yang dilengkapi dengan sistem pum di dalamnya, tak ada masalah. Tambahan, bagi anda yang hadapi masalah tekanan air, water heater yang dilengkapi sistem pum adalah sesuatu yang WAJIB.
2. Tiub pemanas jenis seramik
Kebiasaanya, masalah kebocoran arus elektrik yang menyebabkan renjatan adalah berpunca dari tiub pemanas yang terdapat di dalam sistem pemanas air. Kalau diperhatikan, macam cerek pemenas air kan ada satu lingkaran besi di dalamnya, jika lama-kelamaan digunkan besi tersebut akan menipis dan kemungkinan untuk bocor tinggi. Bila air yang di alir kan pada bahagian yang bocor terkena elektrik, itu yang menyebabkan renjatan elektrik. Sebaiknya, cari tiub pemanas jenis seramik padu kerana masalah kebocoran tidak akan berlaku.
Ads
3. Power saving
Semak kadar keperluan tenaga elektrik yang diperlukan oleh sesuatu mesin pemanas air dan bandingkan. Kebiasaanya, info tersebut tertera pada kotak pembungkus atau tanya terus peniaga. Lagi rendah lagi bagus
4. Jimat elektrik
Ads
Bila dah power saving, ia juga akan menjurus kepada penjimatan elektrik. Kebiasaanya, peralatan elektrik yang memerlukan proses pemanasan seperti oven, iron dan sebagainya dikatakan memperuntukkan tenaga elektrik yang tinggi untuk berfungsi. Kalau dah tinggi tahu je lah bil hujung bulan melambung lah.
5. Tidak memerlukan penyelengaraan
Ada sesetengah pemanas air ni perlu diselenggara kerap untuk memastikan ia boleh beroperasi dengan baik seperti perlu tukar penapis dan bahagian-bahagian tertentu. Kebiasaanya perkara-perkara tersebut menyebabkan pertambahan kos
Ads
Selain dari itu juga, pastikan water heater anda dilengkapi dengan 11 ciri-ciri keselamatan seperti yang tertera pada gambar rajah di bawah
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Cuaca mungkin boleh berubah-ubah, tetapi warna hijau sentiasa menjadi salah satu pilihan popular apabila tiba masa untuk mendekorasi semula kediaman. Warna yang sinonim dengan alam semulajadi ini merupakan simbol pertumbuhan, keharmonian, kesegaran, dan kesuburan. Dari sudut hiasan dalaman, warna hijau sentiasa boleh diguna pakai tidak kira apa gaya dan bajet anda. Bermacam pecahan warna hijau yang kita pernah dengari contohnya, hijau pucuk pisang, hijau zaitun serta hijau lumut. Dengan pilihan yang luas ini anda hanya tinggal pilih mana satu yang sesuai dengan ruangan anda. Satu fakta menarik, mata manusia boleh membezakan warna hijau lebih banyak berbanding warna-warna yang lain. Hebat kan?
Walaupun begitu, janganlah terlalu ghairah menghias dengan warna hijau tanpa meletakkan sebarang limitasi kerana jika keterlaluan sakit juga mata nak melihatnya. Jadi jika anda sedang memikirkan bagaimana untuk menghiasi kediaman dengan warna hijau, anda telah datang ke tempat yang betul. Sudahkah anda bersedia untuk membawa makna baru pada kediaman dengan idea-idea reka bentuk menarik digabungkan bersama warna hijau yang menawan.
MENGAPA PILIH WARNA HIJAU?
Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dibawa ‘masuk’ ke dalam rumah kerana ia adalah warna yang melambangkan keseimbangan dan keharmonian. Ia juga warna yang memberi tenaga dan menjanjikan pembaharuan. Untuk benar-benar menikmati kesan positif warna hijau ini pada interior anda, pilihlah warna hijau yang bersesuaian dengan mood yang ingin dikecapi.
Kredit Gambar : Carian Google dan Pinterest
RUANG TAMU
Cukup hanya dengan memfokuskan kesebuah perabot kerana dalam ruangan ini ia mampu menjadi tumpuan dan juga sebagai focal point ruang tamu. Biarkan dinding polos tetapi berkarakter bagi mendapatkan latar belakang yang sempurna. Lengkapkan gaya ruang tamu dengan memilih aksesori seperti pasu dan tumbuhan botani agar lebih menyerlah dan nyaman.
RUANG MAKAN
Langsir hijau digantung buat penambah seri ruang makan yang dipenuhi warna-warna neutral kayu. Tumbuhan hijau dalam vase kaca yang polos diletakkan diatas meja sebagai aksesori tambahan.
DAPUR
Dua rona hijau digabungkan pada kabinet dan dinding dapur. Aksesori dan kemasan putih buatkan dapur nampak lebih rapi serta menjamin kesegaran yang mampu bertahan seiring trend semasa.
Kabinet hijau dengan counter top putih amat sepadan digandingkan dengan pemegang berwarna emas. Selain itu karpet oriental vintaj dihamparkan memberikan lebih tekstur pada dapur anda.
BILIK TIDUR
Bilik tidur memerlukan aura yang menenangkan serta nyaman dan ia memang mudah untuk dicapai sekiranya anda mengambil kira penggunaan warna hijau. Kepala katil hijau baldu ini di neutral kan dengan meja sisi kayu dan pasu berbelang hitam putih.
BILIK MANDI
Umumnya, tandas atau bilik mandi adalah tempat yang terkecil dalam keseluruhan rumah. Jadi ia merupakan ruang yang paling sesuai buat anda yang ingin bereksperimentasi dengan warna. Warna hijau digabungkan dengan dinding bata merah dibiar kasar agar tampak jelas kontras antara dua permukaan.
Kredit Gambar : Carian Google dan Pinterest
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Penghawa dingin ke kipas? Bagus ke penghawa dingin ni? Ya, memang kebanyakkan orang sekarang, suka dengan penghawa dingin sebab ia sejuk seperti ais batu. Penghawa dingin dapat menghilangkan haba dengan lebih cepat tetapi ia nya juga ada kelemahan dari segi lain terhadap penghawa dingin ini, yang kita tidak tahu. Anda mahu tahu? Mari sini saya bagitahu anda.
Antara kelemahan yang ada pada penghawa dingin ini adalah peredaraan udara adalah terhad jika menggunakan penghawa dingin ini. Satu isu biasa dengan penghawa dingin ialah peredaran udara di dalam bilik sentiasa sama. Ini menunjukkan bahawa jika seseorang batuk atau bersin, kuman akan kekal di udara dan merebak sepanjang hari. Lebih ramai individu bersin dan batuk, yang meningkatkan jumlah kuman dalam persekitaran berhawa dingin. Akibatnya, sistem imun anda akan terdedah kepada patogen.
Tidak seperti kipas, yang tidak menggunakan peredaran udara di satu lokasi. Jika dibandingkan dengan penghawa dingin, menggunakan kipas di ruang terdedah menyediakan peredaran udara yang lebih besar.
Selain dari itu, penghawa dingin akan menyebabkan bilik atau persekitaran yang terdapat penghawa dingin, menjadi kering. Apabila sudah kawasan tersebut itu kering, ia juga boleh menjejaskan kepada kulit kita. Sudah tentu, lebih lama dan lebih kerap anda menghabiskan masa di ruang berhawa dingin, lebih banyak kulit anda akan kering akibat kehilangan lembapan.
Di dalam bilik berhawa dingin, adalah mungkin untuk mengeringkan badan tanpa mengenalinya. Jika anda jarang minum dalam persekitaran berhawa dingin, ini agak berisiko. Walaupun peluh badan menyejat lebih cepat tanpa disedari, udara dalam penghawa dingin yang sejuk tidak menyebabkan berpeluh dan menyebabkan orang lupa minum. Bukan itu sahaja, tetapi anda juga menghabiskan lebih banyak masa di bilik berhawa dingin, bukan?
Ini bermakna cecair badan lebih mudah untuk dikeluarkan dalam ruang berhawa dingin. Badan anda cepat dehidrasi jika anda tidak minum air yang mencukupi.
Jadi, apabila sudah membaca kelemahan atau keburukan penghawa dingin ini, adakah anda masih mahu kerap menggunakan penghawa dingin? Fikir-fikirkanlah.
Tak perlu nak ikut orang dalam mendekorasi rumah, asalkan kreatif dan rajin pasti menjadi!
Seperti pasangan ini, selepas bertahun-tahun menginap di rumah sewa, mereka berjaya menduduki rumah sendiri. Tatkala inilah semua angan-angan untuk menghias rumah direalisasikan.
Pilih Dekorasi Konsep Minimalis
“Saya berasa bersyukur akhirnya impian untuk memiliki kediaman sendiri akhirnya termakbul. Kami baru beberapa bulan mendiami rumah ini setelah bertahun-tahun menyewa dan merantau di negeri Di Bawah Bayu. Perasaan gembira memang tak terkata sebab sebelum ini agak risau nak mengubah dan menghias lebih-lebih lagi bukan milik sendiri.
“Sebenarnya kami tidak menetapkan tema yang spesifik. Kebanyakan ruang kami ambil kira konsep ringkas, minimalis dan mudah dibersihkan. Kami memberi kebebasan kepada syarikat pereka dalaman yang dilantik iaitu Puan Nur Nazihah dari NZ Design untuk menghasilkan rekaan yang sesuai berdasarkan pilihan kami. Konsep yang kami pilih juga agak ringkas bagi memudahkan kami mengekalkan penjagaan dan kebersihan. Bagi kami, mengekalkan sesuatu yang cantik itu lebih mencaba,” ungkap Nur Izzati mulai bicara.
Ubahsuai Ikut Bajet
Bagi mendapatkan keselesaan Nur Izzati dan suami melakukan pengubahsuaian sebelum menduduki kediaman baru mereka.
“Bagi ruang tami, kami bahagikan ruang tamu kepada dua iaitu ruangan tetamu dan ruangan keluarga. Ruangan tetamu diletakkan kerusi yang banyak sedikit bagi meraikan tetamu yang hadir. Hiasan dinding seperti bingkai khat dijadikan sebagai penyeri ruangan tamu kami dengan diletakkan bersama lampu sorot berwarna kuning sama ada dari atas mahupun bawah.
“Pencahayaan yang tepat mampu membuatkan dinding utama, selalunya di ruang tamu lebih menarik. Pertambahan aksesori dinding lain seperti cermin sememangnya sinonim dan penting dalam hiasan dalaman kerana ia bukan saja memberi sentuhan elegan tetapi menyerlahkan lagi keluasan rumah secara ilusi.
Tidak Letak Perabot Banyak, Anak Masih Kecil
“Selain itu, ruangan keluarga di tengah adalah ruangan aktiviti kami sekeluarga sama ada menonton televisyen mahupun meluangkan waktu lapang. Jadi kami tidak meletakkan banyak perabot hanya sekadar sebuah sofa yang boleh dialihkan memandangkan anak kami yang masih kecil dan masih lasak memerlukan ruang yang luas untuk bergerak dan bermain.
“Bagi ruang makan pula, kami gunakan meja makan enam kerusi dengan hiasan yang ringkas. Ruang meja makan diletakkan berdekatan dengan dapur untuk memudahkan keluarga kami menjamu selera. Meja itu digunakan untuk makan malam sahaja. Untuk sarapan dan makan ringan kebiasaanya kami gunakan meja kopi di dapur. Ruangan ini diserikan lagi dengan penggunaan pokok hiasan berdaun hijau yang diletakkan di hujung sudut ruang dan hiasan dinding yang menarik
“Ruangan dapur dekorasinya lebih ringkas. Memandangkan suami saya gemar memasak, jadi segala rekaan kabinet dan susun atur ditentukan sendiri oleh suami saya supaya mudah pergerakannya ketika memasak.
“Bilik tidur utama pula kami terapkan susun atur bertemakan seperti di hotel. Tambahan pula meja solek berlampu yang sememangnya menjadi idaman saya. Perasaannya seperti berbulan madu semula.
“Bilik tidur anak pula, disebabkan anak masih kecil, kami mengambil keputusan tidak lagi menyediakan meja belajar tetapi digantikan dengan sudut bacaan. Sudut permainan pula kami pindahkan ke bilik lain yang lebih besar. Tujuannya supaya bilik akan sentiasa nampak kemas dan selesa,” kata Nur Izzati yang merasakan ‘Feature Wall’ dan meja solek paling menarik perhatian dalam ruang rumahnya. Bagi suaminya pula sudah semestinya ruangan dapur dan bilik kerja suami.
Idea Bersama
Ditanya tentang idea untuk mendekorasi kediaman, Nur Izzati menerangkan, mereka suami isteri bergabung dalam merealisasikan idea yang terbaik.
“Kabiasaannya kami akan bincangkan sesuatu idea sebelum direalisasikan. Saya lebih kepada susun atur perabot dan tanaman hiasan manakala suami saya pula lebih kepada teknikal seperti pendawaian dan barangan elektrik,” jelasnya.
Nur Izzati juga menerangkan apabila melihat susun atur rumah kemas dan memenuhi citarasa dia berasa tenang.
“Semestinya menenangkan fikiran. Lebih-lebih lagi apabila pulang dari kerja yang memenatkan, jadi segar semula apabila melihat hiasan rumah yang sejuk mata memandang. Ada juga yang pelik kami sanggup berhabis wang untuk menghias rumah. Namun bagi saya, biarlah alah membeli menang memakai.
“Untuk konsep dekorasi idaman ini, pemihan perabot banyak ditempah khas menggunakan elemen kayu dari gedung perabot terkenal di ibu kota iaitu more design asia, kemudian diserikan dengan elemen aksesori lain dari Ikea, SSF, Couch Design dan sebagainya. Ini kerana banyak pilihan yang menarik boleh didapati di sana,” jawabnya.
Selain itu,pasangan ini juga berkongsi akan menghabiskan hujung minggu mengemas rumah bersama suami.
Sumber Foto: Koleksi Peribadi Nur Izati. ( Mingguan Wanita)
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.