Agak pening memilih Pemanas air atau water heater ni. Apa ciri-ciri yang menjadi keutamaan yang perlu diperhatikan? Melambak jenama water heater di pasaran. Adakah yang berjenama atau mahal tu terbaik dan bagus? Lebih merisaukan ada laporan mengenai kes renjatan elektrik yang berpunca dari water heater. Lagi lah langkah-langkah keselamatan perlu diperketatkan. Berikut, adalah ciri-ciri utama yang perlu ada pada sesebuah water heater: 

1. Dilengkapi pum 

Tengah mandi, tiba-tiba air perlahan dan terlalu panas. Ini masalah yang sering dihadapi oleh pengguna water heater yang tidak dilengkapi dengan pum. Kan dah terganggu nak mandi. Silap-silap, ada masalah lain pula. Tapi kalau anda beli water heater yang dilengkapi dengan sistem pum di dalamnya, tak ada masalah. Tambahan, bagi anda yang hadapi masalah tekanan air, water heater yang dilengkapi sistem pum adalah sesuatu yang WAJIB.

2. Tiub pemanas jenis seramik 

Kebiasaanya, masalah kebocoran arus elektrik yang menyebabkan renjatan adalah berpunca dari tiub pemanas yang terdapat di dalam sistem pemanas air. Kalau diperhatikan, macam cerek pemenas air kan ada satu lingkaran besi di dalamnya, jika lama-kelamaan digunkan besi tersebut akan menipis dan kemungkinan untuk bocor tinggi. Bila air yang di alir kan pada bahagian yang bocor terkena elektrik, itu yang menyebabkan renjatan elektrik. Sebaiknya, cari tiub pemanas jenis seramik padu kerana masalah kebocoran tidak akan berlaku.

Nak Beli “Water Heater”, Ini Ciri-Ciri WAJIB Yang Perlu Anda Perhatikan

IKLAN

3. Power saving 

Semak kadar keperluan tenaga elektrik yang diperlukan oleh sesuatu mesin pemanas air dan bandingkan. Kebiasaanya, info tersebut tertera pada kotak pembungkus atau tanya terus peniaga. Lagi rendah lagi bagus

4. Jimat elektrik 

IKLAN

Bila dah power saving, ia juga akan menjurus kepada penjimatan elektrik. Kebiasaanya, peralatan elektrik yang memerlukan proses pemanasan seperti oven, iron dan sebagainya dikatakan memperuntukkan tenaga elektrik yang tinggi untuk berfungsi. Kalau dah tinggi tahu je lah bil hujung bulan melambung lah.

5. Tidak memerlukan penyelengaraan 

Ada sesetengah pemanas air ni perlu diselenggara kerap untuk memastikan ia boleh beroperasi dengan baik seperti perlu tukar penapis dan bahagian-bahagian tertentu. Kebiasaanya perkara-perkara tersebut menyebabkan pertambahan kos

IKLAN

Selain dari itu juga, pastikan water heater anda dilengkapi dengan 11 ciri-ciri keselamatan seperti yang tertera pada gambar rajah di bawah Nak Beli “Water Heater”, Ini Ciri-Ciri WAJIB Yang Perlu Anda Perhatikan 

 

 

 

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI