Nak Bersihkan Dapur Berkilat Macam Baru, Guna Bahan Dapur Ni Je. Kebiasaanya, dapur gas yang kita guna secara kerap, mesti ada kesan minyak hitam berkumpul di keliling takungan tungku. Salah satu cara yang kebiasaanya diguanakan umum untuk membersihkan kesan minyak tersebut adalah dengan menyental bahagian tersebut. Sebenarnya, ada cara lain yang lebih mujarab boleh anda praktikkan. Dapur Pak San
berkongsi cara beliau membersihkan dapur gas miliknya.Ramai yang ebrtanya dan nak tahu cara untuk kilatkan dapur seperti baru.
Baking soda
Garam
Cecair pencuci pinggan
tisu
Cuka
Baca juga: Nak Bawang Siap Kupas Tahan Lama, Jangan Cuci
1. Tabur baking soda dan garam pada permukaan dapur gas
2. Letakkan pula cecair pencuci pinggan atas taburan garam dan baking soda tadi
3. Lumur rata-rata ketiga-tiga bahan yang diletak tadi
4. selesai, tutp dengan tisu 2-3 lapis
5. Tuangkan cuka pada eprmukaan tisu tadi dan pastikan tisu serap cuka yang dituang sepenuhnya dan basah
6. Biarkan lekapan tisu tadi selama 1 jam
7. selepas 1 jam, gosok guna berus periuk
P/S: Teknik cucian ni pun sesuai untuk bersihkan bontot kuali
Nak Bersihkan Dapur Berkilat Macam Baru, Guna Bahan Dapur Ni Je