Ruang Tamu Tetap Cantik Dengan Adanya ‘ Play Area’ Si Manja

Share

Untuk keluarga yang mempunyai anak-anak yang masih kecil, ruang tamu adalah tempat yang paling sibuk di dalam kediaman. Di ruang tamu lah tempat untuk beristirehat, menonton TV, bermain dan sebagainya. Bila dah jadi macam ni, isu rumah berselerak dan keselamatan lah menjadi keutamaan. Bagi memastikan ruang tamu anda selesa dan menjadi sebahagian play area untuk anak-anak, ini perkara yanag WAJIB di teliti:

BENTANG KARPET

Karpet ini bukan sahaja memberi keselesaaan kepada si cilik ketika bermain di ruang yang disediakan, malah ia sebagai sistem “zone” yang memisahkan ruang bermain dan bahagian yang lain. Pilih permaidani yang berwarna warni atau mempunyai karekter yang diminati oleh anak anda

Nota: Jangan pilih karpet dari jenis berbulu kerana ia mudah memerangkap habuk. Sebaiknya pilih jenis rug atau tatami yang mudah di cuci dan dibersihkan

SEDIAKAN RUANG PENGSTORAN

Sesetengah ruang di dalam kedaiman anda, mempunyai potensi sebagai ruang bermainan seperti di bawah tangga. Oleh itu sediakan kemudahan seperti bekas simpanan permianan atau rak untuk memudahkan anak anda menyimpan perminan. Disamping itu juga, kanak-kanak lebih cenderung bermain di tempat simpanan perminannya sahaja. Jadi secara tidak langsung, ia mampu mengelak ruang tamu anda dari berselerak dengan permainan

KESELESAAN OPTIMUM

Letak beberapa biji kusyen, floor pillow atau bean bag untuk menjadi tempat “landing” si cilik sambil bermain di sudut yang telah dipilih menjadi play area. Dah penat bermain, mesti mereka nak rehat seminit dua sebelum bangun semula dan teruskan bermain. Kanak-kanak kan suka berimagenasi, sementara mereka mencari idea, boleh baring atau duduk santai jika kemudahan tersebut disediakan

KELENGKAPAN

Menambah kemudahan dan keselesaan saat bermain di ruang atau sudut khas, sediakan kerusi atau meja mengikut kesesuaian saiz si cilik. Nanti, tak adalah permaian bersepah atas meja. Secara tidak langsung, ia lebih menggalak anak anda berfikir secara kreatif

DINDING MENCONTENG

Elak dinding anda menjadi tempat lakaran seni si cilik? Ini yang anda perlukan. Sediakan sebuah dinding padu, menjadi papan hitam sebagi ruang ekspirasi. Boleh guna cat atau pelekat “chalk board” yang banyak terdapat  di pasaran. Jika anak anda masih kecil dan belum berminat untuk menconteng atau melakar, boleh gantikan dengan didning berwarna warni atau “Buzy board”

BACA: Bilik Tidur Elegan Dengan Wallpaper Bunga & Berjalur

 

Published by
Impiana