Mencari barang keperluan kediaman dari satu kedai ke kedai yang lain tidak dinafikan amat lah meletihkan. Sebagai pemilik rumah, kita pastinya mahukan produk kelengkapan kediaman dengan kualiti dan harga terbaik kerana membeli peralatan rumah bukanlah mudah seperti membeli pakaian.
Segala-galanya Di Bawah Satu Bumbung
Sebut sahaja apa yang anda cari untuk kediaman, dari produk rumah, perabot hinggalah kepada reka bentuk dalaman, peralatan rumah, perkhidmatan rumah dan banyak lagi, Pameran Malaysian Furniture & Furnishings Fair (MF3) kini telah diubah menjadi sebuah ekspo rumah utama yang mengumpulkan lebih daripada 120 syarikat pameran yang membawa lebih daripada 300 syarikat- jenama terkenal dengan produk berkualiti tinggi untuk semua. Pelbagai produk dan perkhidmatan ini akan dipamerkan di 4 buah Dewan Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) yang bermula dari 10 – 12 Ogos 2018. MF3 ini diuruskan oleh Persatuan Perabot Kuala Lumpur & Selangor (KSFA), yang merupakan salah satu penggerak utama industri perabot di Kuala Lumpur dan Selangor.
Di sini lah anda boleh memperolehi nilai berbaloi untuk wang anda! Apa tidaknya, ekspo ini menjadi lebih besar dan hebat apabila dua penganjur besar bergabung untuk memberi yang terbaik buat pengunjung. Tahun ini, Lembaga Industri Kayu Malaysia (MTIB) turut mengadakan Pameran Perabot Berasaskan Kayu Dan Gaya Hidup 2018 bersempena dengan MF3. Di sinilah tempat terbaik untuk pengunjung mencari ratusan produk kayu terbaik dari segi kualiti dan design dari seluruh Malaysia.
Masa Terbaik Untuk Membeli di MF3 Jika Anda Mahu Berjimat
Di sini juga selain anda boleh membuat perbandingan harga, kualiti dan design di antara satu jenama dengan jenama yang lain, anda juga berpeluang merebut harga terbaik malah tidak mustahil jika mampu berjimat dalam jumlah yang banyak. Ini kerana para peserta pameran turut membuat promosi nilai tambah dan tawaran istimewa yang ditawarkan oleh peserta pameran ini akan menjadi masa terbaik bagi pengguna bijak, untuk membuat pembelian mereka sementara Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang berkadar sifar masih dalam perlaksanaan dan sebelum bermulanya perlaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Pertunjukan Langsung MF3
Pemilik rumah baru atau mereka yang ingin membuat pengubahsuaian rumah tidak boleh terlepas Live Talk Show yang diadakan pada 11 Ogos 2018, dari jam 3:00 hingga 4:30 petang di MF3. Program yang menarik ini bertentang dengan cara membuat ruang sempit terlihat luas di mana pengunjung akan didedahkan tentang keperluan mengubahsuai, menyediakan dan menyelenggarakan rumah sederhana kecil agar menjadi begitu selesa and luas untuk mereka sekeluarga.
Pereka dalaman yang diiktiraf iaitu Cik Yiki Teoh dari Design Interior Jashen dan Master Sandy Paw, Pakar Feng Shui yang terkenal akan menjadi tetamu memberi ceramah bagaimana mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih baik. Pengunjung digalakkan untuk menghantar pelan lantai rumah mereka dengan nama dan 2 soalan yang ditulis di dalam kotak yang disediakan di laman web dan mereka berpeluang untuk dipilih sebagai penonton bertuah di mana soalan bertulis akan dijawab di lokasi pameran oleh penceramah.
Home Clinic Beri Konsultasi Profesional Percuma
Berkonsepkan konsep hospital pakar, anda juga boleh mendapatkan konsultasi percuma berkaitan isu penyelenggaraan rumah termasuk Penyenggaraan Elektrik & Penghawa Dingin, Kebocoran Paip Air dan Cat & Penyelenggaraan Dinding. Pakar profesional akan ditempatkan di sini untuk membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan rumah anda secara percuma.
Lebih daripada RM 100,000 nilai Cash Voucher & Hadiah Untuk Diberi Kepada Pengunjung
Selain daripada membeli- belah dengan penjimatan berganda-ganda, anda juga berpeluang untuk memenangi telefon bimbit. Visit & Win membolehkan anda menang tanpa membuat apa-apa pembelian. Hanya datang dan kumpul 4 stamp dari lokasi yang ditetapkan di dalam dewan pameran, mana tahu anda peserta yang bertuah!
Manakala Spend & Redeem pula, pengunjung dialu-alukan untuk menebus hadiah berharga seperti Premium BPA Free Water Bottle, Sofa Inflatable atau Bantal Electronic Massage dengan berbelanja sebanyak RM 500 hingga RM 8,000 dan ke atas. Pengunjung yang membeli barangan bernilai RM1,000 dan ke atas bukan saja berpeluang memenangi telefon bimbit untuk segmen Daily Spend & Win
tetapi juga dapat mengambil bahagian dalam Cabutan Bertuah Hadiah Utama bernilai RM10,000 baucar tunai MF3 dan pelbagai hadiah menarik.Diskaun RM5 Menaiki GRAB
MF3 akan diadakan bermula dari 10 hingga 12 Ogos 2018 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Pameran ini dibuka kepada orang ramai dari 10:30 pagi hingga 9:00 malam dan masuk adalah percuma. Malah anda boleh menikmati diskaun sebanyak RM5 jika menaiki GRAB dengan menggunakan kod promo ‘MF32018’ untuk perjalanan mereka ke MF3, Pusat Konvensyen KL atau dari Pusat Konvensyen KL selepas membeli-belah di MF3 dalam tempoh 3 hari ini.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi + 603-6140 1202 atau log masuk www.mf3.my atau e-mel ke secretariat@klsfia.org.my