Ruang dapur merupakan nadi pada sebuah kediaman. Di sinilah tempat anda mengolah makanan buat keluarga. Semestinya anda mendambakan ruang dapur yang tepat dengan cita rasa dan selesa bila menikmati hidangan.
Apakah konsep yang mahu anda cetuskan? Tepuk dada tanya selera. Salah satu konsep yang menarik ialah Colonial Modern. Bagi mencipta konsep dapur sebegini, anda perlu gabungkan elemen-elemen klasik dengan sentuhan moden.
Dapur ini membawa anda ke dalam dunia yang elegan dan timeless.Jadi jika anda mencari cara untuk menggabungkan sejarah dengan rekaan dalaman moden,dapur bergaya kolonial mungkin pilihan yang sempurna buat anda.
Jom kita teroka langkah-langkahnya.
Warna
Pilihan warna adalah kunci dalam reka bentuk ini. Pilih warna-warna yang lembut seperti putih, krim atau beige untuk dinding dan perabot. Ini memberikan rasa klasik dan bersih pada dapur anda.
Perabot
Pilih perabot kayu dengan reka bentuk klasik. Perabot dengan hiasan dan ukiran halus
akan menambah sentuhan colonial. Namun, pastikan ia praktikal untuk dapur moden,
seperti meja dapur dengan countertop granit.
Penggunaan Kaca
Penggunaan kaca di dalam kabinet dapur boleh memberi sentuhan moden dan memaparkan pinggan mangkuk yang cantik. Anda juga boleh tambahkan kabinet dengan
pintu kaca untuk menonjolkan barangan dapur.
Lantai
Lantai kayu adalah pilihan yang tepat untuk mencipta rasa colonial. Anda juga boleh memilih jubin porselin dengan corak yang bersifat klasik.
Perkakasan Elektrik
Pilih perkakasan elektrik moden yang sesuai dengan tema ini. Perkakasan berwarna keluli tahan karat atau hitam moden akan menambah reka bentuk dapur.
Siling
Untuk sentuhan colonial, pertimbangkan siling berwarna terang dengan lampu gantung bergaya klasik.Lampu ini akan menambah kesan dramatik dalam dapur anda.
Hiasan Dinding
Gantungkan gambar-gambar atau hiasan tembaga pada dinding untuk menambahkan
elemen colonial yang lebih menonjol.
Kedudukan Perkakasan
Susun perkakasan dengan bijak untuk memastikan ruang penyediaan makanan dan memasak berfungsi dengan baik.
Tekstil
Pilih langsir atau tirai dengan reka bentuk klasik seperti corak bunga atau garisan-garisan.
Ini boleh diaplikasikan pada tirai dapur atau langsir tingkap.
Ingat, walaupun anda ingin reka bentuk colonial moden, pastikan dapur tetap praktikal dan sesuai untuk kegunaan harian. Sentuhan moden membantu memudahkan penyediaan makanan dan pembersihan.
Dengan menggabungkan elemen-elemen ini, anda boleh mencipta dapur yang
menggabungkan pesona colonial modern.
Selamat mencuba.
LIHAT ARTIKEL LAIN: