Dapur merupakan tempat untuk menyediakan serta menyimpan berbagai bahan makanan. Oleh itu, akan terdapat berbagai aroma di dapur, bermula dari aroma sedap hasil masakan atau bau yang kurang menyenangkan dari beberapa bahan atau sisa masakan. Antara bahan makanan yang sering menimbulkan bau adalah ikan, bawang, tapai, durian dan masih banyak lagi.
Memakai pewangi ruang jenis semburan boleh menimbulkan rasa takut kerana bahan kimia yang terkandung di dalam pewangi boleh mencemari bahan makanan yang banyak terdapat di dapur. Jika pewangi jenis gel pula tidak tahan lama. Oleh itu, IMPIANA ingin berikan anda tips menghilangkan bau kurang menyenangkan di dapur menggunakan bahan alami sekaligus menjimatkan duit poket anda.
Ads
KOPI HILANGKAN BAU AMIS
Bagi anda yang gemar membancuh kopi di rumah pasti ruang dapur anda tidak ada masalah dengan bau. Kajian telah dibuat oleh para saintis, aroma yang dikeluarkan dari kopi mampu meneutralkan bau sekelilingnya. Jadi apa yang harus anda lakukan adalah, bancuh kopi di saat bau yang kurang menyenangkan hadir di dapur anda.
BAKING SODA HILANGKAN BAU SINKI
Ads
Sinki seringkali mengeluarkan bau yang tak sedap. Ada cara mudah untuk menghilangkan bau itu. Bersihkan sinki anda dengan sabun pencuci pinggan, kemudian bilas. Tuang setengah sudu baking soda ke dalam sinki dan lubang sinki, biarkan selama satu jam. Setelah itu, bilas sinki anda dengan air panas.
ARANG HILANGKAN BAU TEMPAT SAMPAH
Ads
Jika anda meletakkan tempat sampah di dapur, pasti akan ada bau yang kurang sedap akan muncul. Untuk mengatasinya, letakkan beberapa potong arang pada tempat sampah tersebut. Tapi anda haurs diingatkan, jangan lupa untuk membuang sampah secara teratur. Lakukan pada malam hari setelah aktiviti dapur selesai.
KULIT LIMAU & LEMON BUAT DAPUR WANGI
Ingin dapur beraroma wangi dengan bahan alami? Mudah saja, rebus kulit limau atau lemon dengan 1/2 gelas air. Aroma segar alami yang dikeluarkan jeruk dan lemon tersebut akan membuat dapur anda menjadi segar. Atau, anda juga boleh meletakkan kulit limau atau lemon di dalam microwave selama kurang lebih lima minit.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ada tak di kalangan anda yang suka dengan suasana romantik tetapi tidak tahu bagaimana cara untuk mewujudkan suasana tersebut dalam rumah anda?
Tidak dinafikan, suasana romantik ini sememangnya penting bagi pasangan suami isteri supaya keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga dapat kekal berterusan.
Jadi, bagi pasangan suami isteri yang sudah atau baru sahaja mendirikan rumah tangga ingin mewujudkan suasana romantik amat disarankan untuk memiliki lampu berkaki seperti ini di rumah.
Jika kita lihat pada struktur reka bentuk lampu berkaki ini sememangnya unik dan tampak berbeza daripada yang lain. Jarang-jarang kita dapat lihat lampu berkaki yang berbentuk floral seperti ini kan?
Bukan itu sahaja, lampu berkaki ini mempunyai reka bentuk yang bercabang tiga seakan-akan seperti sebatang pohon bunga yang moden maka oleh kerana itu membuatkan lampu berkaki ini tampak romantik sekaligus menwujudkan suasana romantik ruang dalaman rumah.
Untuk pengetahuan anda, lampu berkaki ini didatangkan dengan dua pilihan warna menarik iaitu hitam dan putih.
Manakala, harga bagi lampu berkaki ini pula dijual dengan harga yang sangat berpatutan kerana anda boleh mendapatkan ia dengan harga serendah RM200 sahaja.
Sekiranya anda ingin mendapatkan lampu berkaki ini, anda boleh memilikinya dengan membuat pembelian secara dalam talian menerusi aplikasi Shopee. Klik di sini.
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
1/3 dari kehidupan anda dihabiskan di atas tilam. Tapi ingat tak bila kah kali terakhir anda cuci tilam? TAK PERNAH!!! memang tilam tu dah jadi sebuah bandar habitat untuk bakteria, kulat, tungau dan macam-macma lagi yang mampu mengancam kesihatan.
Tahu kah anda, paling tidak tilam anda perlu dicuci 2 kali setahun. Maksud cuci di sini bukanlah menggunakan air dan sabun. Selain rujuk cara penjagaan tilam yang terdapat pada label yang dilekatkan, ada teknik paling mudah dan lebih berkesan yang boleh anda lakukan.
1. Cuci sarung tilam dan bantal anda setiap minggu dengan menggunakan air panas. Kalau mesin anda tak ada program tersebut, boleh cuci di kedai dobi layan sendiri. Selesai mencuci, keringkan di bawah terik matahari. Kalau cucian dapat matahari terik, ia mampu memusnahkan parasit atau bakteria yang masih terperangkap secara total. Atau boleh guna terus mesin pengering
2. Sementara mencuci, vakum keseluruhan permukaan tilam dengan menggunakan sambungan uphostery atau turbobrush. Ulang 2-3 kali proses vakum bagi anda yang pertama kali mencuci tilam. Lagi lama, lagi bagus.
3. Selesai vakum, Perhatikan jika ada sebarang kekotoran yang terdapat pada permukaan tilam. Untuk mencuci kotoran yang terdapat pada tilam, boleh [klik sini]
4. Untuk menyah bau yang tidak enak ditilam anda, taburkan baking soda di seluruh permukaan tilam. Tak perlu tebal-tebal. Untuk lebih mudah, gunakan botol garam atau ayak tepung untuk taburkan baking soda di atas tilam. Biarkan beberapa jam. Untuk dapatkan kesan yang lebih baik, biarkan baking soda tadi 24 jam.
5. Langkah terakhir adalah vakum lagi sekali keseluruhan tilam dengan menggunakan sambungan turbobrush atau upholstery. Kini boleh lah pasang semula cadar tilam anda.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
“Limewash painting” ini, adalah satu warna cat yang boleh mewujudkan suasana romantis, idaman khayalan, dan dapat juga memberi kita aura energi seperti kita duduk di Itali. Cat “Limewash” ini adalah sejenis cat yang digunakan dari bahan utamanya iaitu lime stone atau gamping. Menurut kajian, untuk menghasilkan cat ini, ia perlu dibuat dengan campuran gamping yang telah perlu dihancurkan dan dipanaskan dengan air sehingga ia seperti berbentuk kental. Dalam sejarah pula mengatakan, cat ini sudah ada sejak 1000 tahun yang lalu dan pernah digunakan di Itali.
Fungsi “Limewash” ini, ia dapat menciptakan permukaan dinding dengan hasil matte yang ditambahkan dengan hasil cat bertekstur seperti kapur dan beludru. Selain itu, cat ini juga boleh digunakan mana-mana kawasan dalam dan luar ruangan rumah tetapi ia tidak sesuai untuk permukaan kayu atau metal. Di samping itu, bercerita tentang gamping. Gamping ini, mengandungi kuantiti PH yang tinggi, yang di mana kita tak perlu bakteria atau mikroorganisma hidup atau merebak di situ. Tambahan lagi, cat ini juga berhasil untuk menghilangkan bau-bau yang tidak sepatutnya dan mampu meningkat kualti udara di dalam rumah kita.
Jadi dengan ini, itu sahaja yang dapat saya kongsikan serba sedikit tentang “Limewash Painting” ini. Ada berminat? Jika anda berminat, anda boleh cuba untuk tukarkan warna rumah anda ke warna cat ini. Selamat mencuba!
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.