Menjelang musim puasa dan perayaan, ramai yang sedang sibuk mencari langsir baru, perabot baru, dan perhiasan baru untuk memastikan kediaman nampak berbeza dan lebih cantik dari tahun sebelumnya. Sebenarnya, anda boleh hias rumah tapi masih berjimat. Berikut merupakan tip dekorasi raya tapi bajet oleh En. Amin Yussoff dari mamyhome.
1. Tukar
Tukar fungsi perabot atau dekorasi. Contohnya, pinggan atau talam yang selalunya diletakkan pada meja, kita gantung pada dinding untuk menukar fungsinya menjadi feature wall. Jika pinggan atau talam tersebut kelihatan lama dan tidak menarik, spray warna pilihan pada pinggan atau talam tersebut untuk menjadikannya lebih cantik dan menarik.
2. Susun
Selepas menukar fungsi dekorasi tersebut, kita perlu bijak menyusunnya secara berkumpulan supaya menjadi feature wall yang menarik.
3. Wow factor
Jangan takut untuk mencuba sesuatu kelainan kerana ia dapat memberikan energy baru kepada ruang kediaman anda.
Saksikan maklumat lanjut pada link di bawah.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Bil Elektrik Melambung, 3 Tip Jimat Elektrik Anda Wajib Cuba
Bil Elektrik Melambung, 3 Tip Jimat Elektrik Anda Wajib CubaPenggunaan elektrik yang berhemah bukan sahaja membantu mengurangkan bil utiliti, tetapi juga memberi sumbangan positif kepada usaha kita dalam menjaga alam sekitar. Lebih banyak peralatan elektrik dalam rumah dan jumlah penggunanya, maka bil elektrik boleh melambung kepada ratusan, malahan ribuan ringgit. Tambahan pula, kebelakangan ini cuaca di Malaysia memang tidak menentu. Jadi, kita menggunakan elektrik lebih daripada kebiasaannya.
Dari bilik tidur hingga ke dapur dan ruang tamu, setiap sudut rumah anda mempunyai potensi untuk mengurangkan penggunaan elektrik. Jadi, kami ingin kongsikan 3 tip untuk mengurangkan bil elektrik di rumah, di samping dapat menjadi pengguna yang lebih berhemah.
1) Kawal Penggunaan Alatan Pemanas
Peralatan yang menggunakan pemanas merupakan penyumbang terbesar kepada kenaikan kadar bil elektrik rumah anda. Antaranya ialah seterika, pemanas air, pembakar roti, cerek dan dapur elektrik, oven, serta ketuhar gelombang mikro.
Sebagai contoh, seterika menggunakan tenaga elektrik yang sangat banyak sehingga ia mencapai tahap kepanasan yang telah ditetapkan.
Jadi, untuk mengelakkan pembaziran berlaku, anda disarankan untuk menyeterika ke semua pakaian anda sekaligus. Elakkan menyeterika baju setiap hari.
2) Kawal Penggunaan Penyaman Udara
Penyaman udara juga merupakan antara peralatan yang meningkatkan bil elektrik anda. Jadi, untuk penggunaan yang optimum, gunakan penyaman udara yang mempunyai kapasiti yang bersesuaian dengan ukuran ruang bilik anda. Tetapkan suhu penyaman udara sesuai dengan penggunaan, dan pastikan suis dimatikan jika tidak digunakan/ tinggalkan rumah.
Elakkan dari menetapkan suhu yang terlalu rendah dari yang diperlukan kerana ia akan menyebabkan penyaman udara anda menggunakan tenaga yang berlebihan. Bagi sesetengah orang, pasti mereka akan menetapkan suhu aircond mencecah 16 celcius ketika musim panas. Namun, tabiat tersebut akan menyebabkan bil elektrik anda melambung.
Membuka pintu dan tingkap terlalu kerap perlu dielakkan kerana udara sejuk akan keluar dari bilik.
3) Matikan Peralatan Elektronik yang Tidak Digunakan
Cara yang paling mudah untuk menjimatkan elektrik di rumah anda adalah dengan mematikan peralatan elektronik yang tidak digunakan. Contoh yang mudah, mematikan kipas dan lampu apabila keluar dari bilik sebelum anda keluar dari rumah.
Pastikan anda mematikan suis peralatan elektronik sepenuhnya ketika tidak digunakan, bukan hanya meninggalkannya dalam mode standby. Jadi, lebih baik jika anda cabut atau matikan palam elektrik apabila ia tidak digunakan.
Semoga bermanfaat!
Mesti Baca: Nak Jimat Bil Elektrik Penggunaan Aircond, Boleh “Setting” Dekat Alat Kawalan Jauh Je
Baca Lagi Di Sini: Macam Ni cara Kira Size Horsepower Air-Cond Yang Sesuai Dengan Ruang
Artikel Menarik: Punca Bil Elektrik Masih Tinggi, Ramai Yang Tak Tahu!
IMPIANA: Jadi jika tidak ingin bil elektrik melambung, pastikan ikut tip-tip yang dikongsikan ini.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Ini 5 Idea Kreatif Wallpaper Yang Boleh Tampal Selain Dinding
Kertas hiasan dinding atau wallpaper merupakan aksesori deko yang paling mudah untuk kita gunakan sebagai penyeri sesuatu ruang. Terdapat pelbagai variasi corak, warna, size dan tekstur wallpaper di pasaran sekarang. Sesetengah orang mungkin rasa wallpaper leceh dan old fashion tapi tahu kah anda, selain ditampal di dinding, wallpaper boleh diolah dan digunakan secara kreatif pada bahagian lain di dalam rumah? Segalanya terpulang pada kebijaksaan anda mengolah wallpaper ini menjadi sesuatu yang unik.
1.Siling
Biasanya pemilik rumah akan membiarkan siling di cat putih sahaja, apa kata kita cuba sesuatu yang baru dan lain daripada lain. Anda boleh menghiasi permukaan siling dengan wallpaper yang menarik sekaligus menjadikan bahagian tersebut sebagai focal point ruang. 100% tampak kediaman anda lebih menarik dan trendy.
2. Tangga
Biasanya tangga akan dihiasi dengan cat atau pun ditampal dengan material lain sama ada natural stone, jubin dan kayu. Apa kata kita lakukan kelainan dengan menampalnya menggunakan wallpaper. Tedapat pelbagai corak wallpaper di pasaran sama ada anda mahukan yang kosong, berbunga, corak permukaan kayu dan sebagainya. Barulah tangga akan kelihatan lebih comel dan cosy.
3. Rak Buku
Rak buku lama jangan dibuang. Anda boleh olah dengan menampal wallpaper pada bahagian dalam atau pun permukaan almari mengikut kreativiti anda. Kelebihan wallpaper ialah ia mampu menukar perabot anda sama ada untuk gaya klasik atau pun elegan. Terdapat pelbagai corak di pasaran yang salah satunya pasti memenuhi citarasa anda.
4. Lampshade
Lampshade yang lama dan kusam boleh anda DIY sendiri dan tukarkan penampilan lampshade tersebut agar tampak baru dan lebih fresh. Caranya mudah sahaja hanya dengan tampalkan wallpaper pada lampshade tersebut.
5. Permukaan meja
Penggunaan wallpaper sebagai hiasan permukaan meja dapat menaikkan mood ruang. Tidaklah bosan dan muram saja permukaan meja tampak kosong begitu sahaja. Anda boleh menukar penampilan nya sekerap yang anda mahukan mengikut warna tema ruang tamu. Bukan sahaja jimat dan mudah tetapi juga cantik.
Nanti boleh lah anda praktik kan cara lain penggunaan wallpaper ini. Beli saja wallpaper dan DIY di rumah. Selamat mencuba!
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kepala Gas Berbunyi & Berbau, Jangan Panik Lakukan Step Ini!
Situasi kepala gas berbunyi dan berbau selalu terjadi bila tukar tong gas baru. Memang panik dibuatnya! Lebih-lebih lagi bila hanya berseorangan di rumah, tiada bantuan suami yang boleh diminta tolong.Dalam keadaan ini sebenarnya mak-mak tak perlu panik. Apatah lagi takut nak ‘sentuh’ tong gas, risau meletup, terbakar dan sebagainya.
Ada cara yang mudah untuk selesaikan masalah ini.Perkongsian tip oleh Iman Sulaiman ini boleh dijadikan sebagai rujukan.
“Nak juga kongsi ilmu berguna terutamanya buat surirumah. Jangan tau memasak je bila berlaku masalah macam ni tak tau nak buat ape.Nak pulak berlaku waktu seorang diri di rumah dan tong gas cuma ade satu je.Masalahnye apabila masukkan kepala gas ke tunku tapi gas berbunyi mengeluarkan gas. Jangan panik dan benda ni simple je.
Caranya:
1. Mula-mula cabut kepala gas dan keluarkan getah seperti dalam gambar, guna besi keras.
2. Kemudian terbalikkan getah.
3. Selepas itumasukkan semula, dah settle. Boleh memasak semula.
Selamat Mencuba!
Baca Lagi Disini: Bila Api Tungku Warna Oren, Jenuh Sental Periuk Berjelaga ‘Adjust’ Begini
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak tak perlu panik lagi bila dengar bunyi gas berdesir. Rupanya dengan hanya mengeluarkan gegelung getah, terbalikkan dan masukkan semula dah boleh selesai masalah.Ikut tip yang dikongsikan ini dah tak bau gas lagi dan boleh memasak semula seperti biasa.
Mesti Baca:Booster Tanaman Dari Yakult Buat Pokok Berbuah Lebat Dan Mabuk Bunga
Baca Lagi Di Sini:Buat Sendiri BAJA ORGANIK ‘Power’ Guna Sisa Bahan Dapur, Suburkan Tanaman!
Artikel Menarik:Siram BAJA ROTI Seminggu 3 Kali, Tanaman Subur Bunga Makin Meriah!
Artikel ini diambil dan diolah dari MW.
Sumber: Iman Sulaiman
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI