Terdapat pelbagai jenis atau material untuk wainscoting. Tapi, jenis yang paling murah dan mudah untuk anda DIY sendiri adalah dari jenis kayu yang mudah didapati. Kebiasaannya, kedai-kedai hardware besar jual pelbagai saiz dan bentuk pada harga serendah RM 5. Tapi, kayu sahaja tak cukup ada beberapa perkakas lain yang anda pelukan.
norhana yusuf. berkongsi kelengkapan yang diperlukan untuk menghasilkan dinding wainscoting.
Assalamualaikum, Seperti yang saya janjikan untuk semua yang bertanya. Antara barang dan peralatan yang boleh digunakan (saya tulis “boleh digunakan” sebab ada 1 BARANG saya tak guna tapi dah siap beli & tak mahir pakai) dalam proses DIY wainscoting ni. kos saya agak murah sikit sebab saya tak perlu beli cat dinding tu lagi, pakai apa ada je.Gambar berus cat & simen putih atau filler tak ade dalam ni sebab dah buang.Filler gunanya untuk touch up bahagian hujung cantuman kayu yang kurang kemas atau ada ruang antara cantuman kayu sebelum kemaskan dengan cat.
1. Peralatan menukang yang boleh digunakan. Gam atau silicon tu saya dah terbeli dan pakai untuk kayu yang pertama saya lekat di dinding. Oleh kerana tak reti pakai, dinding jadi comot. Siap ada cat terkopek. Akhirnya saya pakai paku sahaja
2. Cat dinding ikut keperluan dan tema yang diimpikan
3. Cat kayu untuk dialis pada bingkai wainscoting
4. Paku kayu yang halus 2 inci digunakan untuk mengukuhkan kayu wainscoting
5.saiz kayu yang digunakan untuk buat wainscoting adalah seperti berikut
– CW0045N9 nyatoh timber strip.jenis tebal sikit. Harga RM10.35 sebatang tanpa GST
– CW0017N8 nyatoh timber strip.sebatang RM5.60 tanpa GST
Contoh potongan kayu. Kayu perlu dicat dan kering kan sebelum dipotong mahupun paku kat dinding. Selepas dipaku, wainscoting perlu di touch up dengan filler pada bagian cantuman berongga dan cat untuk menutup cela. Guna berus watercolor
untuk tujuan touch up cat untuk nampak kemas.Untuk bahagian pembahagi atau bolder, Double Kan sahaja kayu wainscoting
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.