Sisa buangan dapur ataupun sampah walaupun baru sehari baunya memang boleh menusuk hidung dan memeningkan kepala. Sebab itu sebaiknya, pilih bekas atau tong sampah jenis bertutup. Tapi walaupun bertutup, masalah bau masih tidak boleh selesai begitu sahaja. Bila dibuka untuk buang sampah lain, bau yang terperangkap di dalam tong akan terbebas.
Selain memastikan rutin pembuangan sempah dilakukan setiap hari atau pun paling tidak sehari sekali, ada 5 tip mudah yang boleh anda lakukan untuk mengelak tong sampah dari berbau dengan cepat:
1. BAKING SODA
Umum tahu kehebatan baking soda dalam menyingkir aroma yang tidak menyenangkan. Sama ada di dalam almari, peti sejuk, bilik, tandas dan sebagainya. Untuk elak tong sampah anda berbau busuk, taburkan sedikit baking soda di dasar plastik yang digunakan di dalam tong sampah. Bakin soda tadi akan menyerap aroma busuk yang terhasil dari proses pereputan sampah. Tip tambahan, untuk memastikan tong sampah mudah dicuci dan bau busuk tidak melekat, taburkan 1/4 cawan baking soda di dasar tong. Apabila sampah telah dibuang, baru cuci tong tersebut dan keringkan sepenuhnya sebelum diguna semula
Ads
2. PELUNTUR
Ada kalanya anda memerlukan sesuatu yang lebih kuat untuk menyingkirkan bakteria yang menyebabkan bau. Walaupun peluntur lebih dikenali dengan kegunaannya untuk melunturkan pakaian atau sebagai salah satu bahan pencuci, Ia juga berupaya memusnahkan kuman dan bakteria jahat. Untuk menggunkan peluntur sebagai bahan pencegah bau di dalam tong sampah, campurkan 1/4 cawan peluntur bersama 2 galon air suam dan jadikan ia sebagai bahan semburan setiap kali anda meletakkan sampah. Namun harus pastikan, permukaan tong sampah anda tidak bertindak balas dengan kandungan peluntur.
Ads
3. PASIR KUCING (CAT LITTER)
Latakkan pasir kucing 1 inci tebal di dalam pelastik yang digunakan untuk tong sampah. Bukan pasir sungai tu ya. Sebaiknya pilih pasir kucing yang mempunyai keupayaan mencegah bau atau dari jenis palet kayu. Ia mepunyai kadar resapan air yang tinggi sambil beruapaya menyerap aroma busuk dari sampah.
Ads
4. DRYER SHEETS
Dryer sheets antara medium terbaik untuk mencegah bau busuk dalam tong sampah. Alaskan bahagian bawah plastik tong sampah dengan beberapa helai dryer sheet. Jika masih berbau kuat dan tidak menyenangkan, tutup permukaan sampah dengan dryer sheet baru. Aroma busuk tadi akan cepat diserap.
Suasana hijau di sudut kediaman sememangnya memberi terapi kepada kita. Jika dahulu disempurnakan dengan koleksi pokok-pokok berdaun yang menyegarkan. Suasana kediaman tampil cantik dan damai dengan kehadiran pokok-pokok hiasan ini. Sederas masa berlalu, elemen tropika masih digilai ramai namun bukan semua yang mempunyai masa untuk membelek daun-daun ini yang sangat memerlukan penjagaan rapi.
Kertas dinding indah dengan pesona corak dedaun menghidupkan lagi tema nusantara, tropika atau pun gaya kontemporari.
Malah anda boleh memilih corak ini pada langsir bagi menyerikan suasana terutama jika anda memilih rona coklat sebagai warna dinding atau perabot kayu.
Dibingkai pun sudah memadai jika tidak mahu keterlaluan atau didominasi oleh corak seumpama ini.
Gaya moden kontempoari tidak pernah mengecewakan.
Pereka tampilkan kembali idea hiasan corak dedaun tropika yang pernah menjadi buah mulut di dalam siri sitcom era 90an dahulu. Corak yang melambangkan suasana percutian, santai, damai dan ranggi . Rona hijau juga membantu menyerlahkan suasana ruang. Corak ini bukan hanya di datangkan dalam kertas dinding, malah dicetak pada kemasan lembut. Jadi anda boleh memilih dimana anda ingin abadikan corak ini.
Mengecat rumah sebenarnya mudah jika tahu langkah yang betul untuk memulakannya. Malah jika ikuti cara yang tepat, kerja mengecat jadi lebih efisien malah hasilnya pun lebih cantik dan memuaskan. Taklah comot, bercapuk mahupun tidak sekata sapuan cat tersebut.
Ikut langkah memulakan proses mengecat ini.
1. SILING
Mulakan dari siling kerana dikuatiri cat akan menitis ke lantai. Jadi biarlah bahagian paling tinggi dicat dan sapukan cat dari kelebaran siling yang paling pendek. Jadi tidaklah cepat penat dan kerja mengecat juga dirasakan lebih pantas.
2. DINDING
Bermula daripada sempadan siling dan dinding. Gunakan berus jika perlu untuk mengelakkan cat terpalit pada siling anda. Kemudian barulah penggelek dihalakan ke bawah. Bahagikan kawasan mana yang perlu anda cat dahulu. Jika bekerja di dalam kumpulan, bahagikan bahagian dinding agar kerja mengecat lebih sistematik dan lekas siap.
3. JENDELA DAN PINTU
Berhati-hati apabila mengecat di bahagian kecil. Engsel dan tombol serta selak juga eloklah ditutup agar tidak terkena cat. Bagi bingkai, cat pada bahagian dalaman dahulu kerana pada bahagian luar mungkin ada pilihan warna lain yang sesuai dengan dinding luar.
4. LANTAI
Jika mahu mengecat lantai, rancang dahulu di mana patut anda bermula. Seelok-eloknya pilihlah kawasan yang paling jauh dengan pintu keluar dan kemudiannya sedikit demi sedikit terus ke pintu keluar. Awas jangan sampai terperangkap.
Tumbuhan indoor merupakan tumbuhan yang ditanam di dalam bangunan seperti di rumah ataupun pejabat. Ia memerlukan kelembapan, pencahayaan dan suhu yang sesuai agar dapat tumbuh dengan segar dan berseri. Tumbuhan di dalam dapat memberikan kenyamanan dan dapat membantu anda mendapatkan tidur malam yang lebih lena. Disini, IMPIANA bawakan anda 5 tumbuhan indoor yang mudah untuk dijaga agar anda dapat sama-sama mendapat manfaat darinya.
Rubber Plant
Selain dapat memberikan impak dramatik di dalam bilik, rubber plant atau nama saintifiknya Ficus Elastica juga boleh membuang toksin di udara dan melawan penyakit dari parasit yang biasanya terdapat di kawasa tropika. Kajian telah membuktikan keupayaan tumbuhan ini untuk menghapuskan formaldehyde dari udara, yang terdapat dalam alatan pembersihan dan perabot. Anda hanya perlu mengelap daun dengan tisu atau kain lembap dengan kerap bagi mengekalkan pembukaan liang tumbuhan untuk mejamin pembersihan udara yang optimum.
Boston Fern
Lihatlah tumbuhan hijau yang subur yang menyegarkan ini! Ferns merupakan tumbuhan yang berkesan menghapuskan bahan toksik pencemaran bawaan udara – termasuk formaldehyde, xylene dan toluene – yang boleh menyebabkan sakit kepala, masalah pernafasan, dan pertumbuhan sel-sel kanser. Boston Fern juga dapat menaikkan paras kelembapan di dalam kediaman ketika cuaca panas.
Areca Palm Satu kajian NASA pada tahun 1989 telah mengisytiharkan tumbuhan ini sebagai salah satu alat semulajadi yang paling berkesan membersihkan udara, terutamanya keupayaannya menghapus formaldehyde daripada udara di dalam kawasan tertutup seperti bilik tidur dan pejabat anda.
Peace Lily
Tumbuhan ini bukan sahaja cantik malah ia mempunyai ‘kuasa’ untuk menapis udara kotor. Kajian menunjukkan bahawa Peace Lily berupaya untuk menapis pelbagai toksin merbahaya seperti formaldehyde, xylene, toluene dan ammonia daripada udara dalaman. Bahan-bahan tersebut boleh menyebabkan sakit kepala, masalah pernafasan, dan peningkatan risiko kanser. The Peace Lily juga boleh menghapuskan fungus bawaan udara yang memburukkan lagi alahan dan gejala asma buat mereka yang sensitif. Anda digalakkan untuk meletakkan beberapa tumbuhan ini di setiap sudut kediaman untuk mengurangkan pertumbuhan kulat.
Snake Plant
Tumbuhan ini mat popular dikalangan penggemar tumbuhan hiasan dalaman. Bukan saha mudah untuk dijaga, malah Snake Plant boleh mengeluarkan pelbagai bahan pencemaran dari udara. Dan anda juga boleh rebus daun nya untuk menjalankan aktiviti perubatan holistik bagi merawat bahagian luaran seperti kulit sahaja. Jangan pula anda minum atau makan ya!
The Philodendron
Philodendrons amat mudah untuk tumbuh dan dijaga. Tumbuhan ini membersihkan udara daripada toksin merbahaya seperti formaldehyde dan xylene, yang biasa dijumpai di dalam gam dan leather.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.