Sisa buangan dapur ataupun sampah walaupun baru sehari baunya memang boleh menusuk hidung dan memeningkan kepala. Sebab itu sebaiknya, pilih bekas atau tong sampah jenis bertutup. Tapi walaupun bertutup, masalah bau masih tidak boleh selesai begitu sahaja. Bila dibuka untuk buang sampah lain, bau yang terperangkap di dalam tong akan terbebas.
Selain memastikan rutin pembuangan sempah dilakukan setiap hari atau pun paling tidak sehari sekali, ada 5 tip mudah yang boleh anda lakukan untuk mengelak tong sampah dari berbau dengan cepat:
1. BAKING SODA
Umum tahu kehebatan baking soda dalam menyingkir aroma yang tidak menyenangkan. Sama ada di dalam almari, peti sejuk, bilik, tandas dan sebagainya. Untuk elak tong sampah anda berbau busuk, taburkan sedikit baking soda di dasar plastik yang digunakan di dalam tong sampah. Bakin soda tadi akan menyerap aroma busuk yang terhasil dari proses pereputan sampah. Tip tambahan, untuk memastikan tong sampah mudah dicuci dan bau busuk tidak melekat, taburkan 1/4 cawan baking soda di dasar tong. Apabila sampah telah dibuang, baru cuci tong tersebut dan keringkan sepenuhnya sebelum diguna semula
2. PELUNTUR
Ada kalanya anda memerlukan sesuatu yang lebih kuat untuk menyingkirkan bakteria yang menyebabkan bau. Walaupun peluntur lebih dikenali dengan kegunaannya untuk melunturkan pakaian atau sebagai salah satu bahan pencuci, Ia juga berupaya memusnahkan kuman dan bakteria jahat. Untuk menggunkan peluntur sebagai bahan pencegah bau di dalam tong sampah, campurkan 1/4 cawan peluntur bersama 2 galon air suam dan jadikan ia sebagai bahan semburan setiap kali anda meletakkan sampah. Namun harus pastikan, permukaan tong sampah anda tidak bertindak balas dengan kandungan peluntur.
3. PASIR KUCING (CAT LITTER)
Latakkan pasir kucing 1 inci tebal di dalam pelastik yang digunakan untuk tong sampah. Bukan pasir sungai tu ya. Sebaiknya pilih pasir kucing yang mempunyai keupayaan mencegah bau atau dari jenis palet kayu. Ia mepunyai kadar resapan air yang tinggi sambil beruapaya menyerap aroma busuk dari sampah.
4. DRYER SHEETS
Dryer sheets antara medium terbaik untuk mencegah bau busuk dalam tong sampah. Alaskan bahagian bawah plastik tong sampah dengan beberapa helai dryer sheet. Jika masih berbau kuat dan tidak menyenangkan, tutup permukaan sampah dengan dryer sheet baru. Aroma busuk tadi akan cepat diserap.
Artikel berkaitan: 4 Cara Cegah Lalat Tanpa Guna Bahan Kimia Yang Memang Berkesan