Se

Musim panas dah bermula. Sudah pasti pendingin hawa atau aircond sudah pati senti “on”. Sampai bil elektrik akhir bulan, boleh terjojol mata lihat jumlah bayaran yang melambung.

Sebenarnya, ada cara yang mudah untuk anda berjimat ketika menggunakan aircond. Selain memastikan aircond di selenggara dengan baik, tetapan penggunaan atau mode juga penting dalam menentukan kadar penggunan elektrik.

Bagaimana untuk menyejukkan ruang dan dalam masa yang sama anda masih boleh berjimat? pertama sekali, kenaili mode yang terdapat pada alat kawalan aircond anda. Kebiasaanya, terdapat dua mode iaitu “cool” dan “dry”Nak Jimat Bil Elektrik Penggunaan Aircond, Boleh “Setting” Dekat Alat Kawalan Jauh Je

Sebelum itu, kenal pasti simbol yang mewakili setiap mode. Untuk simbol empinggan salji atau snowflake mewakili mode “cool” manakala untuk “dry” diwakili simbol titisan air.

Ads

Namun, untuk penjimatan tenaga yang efisien, anda digalak menggunakan tatapan mode “dry” atau titisan air. Kenapa mode “dry”? Mode “dry” berfungsi secara optimal di mana kompresor hanya berfungsi hanya apabila sensor mengesan perubahan suhu di dalam ruang. Mode ini juga dapat memastikan suasana dalam ruang sentiasa dalam keadaan nyaman dan memastikan kelembapan sebanyak 60%.

Ads

Tidak seperti mode “cool”, kompresor akan berjalan secara maksimum selagi ia dibuka dan menyebabkan udara sesuatu ruang lebih kering.

Ads

Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI