Terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira dalam proses pengubahsuaian yang pastinya memeningkan kepala. Jika anda seorang profesional sekali pun, setiap projek adalah berbeza-beza bergantung kepada kehendak pemilik, bajet dan macam-macam faktor lagi.
Artikel kali ini membincangkan tentang perkara yang patut anda tahu sebelum memulakan sebarang renovasi pada bilik air di kediaman. Dengan kajian yang mencukupi dan pengetahuan yang diperoleh, diharap proses ini akan lebih lancar dan berakhir dengan sebuah bilik air baru yang cantik dan menarik.
1. Jangkaan kos renovasi. Sebelum memulakan apa-apa projek, adalah penting untuk anda tahu apa yang anda mahukan dan apa yang anda boleh dapat dengan jumlah wang yang sanggup dilaburkan. Saiz bilik mandi, kualiti bahan dan upah pekerja – semua ini merupakan faktor yang akan memberi impak secara langsung terhadap kos renovasi anda.
2. Susun atur dan pelan. Rancang dan bincang dengan teliti bagaimana susunan bilik air yang anda inginkan dengan kontraktor. Jangan takut untuk meminta pendapat dan idea dari pihak ketiga. Buat umat Islam adalah lebih baik jika tandas anda tidak mengadap ke kiblat. Selain itu, elakkan meletak tandas berhadapan dengan pintu masuk kerana ia bukanlah perkara paling menyenangkan untuk dilihat dan mungkin terlihat tidak sopan.
3. Fahami dimensi bilik air standard. Ambil tahu dan buat sedikit research tentang ukuran beberapa alatan utama yang diperlukan didalam sesebuah bilik mandi agar mudah untuk anda memperuntukkan ruangan buat sinki, tandas mahupun tab mandi dengan lebih efisyen.
4. Ketinggian yang tepat untuk sinki. Kebiasaannya tinggi sinki adalah 32 ke 34 inci dari permukaan lantai bilik air. Tetapi anda perlu mengambil kira tentang ketebalan material kaunter yang ingin digunakan sekali agar penggunaan bilik air lebih selesa.
5. Semak saiz jubin yang dipilih. Jangan terperanjat jika jubin 300×300 yang anda beli tidak menepati spesifikasi sebenar. Ini mungkin terjadi atas faktor sendi grouting dan ia boleh mempengaruhi susun atur dan perletakan jubin akan jadi tidak cantik.
6. Pasang sendiri. Kos memasang juga akan memaksa anda menambah bajet keseluruhan renovasi. Sebenarnya tuan rumah boleh mengurangkan kos dengan melakukan sendiri kerja-kerja pemasangan yang mudah.
7. Beri perhatian pada transisi lantai. Bilik air yang dipasang jubin perlu dipadankan dengan kemasan lantai diluarnya. Ramai pemilik yang terlepas pandang hal ini tetapi pemilihan jubin yang berpadanan adalah penting kerana ia dapat mempengaruhi transisi dari satu ruang ke ruang yanng lain. Seperti dalam kebanyakan kes, perancangan awal akan memberikan hasil yang memenuhi kehendak anda.
Follow kami di WEBSITE, TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK dan YOUTUBE untuk dapatkan tip, idea dan artikel-artikel terkini serta menarik.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI