Uncategorized

Nak Makeover Dinding Kediaman? Ini 7 Panduan Mengecat Macam Pro Yang Perlu Anda Tahu

Share

Lebih banyak praktis, lebih mudah dan cepat anda siap mengecat. Tetapi buat yang baru pertama kali melakukan aktiviti ini, banyak yang perlu dipelajari dan dihadam. Jadi, dalam entri kali ini, IMPIANA akan membincangkan tentang perkara-perkara yang mungkin berguna buat anda yang baru ingin menjinakkan diri dalam bidang ini atau yang sedang mencuba-cuba untuk ubah suai dinding rumah yang sudah kusam. Mari ikuti senarai ‘patut tahu’ ini.

  1. KENAL PASTI JENIS CAT

Ramai yang masih kurang faham tentang kepentingan memilih jenis cat yang sesuai dengan kegunaan. Produk yang berbeza untuk kegunaan yang berbeza, sebagai contoh, cat siling umumnya mempunyai tahap kilauan yang rendah tetapi mempunyai lebih banyak kekangan daripada segi penghapusan kotoran berbanding cat interior yang standard. Cat untuk bahagian luar pula sememangnya mempunyai ciri-ciri yang sangat berbeza daripada cat-cat yang lain termasuklah fungsi perlindungan UV dan cuaca.

  1. PROSES PENYEDIAAN CAT

Selain teknik yang betul, persediaan yang rapi juga memainkan peranan yang amat penting bagi mendapatkan hasil yang sempurna. Walaupun anda mempunyai kepakaran mengecat yang paling hebat sekalipun, jika permukaan dinding tidak rata, maka end-product anda pasti mengecewakan.  Proses persediaan sebelum mengecat termasuklah meratakan dinding menggunakan kertas pasir atau memastikan tiada lebihan kertas dinding yang masih melekat.

 

  1. PENGURUSAN MASA

Anda mungkin akan menghabiskan masa yang lama untuk selesai mengecat bergantung pada saiz ruang. Jika anda mengecat dinding di bilik tidur yang bersaiz sederhana, setiap satu lapisan akan mengambil masa sekurang-kurangnya satu jam. Kebanyakan permukaan akan memerlukan dua lapisan cat, jadi anda perlu memperuntukkan dua jam untuk menyiapkan sebuah bilik. Perlu diingat juga, sebelum menambah lapisan, biarkan cat kering terlebih dahulu. Proses ini biasanya akan mengambil masa dalam 10 ke 15 minit.

  1. PERALATAN MENGECAT

Jika anda membeli produk cat yang berkualiti sudah tentu anda akan memerlukan peralatan mengecat yang berkualiti juga. Berus dan penggelek yang baik akan meningkatkan mutu kerja selain membantu mencegah bulu berus yang tidak diingini termasuk ke dalam tong cat anda.

  1. PEMILIHAN WARNA CAT

Jangan terburu-buru membuat keputusan. Ini kerana warna yang anda lihat cantik di kedai tadi mungkin tidak sesuai dengan perabot di rumah. Jadi, bagi mengelakkan perkara ini terjadi, anda boleh cuba cat kepada sehelai kertas A4 dan tampalkan di dinding kawasan yang ingin dicat. Biarkan sekurang-kurangnya 3 hari sebelum meneruskan proses. Banyak faktor yang perlu anda pertimbangkan antaranya ialah pencahayaan di kediaman dan padanan dengan konsep serta perabot.

  1. CAT SEBAGAI PELINDUNG

Dengan teknologi yang semakin maju zaman ini, terdapat sebahagian cat yang direka khusus untuk membantu mengurangkan penyebaran virus dan kuman. Ini akan menjamin keselamatan dan kesihatan isi rumah.

Lebih-lebih lagi dalam era pandemik ini, memang sukar untuk kita mengawal penularan virus COVID-19 tanpa bantuan dan kerjasama semua pihak.

 

Dinding Selamat Dengan Inovasi Cat Anti Virus

Dalam usahanya meningkatkan tahap kesihatan pengguna, Nippon Paint Malaysia memperkenalkan Nippon Paint VirusGuard dengan penambahbaikan formula yang dilengkapi keupayaan melawan anti virus dan anti bakteria.

Berbeza dengan cat dinding biasa, percayakah anda kini rumah anda akan menjadi sebuah rumah yang terlindung dengan virus? Ya, dengan cat Nippon Paint VirusGuard yang telah diuji dengan Koronavirus Manusia, ATCC VR-740, strain 229E oleh Analytical Lab Group pada awal tahun 2020. Hasil menunjukkan pengurangan sebanyak 99.9% pada titer virus selepas virus bersentuh kepada lapisan cat yang mengandungi teknologi Ion Perak daripada Nippon Paint ini.

Hebat bukan? Kini, bukan hanya bahan pencuci sahaja yang mampu membantu kita untuk membasmi virus malahan cat dinding juga mempunyai teknologi yang cukup baik untuk kita sekeluarga terlindung.

Teknologi Ion Perak Berkesan Melawan Virus

Jom kita lihat teknologi yang ada dalam cat no 1 Malaysia ini. Teknologi Ion Perak (Silver Ion Technology) yang terdapat dalam Cat Nippon Paint VirusGuard telah terbukti berkesan mengurangkan pembiakan virus dan bakteria seperti penyakit merbahaya yang lain seperti;

– Influenza (H1N1)

– HFMD

– Bakteria (E.Coli, MRSA, Staphylococcus Aureus)

– Koronavirus manusia (strain 229E)

Selain sesuai untuk digunakan kepada permukaan dinding dipelbagai ruang kediaman, cat Nippon Paint VirusGuard juga sesuai untuk institusi-institusi kesihatan dan pusat pendidikan. Antara ciri-ciri utama Nippon Paint VirusGuard termasuklah ;

– Anti virus

– Anti bakteria

– Kurang bau

– Mudah untuk dibersihkan

– Tahan sental/ tidak mudah rosak

– Tahan kulat dan kulapuk

– Mesra alam

– Warna yang tahan lama

– Mudah diselenggara

Siapa sangka dengan hanya cat dinding kini anda mampu mengubah gaya hidup anda sekeluarga dengan lebih baik dan selamat.

  1. KUANTITI CAT

Tunggu apa lagi, jom make over rumah dengan cat berteknologi tinggi ini. Pasti ramai yang ingin tahu akan penggunaan cat ini bukan? Di sini, IMPIANA kongsikan cara hendak membeli cat. Bergantung pada keluasan ruang, sebuah dinding tumpu mungkin akan memerlukan kira-kira 2-liter cat, ruang 3×3 meter pula akan memerlukan kira-kira 4-liter cat untuk dua lapisan, dan untuk memenuhi ruang 6×6 meter, sediakan 8-liter cat dan begitulah seterusnya. Dengan mengetahui idea kasar ini, mudahlah untuk anda membeli cat tanpa pembaziran.

Jom Cegah Sebelum Merebak Dengan Nippon Paint VirusGuard

IMPIANA cukup tertarik dengan teknologi cat Nippon Paint kali ini, apa kata jom kita cegah sebelum merebak. Ubah suai rumah dengan normal baharu ini, beralih ke cat dinding  Nippon Paint VirusGuard. Pastinya kita semua akan berasa lebih tenang dan selesa tatkala berada di dalam rumah yang mempunyai lindungan terbaik.

Rumah adalah tempat kita sekeluarga berlindung, jadikan lah rumah kita sebagai satu kediaman yang terbaik untuk yang tersayang berlindung dan berasa selamat tatkala berada di dalam rumah. Bermula dari rumah barulah kita boleh #kitajagakita.

Jangan lupa layari laman https://www.nipponpaint.com.my/virusguard/keepingeveryonesafe. untuk ketahui lebih lanjut tentang produk terbaru Nippon Paint ini.

Dan kalau anda mahukan yang terbaik buat ahli keluarga di rumah, boleh dapatkan Nippon Paint VirusGuard segera melalui NIPPON PAINT

Cepat, tunggu apa lagi!

 

 

Published by
Team Impiana