Roller cat. Peralatan ini digunakan apabila kita ingin mengecat dinding. Tidak kira dinding rumah, kedai, pondok, atau apa-apa sahaja yang ada dinding. Tapi untuk membeli roller cat, juga perlu pandai dan mahir. Apakah dia? Mengetahui cara memilih roller cat terbaik untuk kerja itu boleh menjimatkan banyak masa anda. Jenis pekerjaan yang anda rancang untuk dicapai sangat mempengaruhi pilihan roller cat anda. Roller cat boleh didapati dalam beberapa saiz dan bentuk agar sesuai dengan pelbagai permukaan. Jadi, bagaimana anda membuat keputusan? Pilih saiz roller cat yang sesuai untuk luas permukaan yang akan dicat.
Roller cat berkisar dari saiz kecil hingga 12 inci dan lebih besar. Roller kecil sesuai untuk kerja kecil seperti mengecat pintu. Gunakan roller 9 inci untuk mengecat siling atau dinding. Lebih besar saiz roller, lebih cepat dan lebih mudah tugas anda.
Ads
Pertimbangkan jenis span semasa memilih saiz roller. Span roller dibina daripada bahan gentian semula jadi sintetik. Terdapat banyak saiz dan panjang yang tersedia. Padankan saiz dengan kawasan yang hendak dicat. Secara umum, semakin lebar span roller, semakin banyak cat yang boleh diserap.
Sebagai contoh untuk panduan bagi anda yang ingin membeli roller cat,
Ads
1/4 inci ini, sesuai untuk permukaan licin dan licin seperti dinding, siling, pintu kayu dan bingkai pintu
3/8 inci – sesuai untuk permukaan lembut dan kasar.
1/2 inci – sesuai untuk kebanyakan dinding dan permukaan separa kasar seperti simen dan konkrit berlepa.
3/4 inci – untuk permukaan kasar dan dinding beralur, dinding bertekstur, simen berlepa dan konkrit.
3/8 inci – untuk mengecat keseluruhan permukaan secara kasar.
Ads
Jadi, itu sahaja cara dan ilmu untuk anda yang ingin membeli roller cat. Anda juga boleh bertanya kepada pekerja kedai yang pakai terhadap perkara ini sekiranya anda tidak tahu ingin membelinya.
Diberi kebebasan penuh oleh pemilik merupakan impian bagi kebanyakkan pereka. Kerana selain perlu menggambarkan dan melukis pelan rekabentuk, pereka juga bertanggungjawab menganggarkan kos, mendapatkan produk serta bahan-bahan dan juga memastikan segala spesifikasi rekaan dapat dipenuhi dalam jangka masa yang telah dipersetujui. Jika pemilik berpuas hati, sudah tentunya pereka juga akan tumpang gembira.
BAIK PULIH STRUKTUR ASAL
Agak sukar mahu memulakan kerja mendekorasi sekiranya keadaan sedia ada tidak menepati piawaian yang sepatutnya. Jadi perkara pertama yang Encik Khairul lakukan selaku pereka hiasan dalaman kediaman ini adalah memperbaiki keadaan asal menjadi lebih sempurna bagi memudahkan proses dekorasi. Setiap sudut perlu tampil sempurna sebelum memulakan kerja-kerja mendeko kerana walau satu kesilapan kecil, ia mungkin boleh memberi kesan kepada perkara yang lebih besar.
Kerosakan seperti paip bocor, dinding yang tidak rata, jubin yang retak dan sebagainya perlu dilaporkan kepada pihak pemaju sebelum anda pindah masuk ke rumah. Keadaan seperti ini jika tidak dibendung akan meyusahkan dan melambatkan proses mendekorasi kediaman.
CABARAN “BLANK CANVAS”
Kediaman persinggahan yang terletak di EkoCheras ini mempunyai tingkat mezanin bagi membahagikan antara ruang privasi dan ruang sosial di bawah. Rekabentuk seperti ini telah membenarkan pemilik untuk mendiami rumah ini dengan lebih selesa dan nyaman.
Tanpa menetapkan sebarang konsep mahupun tema untuk kediaman, pemilik memutuskan untuk memberi tumpuan pada fungsi dan praktikaliti kediaman duplex SOHO ini. Pereka telah diberikan sebuah “blank canvas” untuk berkarya dengan meletakkan keperluaan dan keinginan pemilik sebagai keutamaan.
Sifat tuan rumah amat fleksibel dan terbuka kepada cadangan menjadikan proses pengubahsuaian ini berjalan dengan lancar. Ini juga memberikan pereka kelonggaran dalam merealisasikan dekorasi pilihannya. Seperti pemilihan feature wall di ruang tamu yang dihiasi kertas dinding bercorak, sesuai dengan konsep moden inggeris yang ingin diketengahkan. Ia dihiasi dengan panel kayu bersalut rona emas, menjadikannya lebih anggun dan eksklusif.
SIMETRI PELENGKAP DEKORASI
Menurut Encik Khairul, ruang makan kediaman ini merupakan titik permulaan bagi proses dekorasi. Kerana walaupun lebar kediaman tidak terlalu luas, di ruang ini ada terletaknya siling “double volume” setinggi 18 kaki yang menjadi salah satu ciri menarik dalam kediaman ini.
Candelier kristal telah dijadikan sebagai titik fokal bagi menentukan simetri ruang. Segalanya perlu selari dan mengikut panduan candelier tersebut kerana ia akan menentukan susun atur seluruh kediaman.
“Untuk kediaman dengan double volume, kita kena pastikan pemilihan lampu dan aksesori lain proportionate (bersekadar) dengan saiz ruang. Barulah kita akan berjaya dapatkan wow factor yang diimpikan”, kata Encik Khairul sebagai tip untuk para pembaca.
BIJAK MANFAAT RUANG TERHAD
Disebabkan saiz rumah yang agak kecil, tiada sudut atau ruang yang dibiar tanpa fungsi. Setiap kawasan akan diguna sebaik mungkin dan dijadikan sebagai ruang penyimpanan agar kediaman kelihatan lebih kemas dan teratur.
Ruang bawah tangga contohnya, telah diberi satu fungsi yang mengubah dinamik kediaman secara keseluruhan. Jauh berbeza dengan rekabentuk asal, Encik Khairul telah berjaya melakukan transformasi yang ketara dengan membinakan sebuah stor menyimpan barang.
Begitu juga untuk ruang bilik tidur diatas. Pemilik dan pasangan mempunyai 3 orang anak jadi Encik Khairul telah memuatkan katil bersaiz super king yang dilengkapi bersama dua pull out bed bersaiz single, cukup selesa buat mereka sekeluarga.
+ INFO KEDIAMAN
Nama Pemilik: Dato’ Norazlanshah Bin Hazali dan Dato’ Mashita Binti Masri
Jenis Kediaman: Duplex SOHO
Konsep: Moden Inggeris
Keluasan: 762 kaki persegi
Spesifikasi: Satu Bilik, Ruang Makan dan Ruang Tamu Konsep Terbuka, 2 Bilik Air
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Langsir yang sepadan dengan warna tema dinding dan kemas terpasang akan menghasilkan perasaan yang seronok apabila berada di kediaman. Lagi-lagi dibulan perayaan ini.
Susunan langsir yang tidak sekata terutamanya untuk yang jenis eyelet pasti buat pemilik kediaman tidak keruan. Kadang kita tertanya-tanya macam mana rumah orang lain susunan sama, sekata saja.
Rupanya ada cara yang sangat mudah untuk dapatkan kesan susunan langsir sebegini. Kita tak fikir pulak!
Cuma guna cawan plastik saja. Trik ini dikongsi oleh Lia Johari
Trik susunan langsir eyelet jadi sekata
Sakit mata bila tengok susunan/gelembung langsir eyelet tak sekata kan.
Saya kongsikan cara jimat DIY curtain devider guna plastik cup.
Guna cawan plastik
1. Belah dua cup dan potong bawah cup bentuk bulat untuk muat masuk dalam rod langsir.
2. Kemudian letakkan cup pada rod langsir di setiap bahagian gelembung kain langsir.
Dekorasi konsep farmhouse moden tema warna ‘earth tone,’ senang nak suaikan dengan perabot. Pemilihan tema warna ‘Earth Tone’ untuk dinding menjadikan ruang rumah nampak lebih luas dan lebih mudah untuk suaikan dengan warna perabot.
Warna ‘earth tone’ menjadi tren yang diminati oleh ramai orang kerana sifatnya yang natural dan hangat. Kehadirannya menjadi inspirasi dalam menata tempat tinggal masa kini supaya mendatangkan kesan hangat, nyaman, dan ‘welcome’.
Cantik, tenang dan bersih sahaja rumah pemilik kediaman. Perkongsian dekorasi rumah bertukar wajah selepas tragedi banjir Disember 2021. Pemilik kediaman menggunakan warna terang dan ceria. Selepas banjir, pemilik kediaman terus tukar konsep kepada modern farmhouse dengan earth tone.
Tiada yang lebih bermakna apabila dapat membahagiakan kedua orang tua pada bila-bila masa. Baru-baru ini, penyanyi, komposer dan penulis lirik Lah Ahmad,45 atau nama sebenarnya Abdullah bin Ahmad ada berkongsi video pendek reaksi ibu tersayang yang terharu dan gembira apabila dihadiahkan peti sejuk baru oleh anak-anak.