Hari Raya makin tiba, walaupun kita tidak dapat beraya seperti tahun-tahun yang lalu semangat untuk mendekor rumah agar sentiasa cantik dan mendapat aura raya itu perlulah ada. Usah biarkan rumah anda tanpa seri nak berhari raya ini. Baru- baru ini IMPIANA telah menganjurkan satu bengkel mesra bersama Puspanita JPN Putrajaya. Sambutan yang cukup meriah dan memberangsangkan. Pelbagai soalan dia ajukan kepada barisan panel tentang masalah dekor yang mungkin selama ini kita sering ambil ringan dan mudah.
Ads
Barisan Panel pada benkel tersebut di meriahkan dengan Tuan Amin Yusoff, Ceo Mamy Home dan juga Tuan Azrul Nasimuddin Pengarah Joy Design & Build Sdn Bhd. Kedua-dua panel ini yang mempunyai pengalaman lebih dari 12 tahun di dalam industri hiasan dalaman ini membuatkan perserta kagum dengan penyampaian dan tip bernas yang mereka kongsikan.
Ads
Kupasan tip bagaimana mudahnya untuk miliki rumah cantik dari Tuan Amin Yusoff membuka mata mereka kesilapan yang mereka telah lakukan dalam kediaman masing-masing. Manakala tip pemilihan perabot tepat dalam rumah dengan tawaran istimewa dari pada Tuan Azrul Nasimuddin memberi peluang untuk peserta miliki perabot baru dan sesuai untuk ruang rumah meraka.
Ads
Menarik bukan, IMPIANA akan melaksanakan bengkel yang lebih banyak selepas ini, jika ada di antara anda yang ingin sertai selepas ini, jangan lupa ikuti IMPIANA di Instagram dan Facebook untuk infoyang lebih menarik.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Bagi anda yang telah membeli rumah khususnya, sudah pasti pernah mendengar dengan terma insurans pembiayaan rumah Mortgage Reducing Term Takaful(MRTT) dan Mortgage Level Term Takaful (MLTT). Meski kedua-duanya dilihat hampir sama namun ia masih mempunyai definisi yang berbeza.
Dalam episod Tip Impiana kali ini, IMPIANA telah berkesempatan mengundang tetamu jemputan, Encik Faidzal yang merupakan seorang perunding takaful di bawah naungan Al-Araf Associates bagi mengupas secara terperinci mengenai kedua-dua insurans pembiayaan rumah serta perbezaannya.
Jadi, apakah perbezaan antara kedua-duanya? Sudah pasti anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kedua-dua insurans pembiayaan rumah ini. Mari ketahui jawapan dan maklumat lebih lanjut dengan menonton pautan video penuh sesi temu bual bersama Encik Faidzal di bawah;
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi IMPIANA. Klik di sini.
Hotel De Art yang cukup terkenal dengan keunikan rekabentuk biliknya yang mempunyai pelbagai tema sekali lagi mengorak langkah dengan merangkul anugerah emas bagi kategori Creative & Innovative Boutique Hotel. Anugerah tersebut disampaikan dalam satu acara gilang gemilang anjuran Malaysia Tourism Council Gold Award 2018 semalam. Majlis yang berlangsung di Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Wan Azizah.
Pengasas dan juga CEO Hotel De Art Sdn Bhd, Jenny Liow menerima anugerah yang disampaikan oleh Dato’ Dr.Ammar A.Ghafar, Pengarah Tourism Malaysia. Pernah merangkul anugerah Selangor Excellence Bussiness Award 2017, Jenny Liow berkata pencapaian kali ini memberi semangat baginya meluaskan lagi sektor perhotelan berkonsepkan butik di mata dunia.
Hotel De Art yang mula beroperasi awal tahun 2010 milih Seksyen 7, Shah alam sebagai lokasi pertamanya dan kini berdiri megah dan terus berkembang sehingga menpunyai lima cawangan secara keseluruhan di sekitar Lembah Klang. Perancangan dalam masa terdekat, Hotel De Art bakal menambah rangkaian hotelnya. Dengan menampilkan konsep yang berbeza melalui paparan dekorasi atau tema bilik yang tersendiri setiap satunya, Hotel De Art adalah antara pelapis awal yang mengetengahkan konsep butik yang sesuai bagi pelbagai lapisan masyarakat.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ubahsuai tanpa kebenaran, premis bilik sewa ‘sangkar burung’ diarah untuk dirobohkan! Hanya dibekalkan satu tilam, plug pengecas dan lampu mentol, selain terpaksa berkongsi suasana yang sempit di bilik sewa ‘sarang burung’ sebesar seakan ‘liang lahad’.
Sungguh tidak berperikemanusiaan, bilik sewa sempit seumpama ini mengabaikan aspek keselesaan dan keselamatan semakin bertambah di Lembah Klang ekoran kos sara hidup tinggi di bandar selain sikap tamak pemilik rumah yang mahu mengaut keuntungan berlipat ganda.
Tindakan pemilik premis rumah kedai yang menyediakan perkhidmatan sewaan bilik hingga wujud bahaya kebakaran susulan pengubahsuaian tanpa kelulusan dilakukan bagi membina bilik sewa bersaiz kecil.
Harga Sewa RM300
Bilik yang disewa dengan nilai sewaan RM300 itu memuatkan 40 ke 50 penghuni di premis dua tingkat di bangunan.
Bagaimanapun, tindakan pemilik premis yang tamak itu mengundang padah apabila digempur Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM).
Menteri Perumahan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata, Operasi Menghalang Bahaya Kebakaran (MBK) itu dijalankan selepas menerima aduan daripada orang awam berhubung premis yang menawarkan 38 bilik di Jalan Maluri, di sini.
Beliau berkata, operasi yang membabitkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu dibuat selepas amaran terhadap pemilik premis yang mengubah suai bangunan tanpa kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah dikeluarkan lima hari sebelumnya.
“Pertama kali dalam sejarah, KPKT membuat pemeriksaan mengejut. tujuan operasi ini adalah mengenal pasti wujud bahaya kebakaran selain membawa bahaya kepada penduduk.
“Saya lihat sendiri bilik berbau, sempit dan seolah tiada ciri kemanusiaan. kutipan sewa yang tidak berbaloi untuk pertaruhkan nyawa penyewa bagi mengaut untung.
“Bukan itu sahaja, tidak ada sistem udara dan tidak dilengkapi dengan tingkap, 38 bilik tapi berkongsi satu tandas. Saya anggarkan 40 ke 50 orang penyewa mampu menularkan penyakit berjangkit sekiranya berterusan,” katanya selepas melakukan pemeriksaan mengejut sebuah premis bilik sewa di Jalan Maluri.
Ubahsuai Premis Tanpa Kebenaran
Kor Ming berkata, hasil pemeriksaan mendapati premis bekenaan juga diubah suai tanpa kebenaran serta tidak dilengkali dengan alatan kecemasan seperti lampu kecemasan keluar.
Kerajaan pada Khamis mengeluarkan notis kepada sebuah premis bilik sewa sempit umpama ‘sangkar burung’ di ibu negara untuk mengosongkan dan merobohkan bilik sewa kapsul yang diubah suai itu dalam tempoh tujuh hari.
Notis itu dikeluarkan susulan serbuan ke atas premis berkenaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diketuai Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming.
Tindakan Di Bawah Seksyen 10 Akta 341
Mengulas lanjut, Kor Ming memberitahu, JPBM pula mengeluarkan notis menghapuskan bahaya kebakaran di bawah Seksyen 8 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341) kerana premis didapati telah diubah suai kepada kediaman komersial tanpa dilengkapi dengan apa-apa kelengkapan menentang kebakaran atau pelepasan keselamatan kebakaran sebagaimana dikehendaki undang-undang.
Menurutnya, tindakan di bawah Seksyen 10 Akta 341 boleh diambil kepada pemilik premis dan jika ia gagal dipatuhi, pemilik akan berdepan tindakan pendakwaan di mahkamah.
“Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 10 akta ini, pemilik boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya selain boleh juga dikenalan denda tambahan sebanyak RM100 bagi setiap hari kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan pada tahun ini sehingga Ogos sahaja, Bomba dan Penyelamat menerima 43 laporan rumah kedai terbakar manakala 13 lagi membabitkan asrama.
“Operasi mengejut ini menghantar mesej sangat jelas kepada pihak yang terbabit, ini hanyalah tip of the iceberg.
“Mulai ini, PBT akan periksa bangunan risiko kebakaran dan ambil tindakan undang-undang,” katanya.
IMPIANA:Sewajarnya bilik sewa ‘sangkar burung’ ini dirobohkan kerana boleh mengundang bahaya terutamanya aspek keselamatan dan ventilasi terhad. Pemilik premis seharusnya menjadi lebih bertanggungjawab, bukan hanya mengaut keuntungan semata-mata.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.