Bagi anda yang memiliki ruang kediaman atau bilik kecil, mesti setiap perancangan dekorasi yang dilakukan mempunyai harapan agar ruang sempit atau kecil kelihatan lebih luas. Selain pencahayaan, pemilihan pattern fabrik dan perabot, ada lagi satu perkara penting yang ramai tidak sedar atau tahu elemen hiasan yang digunakan ini berupaya menjadikan ruang sempit kelihatan luas.
Artikel berkaitan:
Tip Bijak Pilih Bentuk, Saiz dan Design Karpet Untuk Kediaman Anda Supaya Sepadan
Cara Mudah Cuci Karpet Tanpa Guna Air Yang Banyak Tapi Betul-Betul Bersih
Elemen dekorasi yang dimaksudkan ialah karpet. Karpet bukan sekadar penyeri lantai kediaman malah memberi keselesaan dan melindungi tapak kaki dari sejuk. Untuk memastikan penggunaan karpet memberi impak visual bilik kelihatan luas, berikut ciri-ciri yang anda perlukan:
PENGGUNAAN KARPET BROADLOOM
Pemasangan karpet broadloom menghampari keseluruhan lantai ruang. Iaitu dari dinding ke dinding dan pastikan rona karpet yang digunkan berwarna polos. Jika anda menggunakan karpet yang hanya menghampari ruang tertentu, atau mempunyai perubahan terhadap tekstur lantai sesuatu ruang, ia akan mewujudkan kesan visual sempadanan dan menghadkan pemandangan. Secara tidak langsung ia akan menyebabkan ruang kelihatan lebih sempit
SAIZ KARPET
Jika anda tidak berhajat untuk memiliki karpet penuh pada keseluruhan lantai kediaman, aplikasikan penggunaan karpet pada ruang tertentu dengan saiz yang sesuai. Namun, ramai yang salah dalam memilih saiz karpet. Kebiasaan pemilik lebih cenderung memilih karpet bersaiz kecil yang kurang sesuai dengan ruang tersedia. Pemilihan saiz bagi sesuatu ruang sangat subjektif namun sebaiknya pastikan perabot perlu berada di atas karpet. Atau paling tidak, pastikan kaki bahagian perabot seperti sofa, almari terletak di atas karpet.
COLOUR
Ramai beranggapan, pemilihan rona cerah dan terang memberi impak ruang kelihatan luas. Kebiasaanya, sudah pasti warna putih menjadi pilihan. Namun, dalam pemilihan karpet jika anda tidak yakin dengan rona putih, tidak salah untuk memilih rona terang atau pastel. Rona terang dapat menerima reflect pencahayaan sama ada semula jadi atau artificial lebih tinggi berbanding warna hitam