Berita

Nak Rumah Nampak Macam ‘Mood’ Hotel, Ambil Tahu 3 Warna Cahaya Ini

Share

Bila pergi bercuti kita semua mesti ada satu perasaan tenang dan relax betul tak bila masuk dalam bilik hotel. Adakah itu satu pukauan. Ya! ia adalah pukauan nyata dan jelas untuk semua yang berada di dalam hotel. Perasaan ini kita mampu lakukan dan hasilkan pukauan itu di dalam kediaman sendiri. Tak perlu tunggu pergi hotel baru nak terpukau. Pukau la ahli keluarga anda untuk lebih massa dirumah berbanding di luar.

IMPIANA nak kongsikan dengan anda pukauan apakah yang digunakan. Nak tahu tak? Tolong like n share artikel ni kalau anda rasa ia patut dikongsikan bersama rakan-rakan dan sahabat handai anda.

Ramai yang tak tahu sebenarnya kuasa lampu cukup besar dalam memberi impak naikkan  seri ruang dalam rumah. Kalau kita jalan malam-malam lihat kediaman orang kita akan kata ‘eh cantiknya rumah orang ni’ betul tak? Sebab apa dia nampak cantik dan mewah sebab pemilik rumah tu bijak memilih warna lampu yang sesuai untuk rumahnya agar nampak lebih elegan.

Lampu terbahagi kepada tiga jenis warna cahaya iaitu warm white, natural white dan cool white.

Warm White

  • Memberikan suasana nyaman mewah dan tenang
  • Sesuai digunakan pada lampu gantung, lampu dinding dan lampu meja
  • Sering digunakan pada restoran,cafe dan rumah.

Natural White

  • memberikan suasana yang lebih terang dan bersemangat
  • sesuai digunakan untuk ruang kerja dan dapur
  • Tempat yang sesuai digunakan warna cahaya lampu ini seperti dibawah tanah, stor dan dapur.

Cool White 

  • Memberi impak yang lebih menyerlah dan lebih jelas
  • Sesuai digunakan untuk lampu kerja, lampu pameran dan garaj
  • Warna cahaya ini sesuai untuk ruang pejabat dan sekitar pameran.

Pasti ramai yang sinonim dengan jenama Philips apabila menyebut mentol lampu bukan. Kini, jenama Signify (sebelum ini dikenali sebagai Philips Lighting), peneraju industri lampu, melancarkan ECOLINK, yang merupakan jenama terkini dalam penyelesaian pencahayaan, berkolaborasi dengan VoltSafe Technology bagi menahan sebarang perubahan voltan yang mendadak. ECOLINK turut membekalkan keperluan rumah dengan produk tahan lama, selamat, mampu milik serta memiliki tenaga yang cekap.

Dari kiri: Rachel Foo (General Manager for National Distribution & Digital Commerce, KVC), Eddie Wong (Country Managing Director, KVC), Sukanto Aich (Chief Executive Officer, Signify Malaysia), Esmond Tsang (Commercial Leader, Signify)

“Portfolio ECOLINK diilhamkan dengan visi untuk menerangi ruang melalui penjimatan tenaga berteknologi maju bagi keperluan pelanggan Malaysia yang mementingkan tahap kualiti yang optimum. Pencahayaan adalah keperluan asas dalam kehidupan harian, ECOLINK turut mensasarkan untuk memberi faedah kepada jutaan rakyat Malaysia melalui produk cekap tenaga yang berpatutan dan mampan untuk alam sekitar,” ujar Sukanto Aich, Ketua Pegawai Eksekutif, Signify Malaysia.

Diperbuat oleh syarikat Signify, sebuah syarikat pencahayaan global yang dipercayai, ECOLINK menawarkan pelbagai produk pencahayaan berkualiti dan cekap tenaga yang diperakui oleh SIRIM dengan akreditasi yang setara.

“Untuk menjadikan rangkaian produk baharu ini diakses dengan mudah oleh lebih ramai pelanggan di Malaysia, syarikat Signify telah bekerjasama dengan KVC Industrial Supplies Sdn Bhd sebagai pengedar Malaysia kami untuk ECOLINK. Akses rangkaian pengedaran saluran di seluruh negara oleh syarikat KVC, termasuk dalam dan luar talian, sekaligus membolehkan ECOLINK disediakan kepada semua pelanggan di seluruh negara,” tambah Sukanto.

Portfolio ECOLINK menampilkan pelbagai pilihan produk, daripada mentol LED dan lampu bawah ke lampu ruang tinggi dan batten kalis air yang memenuhi semua jenis aplikasi dalaman dan luaran.

Segala produk ECOLINK mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

● Teknologi VoltSafe yang memastikan perlindungan lonjakan 2.5kv dengan perlindungan tegangan dengan lebar 160-360v.

● Direka supaya mengurangkan ketegangan mata tanpa kerlipan dan UV dan IR yang boleh diabaikan.

● Ketenangan fikiran dengan waranti selama 2 Tahun.

● Diperakui oleh SIRIM bagi memastikan prestasi dan pematuhan keselamatan

“Sebagai sebuah syarikat neutral karbon 100%, kami ingin menggandakan kesan positif kami terhadap alam sekitar dan masyarakat. Produk ECOLINK dilengkapi dengan ciri penjimatan tenaga di rumah mahupun kegunaan komersial,” kata Sukanto. “Dalam jangka masa yang panjang produk ini sekaligus dapat mengurangkan sisa pepejal.”

Untuk maklumat lanjut, butiran produk dan spesifikasi, sila layari https://ECOLINK-led.com/my/.

Published by
Impiana