Sinki, mahal macam mana pun bila dah tiba masa ia akan mula kusam. Ia disebabkan tindak balas kimia yang membentuk permukaan seperti kapur. Permukaan sinki yang kusam ni, tak sesuai untuk disental kerana akan menyebabkan bahan tercalar. Ada cara paling mudah dan murah dengan hanya menggunakan bahan dapur
BAHAN-BAHAN:
Lemon
Garam
CARA-CARA:
1. Potong lemon seperti biasa.
2. Kemudian sentalkan lemon pada kerak-kerak sinki yang jelas kehitaman. Sental dengan kuat.
3. Letakkan sedikit garam di kawasan berkerak.
4. Kemudian gosok lagi dengan menggunakan berus gigi yang sudah tidak digunakan lagi.
5. Sental dan gosoklah hingga semua kotoran tertanggal.
6. Akhir sekali, cuci dengan air panas dan hasilnya sinki bukan hanya bersih tapi lebih berkilat.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Trend “Backsplash” Terkini 2020
Backsplash atau dinding belakang tempat memasak kebiasaanya diberi kemasan jubin agar mudah dibersihkan dan kalis air. Namun ramai antara kita mengabaikan. Akibatnya, permukaan konkrit di dapur mudah kelihatan kotor dan sukar dibersih terutamanya pada bahagian tempat memasak.
Bagi yang sedar kepentingan dan keperluan tersebut, nak pilih padanan rekaan jubin yang sesuai pun boleh memeningkan kepala. Kali ni, IMPIANA nak kongsikan beberapa trend rekaan backsplash untuk memberi inspirasi kepada anda
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
TV Ini Mampu Merasuk Anda Ke Dalam Dunia Lain
TV, siapa je yang tiada TV dirumah. TV ini lah yang selalu hiburkan kita dengan cerita-cerita yang menari. TV Pintar sudah tersedia pada kadar yang berpatutan daripada pelbagai pengeluar terkemuka pada masa kini. Melalui koleksi TV pintar terhebat yang tersedia, anda mungkin mengalami pelbagai media hiburan serta fungsi yang menarik.
Pada hakikatnya, TV pintar kini mempunyai sistem serba boleh yang boleh menampung keperluan untuk menonton program kabel seperti Netflix, melayari internet dan bermain permainan. Berikut ialah beberapa alternatif TV pintar terbaik yang tersedia pada tahun 2022 pada harga yang berpatutan.
Xiaomi Mi TV P1
Xiaomi kini bersedia untuk menyediakan televisyen pintar berkualiti tinggi dalam pelbagai saiz agar sesuai dengan ruang kediaman anda. Mi TV mempunyai paparan LED yang cantik dan teknologi Google Assistant yang membolehkan anda mengendalikan TV anda dengan suara anda dan bukannya alat kawalan jauh.
Dari segi audio, TV pintar ini menggunakan sistem Twin Dolby Digital dan DTS-HD, serta dua pembesar suara stereo 25W yang mampu menghasilkan bunyi yang cukup mengasyikkan. Tambahan pula, anda boleh mengakses lebih 400,000 filem dan rancangan serta memuat naik lebih 5,000 apl sekali gus, menjamin keseronokan tanpa had.
Skyworth 4K UHD Smart TV
Jenama Skyworth masih agak tidak diketahui, tetapi tawaran TV Pintar resolusi 4K pada harga yang berpatutan layak menjadi antara pilihan TV Pintar teratas tahun ini. TV pintar yang dijual boleh digunakan untuk beberapa tujuan, seperti bermain permainan atau menonton Netflix tanpa memerlukan peranti tambahan.
Model ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi canggih, termasuk WiFi terbina dalam, keserasian HDR dan pencerminan skrin, membolehkan anda memasang kandungan pada peranti lain sahaja. TV 50-inci dengan resolusi 4K UHD ini boleh memaparkan dengan jelas dan jelas setiap bahan visual.
Realme Smart TV
Realme adalah salah satu syarikat yang berkembang pesat dalam industri berikutan ketersediaan gajet yang berguna. Mereka kini menawarkan TV pintar dengan resolusi HD Penuh 2K dan fungsi Enjin Gambar Chroma Boost, yang menjadikan paparan skrin bersih dan menghalang ketegangan mata apabila menonton untuk tempoh masa yang panjang.
Realme Smart TV dikuasakan oleh Android, yang membolehkan anda memuat turun dan mengakses pelbagai program dengan mudah, termasuk permainan, melalui Google PlayStore. Terdapat pelbagai sambungan sambungan boleh diakses, serta sistem audio Dolby, yang akan menjadikan setiap tontonan kelihatan seperti berada di panggung wayang.
Jadi, itu sahaja beberapa jenama dan TV yang bagus saat ini. Banyak lagi jenama dan jenis TV lain yang anda boleh cuba cari di internet.
Sumber: VOCKET TECH (https://vocket.tech/5-smart-tv-terbaik-dan-berbaloi-dengan-harga-bawah-rm2500-untuk-dimiliki-pada-tahun-2022/)
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Mudah Dan Menjadi Je Biak Sandpaper Vine Dari Biji Benih
Sandpaper vine mendapat nama dari fizikal daunnya yang kasar macam kertas pasir. Tanaman dari Maxico ni boleh hidup subur dalam iklim Malaysia. Menariknya, ia amat mudah dibiakkan sama ada dari biji benih atau keratan batang. Kalau nak beli anak pokok nya di nurseri, harga antara RM 25-35 bergantung kepada saiz.
Siti Hanora berkongsi cara mudah dan cepat biak anak pokok sandpaper vinedari biji benih bersama-sama rakan dalam group Kebun Tepi Rumah. Jom kita lihat caranya:
Saya kurang minat menanam bunga. Tetapi bunga ungu berdaun dan berbatang kasar ini mudah ditanam, mudah hidup, tak perlu dijaga rapi….jadi saya tanam. Jom tengok bagaimana nak menyemai bunga sandpaper vine yang cantik ini.
Baca juga: Baja Hampas Kopi Boleh Lebatkan Daun Dan Bunga
Bunga muda berwarna ungu muda. Berbunga tak kira masa hujan atau panas
Muncul bunga ungu tua menambah seri macam tocang Rapunzel. Masa ni bunga cantik sangat. Bunga ungu tua ini akan gugur menyebarkan warna ungu di merata tempat. Indah sungguh
Apabila bunga bertukar warna menjadi hijau dan akhirnya coklat menunjukkan bunga akan gugur
Bunga berguguran terbang ke tanah macam helikopter. Bunga inilah yang dijadikan benih
Ada dua jenis benih, bulat dan tirus. Ambil Yang bulat untuk disemai. Yang tirus tak hidup jika disemai
Dah tumbuh…nampakkan bulat benihnya
Bunga ni jatuh dan tumbuh sendiri dalam bekas minyak yang ada pokok cekur. Lama2 cekur pun mati….Dah boleh alih di pasu atau tanam di tanah
Kalau rajin buat pergola. Takpun pacak tiang yang kukuh untuk pokok ini menjalar. Saya tanam di beranda dapur. Panjat tiang batu dan dawai. Dapat air dari hujan dan aircond. Tak payah siram. Tau2 berbunga. Cantikkan
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI