
Nak Stok Kelapa Parut Tahan 3 Bulan, Simpan Macam Ni. Memang susah nak dapat kelapa parut segar dan elok sekarang ni. Kalau beli yang dah siap bungkus di pasaran, mudah dan cepat jer rosak. Sebaiknya, beli kelapa parut yang di proses bila kita tempah je.
Tapi dah alang-alang jumpa kelapa parut segar, beli lah stok beberapa biji. Kelapa parut ni pun banyak kegunaanya. Bukan santan je kita dapat. Boleh juga guna untuk buat kuih dan kerisik. Ani zam ada petua untuk simpan kelapa parut supaya tahan lebih 3 bulan
Baca juga: Tambah 3 Bahan Untuk Hasilkan Stok Cili Kering Kisar Tahan 3 Bulan
1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang
2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit
5. Simpan dalam plastik ikut saiz keperluan 5. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.
6. Kukus semula bila hendak menggunakannya.
Boleh tahan sehingga 2 @ 3 bulan kelapa parut tersebut
Untuk mendapatkan santan yang pekat , blender kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis..boleh blender sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat
Nak Stok Kelapa Parut Tahan 3 Bulan, Simpan Macam Ni .
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Indah Dipenuhi Buku, Jom Cedok Idea Dekorasi Inggeris Kediaman DIAN SASTRO!

Siapa tak kenal dengan pelakon dan selebriti negara seberang, Dian Sastrowardoyo. Kecantikannya yang alami sahaja mampu mencairkan mata yang memandang. Tapi siapa sangka disebalik kecantikkannya bintang Ada Apa Dengan Cinta (AADC) ini bijak mengatur dekorasi di rumah juga.

Berkongsi ‘isi rumah’ miliknya bersama peminat sebelum ini menerusi Instagram Biasalah Anak Muda, ruang mahligai bintang filem ‘Ada Apa Dengan Cinta’ tersebut menarik perhatian peminat sampai viral di media sosial.
Mana tidaknya, ini adalah pertama kali Dian berkongsi setiap sudut rumahnya kepada umum. Daripada foto dan video yang dikongsikan, jelas kelihatan rumah agam aktres ini penuh estetik, sarat dengan hiasan moden kontemporari serta buku!


Siapa sangka, Dian Sastro rupa-rupanya seorang ‘ulat buku’. Kalau tengok segenap sudut kediaman pasti ada saja bahagian untuk meletakkan bahan bacaan. Tidak hanya ditempatkan di ruang kerja, tetapi buku-buku ini turut disusun kemas dalam rak di ruang tamu. Sampai ke bilik mandi pun ada!
Rumah dua tingkat selebriti 39 tahun ini juga memiliki suasana redup dan dihiasi dengan pelbagai tanaman hijau. Susun atur kediaman juga lebih terbuka dan mempunyai pencahayaan penuh.


Meskipun terdapat dekorasi moden namun kecintaan Dian terhadap seni estetik tradisi tetap menyerlah. Buktinya, dia memiliki beberapa koleksi piring pelbagai bentuk dan rekaan yang dihias di ruangan dinding kediaman. Kata Dian, dia berkongsi minat tersebut dengan ibu tersayang.
Paling mencuri tumpuan ialah ruang kerja Dian Sastro yang kelihatan tidak ubah seperti perpustakaan. Dinding ruang berkenaan dilengkapi dengan rak buku hingga ke siling dan peminat menyamakan ruang tersebut seperti pejabat Dumbledore dalam filem Harry Potter.
Tidak hairanlah sebab Dian seorang personaliti terkenal di Indonesia yang berpelajaran tinggi dan amat mementingkan pelajaran. Pada tahun 2007 ketika kerjaya seninya berada di puncak, jelitawan ini dilaporkan telah berjaya menamatkan pengajian Sarjana dalam bidang Falsafah dari Universiti Indonesia.
Dia kemudian menyambung kembali pengajian dalam bidang ekonomi di universiti sama. Sedar akan kepentingan ilmu khususnya dalam kalangan wanita, Dian tampil mendirikan yayasan miliknya sendiri yang dikenali sebagai Yayasan Dian Sastrowardoyo (YDS) pada tahun 2009.

Dian mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hati, Maulana Indraguna Sutowo pada tanggal 18 Mei 2010. Hasil perkongsian hidup selama 12 tahun, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan iaitu Syailendra Naryama Sastraguna Sutowo dan Ishana Ariandra Nariratana Sutowo.
Cantik bukan rumah Dian, memang syurga buat kaki buku!
Kredit foto: Instagram Dian Sastro
Ingin lebih tahu pelbagai tips untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Kalau Nak ‘Check’ Sendiri Defect Rumah Baru, Sediakan Barang Basic Ini Bagi Mudahkan Kerja

Kalau nak check defect sendiri, sediakan barang basic ini bagi mudahkan kerja. Anda sudah dapat kunci rumah baru namun anda berhajat untuk melakukan ujian bagi mengesan defect pada rumah yang anda beli itu.
Sebelum masuk rumah baru, adalah lebih baik untuk anda melakukan ‘home inspection.’ Perkara pertama anda kena buat sebelum masuk adalah periksa defect rumah dan buat tuntutan dalam Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP).
Berikut perkongsian berguna buat anda pemilik rumah baru. Kalau anda hendak check sendiri defect rumah baru anda, ini barang basic untuk ‘house inspection’ anda perlu ada:
- Tapping rod untuk check hollowness dalam tiles. Boleh sahaja pakai duit syiling RM0.50 tapi bunyi hollow itu susah hendak detect. Hal ini kerana bola pada tapping rod itu memang memainkan peranan.
- Water level indicator untuk check dinding atau lantai ‘even’ atau tidak. Sebagai contoh (seperti dalam video) ada mendapan lebih 3 hingga 5 mm gap. Memang kena buat ‘report.’
- L square ruler untuk anda check permukaan 90 darjah sama ada ‘even’ atau tak. Jika ada gap lebih dari 3 mm ini dikira defect, jadi memang kena buat ‘report’ pafda pihak pemaju.
- Akhir sekali selepas anda jumpa defect-defect ini semua, jangan lupa tanda atau tampal sticker supaya ‘orang defect’ senang buat kerja.
Sumber: Instagram Property Inspection_Malaysia
Ingin kongsi idea dekorasi rumah anda? Klik link ini untuk join telegram grup Geng Dekor Impiana: https://t.me/gengdekorimpiana
Ingin lebih tahu pelbagai tip untuk dekorasi rumah? Jangan lupa ikuti kami di Telegram dan TikTok rasmi IMPIANA.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI
Destinasi Rahsia Bagi Sang Pengembara

Singapura sebuah negara yang berkembang pesat dari segi ekonomi, banyak tempat pelancongan yang menarik menjadi tarikan pelacong luar untuk datang berkunjung ke negara ini, tidak hairanlah jika di Singapura terdapat banyak hotel butik yang menarik untuk pelancong kunjungi.
Bersempena meraikan warisan tempatan Singapura yang mewujudkan semangat tropika, Hotel Soloha yang mempunyai 45 buah bilik kesemuanya cukup menarik perhatian dengan seni bina tingkap kayu yang dikenakan dengan warna biru indigo. Bangunan lama yang diberi nafas baru ini tampak menyerlah berbanding binaan bersebelahan. Tetapi ia masih mengekalkan reka bentuk fasad asal banggunan lama ini.
Karya seni dan juga perabot hiasan yang diilhamkan oleh artis tempatan ini cukup sempurna untuk sentuhan dalam hotel butik ini. Hotel Soloha direka oleh firma reka bentuk dalaman Avalon Collective dan Arkitek Asolidplan. Karya seni yang menjadi titik tumpu dipamerkan di lobi hotel, lif dan bilik dihasilkan oleh artis tempatan Ethrisha Liaw dan Danielle Tay yang cukup menawan.
Fasad Hotel Soloha pada suasana malam..
Hotel Soloha menjemput para tetamu memulakan perjalanan untuk mengenali hotel butik ini. ‘Soloha’ menggabungkan idea yang ekspresif dalam memberi penekanan kepada sesuatu yang mampu ‘mengembang lebih jauh’ dan ‘aloha’, adalah perkataan Hawaii yang membawa maksud tentang kehidupan. Ini bermakna dalam perjalanan yang mencabar atau percutian hujung minggu yang sentiasa ada peluang untuk anda menikmati Soloha dengan sempurna.
Pilihan jubin lantai pada laluan hadapan Hotel Soloha ini cukup sepadan dengan seni bina bangunan lama seakan konsep peranakan..
Di Hotel Soloha, perkara penting apabila memasuki bilik, tetamu disambut dengan mesra serta elemen hangat dan menarik seperti panel kayu yang memberi aura selesa dalam sentuhan yang tersendiri. Manakala hamparan kertas dinding yang digandingkan dengan perabot rotan klasik serta pemilihan perabot moden dengan palitan warna yang agak berani dan terang membuatkan ruang tersebut lebih harmoni dalam sentuhan tersendiri. Pemilihan kertas warna sepadan dengan hiasan dalaman yang lain membuat kamar ini lebih menarik dengan ciri moden tanpa disedari. Dalam kamar di Soloha ini terdapat satu kolaj eksperimen oleh pereka cetakan tempatan, Ethrisha Liaw, menghias dinding kamar yang membuatkan ia tampak lebih mewah. Kemudahan yang selesa dalam setiap bilik membuatkan ramai pengunjung akan meninggalkan kenangan indah di Soloha ini.
Tertarik dengan ruang reception ini, dengan binaan kayu pada siling serta kerusi tinggi moden melengkapi ruang hangat ini. .
Hotel butik ini menjanjikan kepuasan untuk pelanggan yang menginap di Soloha, dengan ciri hotel lima bintang, dengan menyediakan akses seperti YouTube, Netflix dan Spotify kepada pelanggan untuk melayari tanpa had. Bukan sahaja ruang bilik tidur yang kompak tetapi selesa dan bakal memuaskan hati para penginap.
Di Soloha, ia menawarkan sempurna untuk malam yang panjang bagi yang gemar bersendirian siri televisyen yang pastinya menepati dan memuaskan dihidangkan.
Kamar mandi semestinya menajdi perhatian utama bila menjejakkan kaki ke dalam sebuah bilik hotel. Para tetamu pastinya akan lebih teruja dengan kelengkapan manja diri di bilik mandi Soloha ini,dengan pancuran jenama Hansgrohe Raindance yang direka khas, binaan panel kaca memberi elemen sensual dalam kamar mandi ini. Sentuhan mewah ini memberi lebih bermakna dengan tambahan cermin serta ruang kelengkapan dandanan yang selesa. Mandian dan syampu yang disediakan dengan bauan mewah iaitu lemongrass dan lavender pasti menenangkan malam anda di Soloha.
Bilik mandi yang dikemasi dengan mamar pada keseluruhan membuatkan ia lebih kemas dengan gaya moden elegan..
Tetamu yang mendaftar masuk dengan keluarga mereka atau dalam kumpulan yang lebih besar boleh memilih untuk Soloha Loaf atau Suite. Sementara itu loteng yang terletak di tingkat atas, termasuk dua katil double dan siling tinggi ditambah pada ruang tersebut bagi keselesaan. Manakala Suite dengan ciri terbuka dengan tab mandi yang membolehkan pemandangan keluar halaman ini lebih menarik. Tetamu boleh menempah beberapa bilik di sekitar halaman dan nikmati privasi penuh ruang, sesuai untuk bersantai pada waktu malam.
Menariknya, Bilik Suite ini dilengkapi dengan tab mandi yang diletakkan pada ruang luar untuk menyuntik rasa yang lebih santai dan bergaya urban..
Loft adalah bilik yang sesuai untuk keluarga yang membawa anak-anak, ruang tidur yang kompak dan selesa dengan pemandangan luar sebalik bukaan tingkap membuatkan ia menjadi tarikan pelancong asing. .
Ruang bilik suite yang memberi pandang terus ke ruang courtyard ini lebih menekan pada rasa santai. Lantai kayu memberi rasa hangat yang mendamaikan. .
Ruang acara juga disediakan untuk tempahan. Hotel ini menawarkan bar & lounge, ruang F&B, di halaman. Bilik permainan, dilengkapi dengan meja tenis persendirian dan beregu terdapat juga meja yang lebih selesa seperti di bilik mesyuarat.
Courtyard yang terletak pada tingkat dua ini dilengkapi dengan set perabot yang lebih santai untuk ciri outdoor yang sempurna. .
Ruang Sosial ini direka khas dengan mengetengahkan konsep lebih privacy. .
Di sini juga terdapat Takeshi Noodle Bar yang menyajikan hidangan yang gemar akan makanan fusion ramen. Soloha menhidangkan menu yang pastinya mengiurkan pengujung di sini. Jika anda ini merasai kehebatan Hotel Soloha ini sendiri, apa kata saya cadangkan hujung tahun ini anda boleh menempah bilik hotel ini, untuk dijadikan destinasi percutian anda.
Ruang Sosial yang lengkap untuk gaya santai pengunjung. .
Hidangan Jepun yang menjadi pilihan pengunjung, Takeshi Mentaiko Oysters..
Salah satu hidangan yang menjadi pilihan di sini, Takeshi Seafood Szechuan Mala Iberico Tonkotsu. .
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
KLIK DI SEENI