Bagi anda yang baru sahaja menjejakkan kaki ke kediaman baru pasti buntu untuk memulakan taman di tanah sedia ada. Biasanya tanah yang terdapat di kediaman baru tidak sesuai untuk penanaman kerana tidak mempunyai kandungan nutrien yang mencukupi. Oleh itu, dapatkan tanah yang baik untuk penamaan melalui proses ini.

  1. Pembanterasan rumpai dan lalang

Tanah terbiar di halaman biasanya akan ditawan oleh rumpai dan lalang yang tumbuh liar. Untuk mendapatkan tanah yang baik bagi tanaman hiasan dan sayur-sayuran, langkah pertama adalah menyemburkan glyphosate, iaitu bahan yang dapat mematikan tanaman yang tidak diperlukan ini. Biarkan selama beberapa minggu, kemudian buangkan rumpai-rumpai yang telah mati. Semburkan glyphosate sekali lagi bagi menghapuskan rumpai sehingga ke akar umbi.

Ads
  1. Pengorekan dan pengasingan

Tugasan seterusnya adalah kerja-kerja pengorekan tanah. Langkah ini memerlukan anda menghapuskan baki rumpai yang berada di dalam tanah, asingkan ketulan batu dan pecahkan bahagian tanah yang berketul-ketul. Batu–batu besar ini akan mengganggu pengaliran air atau udara untuk sampai ke akar dan menghalang tumbesarannya. Manakala tanah berketul-ketul akan menyekat air dan udara untuk sampai kepada akar.

Ads
Ads
  1. Pembajaan

Setelah dibiarkan beberapa minggu, proses seterusnya adalah melakukan pembajaan atau penyuburan tanah. Baja organik seperti tahi ayam dan kambing adalah baja yang digalakkan. Penyuburan tanah juga dilakukan dengan cara penyediaan bahan kompos supaya saintis alam seperti bakteria dan cacing tanah dapat menguraikan kandungan bahan tersebut secara semula jadi. Untuk memperoleh hasil yang lebih cepat, pembaca boleh menggunakan baja kimia tetapi tidak digalakkan.  Setelah menggaulkan baja-baja ini ke dalam tanah, biarkan selama beberapa minggu dan kemudian tanah boleh digunakan untuk penanaman.

Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda.
Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI