Jika sebelum ini kebanyakan daripada pemilik kediaman kebiasaannya menanam tanaman edible ini di dalam pasu atau batas, sebenarnya ia boleh menggunakan apa-apa sahaja bekas terbuang yang terdapat di sekitar kediaman. Antaranya bekas plastik, periuk yang sudah tidak digunakan, bekas pencuci dan sebagainya. Anda masih lagi boleh membuatkan ruang taman dapur anda tampil menarik dengan mengolah tanaman dapur ini sekreatif mungkin.
Menukar bahan-bahan terbuang ke bentuk yang bermanfaat dan baik sebenarnya tidak sukar. Siapa kata anda perlu membeli pasu cantik dan menarik barulah tanaman anda menjadi? Guna pakai apa yang ada di sekeliling rumah kerana selain menjimatkan kos, kita juga sedang membantu melahirkan alam sekitar yang lebih baik tanpa pencemaran. Ini sedikit sebanyak dapat menyumbang ke arah memelihara alam sekitar.
Adalah sangat digalakkan dalam membina Edibel Landskap ini, segala tanaman yang ingin ditanam, mestilah menggunakan bekas atau pun bahan yang dibuang atau pun bahan terbuang yang boleh dikitar semula seperti botol kosong, tayar terpakai, kayu-kayu palet , baldi lama, kasut, helmet dan kereta sorong (wheel barrow) yang telah rosak. Barangan-barangan terpakai ini, boleh diolah semula supaya ia kelihatan lebih menarik dan ceria seperti dicat baru atau pun dikekalkan pada keadaan asal supaya ia kelihatan lebih estetik.
Ads
Secara konsepnya, Edibel Landskap ini dibina pada mulanya untuk memenuhi keperluan bahan makanan untuk seisi keluarga ataupun lebih kepada penggunaan sendiri.
Tanaman seperti sayuran yang selama ini ditanam di batas-batas sayuran secara konvensional, telah diberi nafas baru dalam aspek susun aturnya supaya kelihatan lebih menarik dan ceria dan dapat menghasilkan persekitaran yang menarik. Setiap tanaman yang boleh dimakan ini, mempunyai karakter yang menarik dari segi bentuk ,warna dan aromanya tersendiri.
Ads
Tanaman seperti Kesum (Polygonum minus), Sawi (Brassica sp), Bayam Merah (Amaranthussp), Limau Purut (Citrus hystrix), Kari (Murraya koenigii), Kaduk (Piper sarmentosa), Daun Pandan (Pandanus odorus), Bendi (Hibiscus esculenthus), Cili Api (Capsicum frutescens) dan juga Serai Makan(Cymbopogun citratus), disusun secara menarik sama ada di atas tanah terus atau pun menggunakan bekas tanaman seperti pasu yang dihias kawasan sekitarnya bersama dengan beberapa tanaman hiasan seperti Bunga Marigold (Tageteserecta), Siantan (Ixorasp),Bunga Raya(Hibiscus sp),Bunga Tahi Ayam(Lantana camara),Pokok Juang-juang (Cordyline sp), Pokok Puding(Codieum sp), Pinang Merah (Cyrtotachys lakka), dalam usaha untuk mewujudkan suasana yang ceria terhadap ‘kebun’ kita. Anda boleh mencampurkan tanaman hiasan dan juga tanaman edible untuk menghasilkan sebuah kawasan hijau di rumah berskala kecil tetapi tetap kelihatan menarik.
Ads
Perkongsian dari: Muhamad Adli Salihin Samsudin, Pegawai Jabatan Pertanian Serdang
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Ramai geng dekor IMPIANA lihat berjaya DIY kabinet dapur walaupun tak ada asas yang tinggi dalam pertukangan. Terbaru, IMPIANA lihat EN. Azman Man berjaya menghasilkan kabinet dapurnya sendiri dengan kos RM 2K. Nak tahu, cara dan perkakas yang diperlukan, boleh baca perkongsian EN. Man
Masa nak buat 50/50 yakin dengan tak yakin jadi. Isteri nak kabinet design macam dia tengok dekat swiss masa bercuti, semua laci kat dalam nampak simple. Tanya kedai harga memang agak tinggi sehingga 5 angka. Beranikan diri buat sendiri. Pergi Ikea tengok sample kabinet dan tiru sikit-sikit. Alhamdulilah siap walaupun hampir sebulan nak siapkan. Almaklumlah buat sorang. Kos beli barang kasar dalam RM1600 + barang2 kecik2 saya agak dalam 2k siap semua. Siap kabinet bawah, kabinet atas dan kabinet peti ais.
Barang-barang yang diperlukan
Saya guna base plywood 18mm – 2 keping RM180
laci, kabinet atas dan kabinet peti ais sy guna chipboard( harga 95/pcs + siap potong RM25) guna 5pcs chipboard saiz 6×8 kaki).. ukur saiz yang kita nak & kilang potong, balik skrew je
table top beli kat hardware 12×2 kaki ( RM280 )
Semua pintu kabinet sy guna Arcylic 1mm
RM 60/pcs ( Guna 6 pcs / 4×6 kaki )
Sticker white glitter untuk pintu juga RM200 ( 10 meter )
Itu je kos yang besar yang lain-lain harga murah-murah je ( saya tak kira berapa ? ) Ada lebih chipbord sikit saya buat table bar untuk duduk berdua. Klu ada kamahiran sikit, pandai ukur saiz yang tepat, ada masa dan keberanian, insyaAllah boleh buat. Harga dapat jimat banyak kalau boleh buat sendiri..
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Gaya dekorasi keseluruhan ruang akan dipengaruhi oleh padanan sofa. Pemilihan sofa yang elegan dan sesuai dengan ruang harus menjadi keutamaan sebelum membelinya.
Variasi sofa yang ada memberikan alternatif terbaik untuk disesuaikan dengan gaya kediaman pilihan. Rekaan sofa yang unik dengan cetusan warna menyerlah akan membantu menaikkan seri sesebuah ruang. Sofa yang diletakkan di ruang tamu menjadi lokasi utama penghuni kediaman dan tetamu yang hadir. Di sinilah tempat berkumpul dan bersosial, jadi sofa perlu memiliki ciri tahan lama dan memberikan keselesaan maksimum.
Agar tidak salah membuat pilihan, ikuti tip ini sebelum anda membeli sofa:
Pastikan sofa yang ingin dibeli bersesuaian dengan keluasan ruang. Anda tidak mahu ruang menjadi sempit dan susah untuk bergerak dek saiz sofa yang tidak sesuai.
2. Sesuaikan dengan tetapan gaya dekorasi keseluruhan ruang dan tempat sofa akan diletakkan. Jika untuk ruang keluarga, pilih sofa dengan kusyen lembut dan tebal. Sofa untuk ruang tamu formal pula mestilah sesuatu yang tampak lebih eksklusif.
3. Ambil perhatian pada bentuk sofa. Ketika duduk, tapak kaki anda harus menjejak ke lantai dan tidak tergantung. Begitu juga dengan kedalaman sofa. Ia haruslah tidak tenggelam apabila anda duduk atau terlalu keras dan memberikan keselesaan pada seluruh tubuh.
4. Pilih sofa dengan fabrik pelbagai warna dan corak untuk mengelakkan ruang tampak bosan.
5. Sofa kulit adalah pilihan terbaik untuk penggunaan dalam jangka masa yang panjang. Ia mampu bertahan lama, selain cantik dan berbaloi dengan wang ringgit yang dilaburkan.
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Sebelum ni, kita dengar cat epoxy digunakan untuk kemasan pada lantai. Tapi sebenarnya bukan itu sahaja. Ia juga sesuai digunakan sebagai kemasan table top seperti yang dikongsikan oleh Liana Zulzaiziqzaim. Teknik ini bukanlah sesuatu yang baru, namun kurang menjadi pilihan di Malaysia.
Buat nacam ni lebih jimat. Tak payah pakai mozek dah
Assalamualaikum, Saya nak kongsi DIY table top yang suami buat. 50% rumah ni suami yang buat sendiri. Sebab itu, makan bertahun untuk sempurnakan.
Table top i suami guna cat epoxy dan ia merupakan percubaan kali pertama. Mula-mula saya tak setuju sebab takut tak menjadi. Tapi bila dah siap, nampak cantik pula. Suami saya kerja kontraktor wiring dan pasang jubin.
Pada mulanya nak buat table top warna hitam. Tapi, penjual tersalah hantar warna silver. Berikut, cara-caranya
1. Campurkan bahan undercoat
2. Cat rata lapisan undercoat
3. Bancuhkan pula lapisan epoxy mengikut arahan yang tertera pada label cat. Lepas bancuh, tuangkan atas table top. Pastikan guna berus dan perkakas yang dikhaskan untuk cat epoxy
4. Jika ada permukaan yang berbuih, gunakan pemetik api untuk hilangkan
5. Lepas selesai sapu, biarkan permukaan epoxy tanpa sentuhan atau sebarang beban selama seminggu
Sentuhan Midas penuh kemewahan dan elegant untuk kediaman anda. Rahsia dari IMPIANA, download sekarang di seeNI.
Setiap pemilik kediaman ada cara tersendiri dalam memastikan rumah sentiasa kemas, bersih dan teratur, sedap mata memandang. Begitu juga pilihan konsep dan citarasa dekorasi yang menjadi pilihan.