Nak Tidur Lena Dengan Cadar Katil Super Selesa, Ini Ciri-Cirinya

Share

Hakikatnya, fungsi cadar lebih dari pada sebagai kemasan dan mencantikkan katil anda. Ia memberi keselesaan yang optimum ketika beradu. Jika tempat beradu tersedia empuk dan selesa, secara tidak langsung ia memberi kepada tidur yang lebih berkualiti.

Pun begitu, terdapat pelbagai jenis material dan design cadar di pasaran. Dari harga yang puluhan ringgit hinggalah ribu. Adakah yang murah itu tidak berkualiti dan cadar mahal menjamin keselesaan? Menurut pakar cadar berkualiti antara bangsa dari Australia Sheridan, ada beberapa faktor yang perlu diperhatikan ketika membeli dan memilih cadar untuk keselesaan anda.

04 Organic Cotton Sheets

APAKAH FABRIK DAN WARNA CADAR TERBAIK YANG SESUAI DENGAN IKLIM MALAYSIA?
Memandangkan iklim Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun, sebaiknya pilih fabrik yang jenis bernafas dan mudah menyerap. Antara fabrik yang mempunyai ciri-ciri ini adalah seperti kain kapas atau fabrik yang diperbuat dari fiber semula jadi seperti Tencel

Manakala untuk pemilihan warna, ia bergantung kepada minat masing-masing. Namun, pemilihan warna cerah seperti putih, biru pucat atau krim kurang menyerap haba. Ia salah satu cara yang sangat membantu memberi tidur yang nyaman.

S719_B110_C194-520_multi-1

ADAKAH KIRAAN BENANG PADA FABRIK PENTING?
Jumlah atau kiraan benang adalah salah satu faktor yang perlu dipertimbangkan ketika memilih kemasan tilam. Namun, ia bukan lah menjadi keutamaan. Yang lebih penting adalah lihat pada kualiti dan saiz benang serta cara atau kemasan yang dilakukan dalam menghasilkan cadar

Di Sheridan, kami turt menghasilkan sendiri fabrik dengan menggunakan fiber berkualiti tinggi. Kain kapas kami diperbuat dari long staple cotton yang sangat premium. Falsafah kami adalh untuk meastikan kulit anda berasan nyaman dan selesa ketika menggunakannya.

APAKAH KUALITI KAIN KAPAS TERBAIK UNTUK CADAR KATIL?
Kualiti kain kapas terbaik utuk cadar dalah yang diperbuat daripada premium long-staple cottons. Seperti namanya, Long-Staple Cotton mempunyai saiz fiber kapas individu yang panjang. Ia mengurangkan risiko kain cepat koyak dan menjadikan teksturnya lebih lembut apabila dipegang. Tambahan, fabrik diperbuat daripada Long-Staple Cotton tahan lasak dan lebih tahan lama

abbotson_blush_qc_opt2_web_1_1700x1700

 

Published by
Impiana